CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Elak Mata Pedih Potong Bawang, Cuba Tips Chef Gordon Ramsay Ini. Barulah Pro!

4-4-2018 04:41 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 5390| Komen: 15|Original author: Oleh: Faizal

Description: Bawang antara bahan paling penting dalam apa jua masakan. Tanpa bawang masakan macam tak menjadi je. Bawang yang biasa digunakan dalam masakan tentulah bawang merah dan bawang putih.
Bawang antara bahan paling penting dalam apa jua masakan. Tanpa bawang masakan macam tak menjadi je. Bawang yang biasa digunakan dalam masakan tentulah bawang merah dan bawang putih.


Foto: CNN Indonesia

Selain menaikkan rasa dalam sesebuah masakan, bawang dipercayai mempunyai khasiat yang tersendiri dan kaya dengan vitamin dan zat yang bermanfaat bagi tubuh badan kita. Sebab tu la ada makanan tambahan (supplement) yang bahan asasnya ialah bawang.

Bila bercakap tentang bawang merah, satu masalah yang ramai suri rumah hadapi ketika mengupas bawang ialah ia sangat memedihkan mata. Ada kalanya ketika mengupas atau memotong bawang, air mata kita boleh mengalir dengan sendirinya.

Mengikut orang-orang tua zaman dahulu, banyak petua yang diajarkan pada kita tentang cara bagaimana hendak mengelakkan mata pedih ketika mengupas dan memotong bawang merah. Antaranya ialah dengan mencucukkan sebiji bawang di hujung pisau ketika mengupas dan memotong bawang.



Memetik dari sumberilhamku.com, lain pula caranya yang dikongsikan oleh  Gordon Ramsay, cef handalan dunia yang memenangi bintang Michelin, pemilik kepada banyak restoran seluruh dunia selain menyertai rancangan pertandingan memasak seperti Hell’s Kitchen dan juga MasterChef.

Beliau berkongsi satu panduan yang berguna buat semua tentang cara memotong bawang dengan sempurna dan dapat mengelakkan mata anda kepedihan.

Cara memotong bawang dengan sempurna

1. Pertama sekali, kupas kulit bawang dan potong kepada separuh bahagian, membelahi akarnya. Cara ini dapat mengelakkan bawang mengeluarkan bahan kimia yang akan membuatkan anda mengalirkan air mata.

Foto: sumberilhamku.com

2. Setelah itu, ambil separuh daripada bawang yang telah dipotong dan hiris secara menegak. Pastikan anda meninggalkan ruang 1/2 inci daripada akar bawang. Semakin nipis hirisan anda, semakin halus hasil bawang anda di akhirnya nanti.

Foto: sumberilhamku.com

3. Kemudian, potong bawang secara mendatar dengan berhati-hati. Sekali lagi, pastikan anda tidak memotong sehingga ke akarnya.

Foto: sumberilhamku.com

4. Akhir sekali, pegang bahagian akar dan potong bawang anda daripada atas ke bawah untuk mendapatkan hasil potongan bawang tanpa perlu mengakibatkan tangisan! Buang akarnya.

Foto: sumberilhamku.com

Mudah je kan? Dan panduan ini sangat logik kerana bahagian bawang terdedah tidak menghala kepada kita dan ia dapat membantu mengelakkan percikan air bawang itu terkena pada mata kita.

Apa lagi. Jom cuba sekarang.! - CARI 
14

Bagus
11

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
18

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (74 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rainrein 4-4-2018 06:26 PM
Ni petua masa nak potong. Masalahnye kengkadang tengah kupas kulit pun dah berair mata. Abis camno?
Quote CiliPadiSedap 4-4-2018 10:19 PM
Petua xnak mata pedih jadi acik bawang sejati
Quote pearl.silver 4-4-2018 11:54 PM
Guna pisau tajam..kurang terpercik air bawang tu
Dan kurangkn membawang di socmed
Quote AbukRokok 5-4-2018 09:01 AM
pakai je ni...murah dah

Quote zulka 5-4-2018 09:12 AM
tipu je sume petua2 ni...
bini aku potong bawang kat dapur, anak aku kat bilik melalak pedih mata apa citer? haha
....jauh kot dapur ke bilik...kena lalu 2 ruang tamu
Quote rosasen 5-4-2018 09:21 AM
petua dia yg menjadi betul2 ialah mengunyah masa potong/kupas bawang.
asalnya dia suruh kunyah chewing gum....tp kalo xde, buat2 kunyah pon jadi. try la...slalu dah buat.
Quote devilito2 5-4-2018 12:54 PM
profesional jer yg buat ni... amatur belasah jer...
Quote kuewTiau 26-4-2018 10:11 AM
aku selalu tikam bawang kat hulu pisau.
Quote sapasapa 14-5-2021 05:45 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Quote abid_karim 21-6-2021 04:14 PM
petua dia yg menjadi betul2 ialah mengunyah masa potong/kupas bawang.
Quote minahsenget 22-6-2021 09:17 PM
ooo  megunyah je , ok i try
Quote Nildakin 25-7-2021 08:52 PM
Byk petua dah try tp xpenah menjadik
Quote sunnylicious 25-7-2021 10:09 PM
tp aku ada hari tk kuar air mata. ada hari tibe mata pedih.
Quote Guccibamboo 1-8-2021 03:41 PM
I potong bawang kalau besar2 je.... Kalau kekecik mcmni gune food processor
Quote acikbrown 3-8-2021 08:35 PM
Tips paling berkesan...
Pakai la Gogle.

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-5-2022 03:09 AM GMT+8 , Processed in 1.331799 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top