CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Tular Pelajar Perempuan Teguk Ketum

3-4-2018 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5382| Komen: 41

Description: Berikutan penyebaran gambar dan video pelajar yang didakwa meminum cecair disyaki air ketum tular bermula pagi semalam, polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan melakukan siasatan berhubung kes ...
Berikutan penyebaran gambar dan video pelajar yang didakwa meminum cecair disyaki air ketum tular bermula pagi semalam, polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan melakukan siasatan berhubung kes berkenaan.


Memetik BH Online, kejadian berlaku di Kelantan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Mit Emong berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan menerusi Pegawai Perhubungan Polis (PPS) di sekolah di negeri itu.



Bagaimanapun, sehingga kini pihaknya masih belum menerima maklumat berkaitan kes itu.

"Kami akan menyiasat lebih lanjut untuk memastikan sama ada minuman itu adalah air ketum atau sebaliknya bagi menentukan kesahihannya," katanya.

Dalam masa sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Muhammad Zahari Othman berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan berhubung kes terbabit untuk mengenal pasti sama ada membabitkan pelajar sekolah rendah atau menengah.

"Sekiranya ada, kita akan 'turun padang' ke lokasi yang dikenal pasti," katanya. 

Sementara itu, Utusan Online melaporkan siasatan awal mendapati kumpulan remaja terbabit merupakan pelajar tingkatan tiga.

“Soal siasat ke atas pelajar mendapati mereka berkongsi duit bagi membeli sebotol air ketum yang berharga RM10. Perbuatan ini kali pertama dan mereka minum air itu kerana perasaan ingin tahu dan mahu mencuba.

“Pihak JSJN Kelantan sudah mengenal pasti lelaki yang menjual air ketum ini untuk tindakan lanjut dan tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat,” kata sumber. - CARI
10

Bagus
11

Marah
15

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 3-4-2018 10:30 AM
yg bukan2 pulak yg ko org nak try, nak tahu, nak belajar
Nauzubillahiminazalik..
yg mendtgkan faedah, baik utk diri x nak pulak cuba
Quote beeeee 3-4-2018 10:40 AM
Buat salah dah takde segan silu dah takde fikir masa depan. Haih apa nak jadi
Quote tanakkampung1x 3-4-2018 10:41 AM
Semudah itukah bueli air ketum? Dengan uniform sekolahnya lagi
Quote nisako 3-4-2018 10:47 AM
hishhhhhh cm na boleh beli air tu dgn mudah je.....ape nk jadi la budak2 skrg ni......
Quote kucingitam 3-4-2018 10:47 AM
yang rakam tu sapa pula..
Quote Changa 3-4-2018 10:50 AM
birah nya kau dek
Quote espri6006 3-4-2018 10:51 AM
Hek eleh bukan air ketum pun...saja je orang yang viralkan bende ni. Ketum kalau nak minum tak salah pun..sebab ia bukan jenis ketagih dan untuk ketum sebesar botol tu berharga rm35 sebotol.
Quote indenial 3-4-2018 10:52 AM
Budak sekolah mana la ni. Baju sukan tu dh saing2 baju muslimah dah.
Quote zulka 3-4-2018 10:55 AM
aku tak tau apa yg best sgt dgn ketum ni, aku minum smpai habis sebotol takde apa pun, buat kembung perut je...
Quote siputsedut 3-4-2018 10:55 AM
espri6006: Hek eleh bukan air ketum pun...saja je orang yang viralkan bende ni. Ketum kalau nak minum tak salah pun..sebab ia bukan jenis ketagih dan untuk ketum ...



Tu kalau ketum asli..kalau ketum dah campur ubat batuk segala..boleh ketagih jgk...heret je g aadk bdk2 ni buat urine test...
Quote Artemesiaa 3-4-2018 11:00 AM
Bakal bini sapa ler tu
Quote grouper 3-4-2018 11:07 AM
Nape minum ketum salah plak...siap polis rampas lagi air ketum yg dh siap bungkus tu kalau dpt tangkap. Baru2 ni rasanya mardi dah wat penerangan kat jabatan2 kerajaan pasal kebaikan ketum ni..masuk news lagi tapi kat ci ni mcm xde je. Rasanya tokan2 dadah ngan 9 naga cuba sekat ketum ni dari jadi sah. Abis business deme nnt dah le murah je. Berkhasiat plak tu.
Quote moonbug 3-4-2018 11:10 AM
Coke je kot
Quote sofiazara 3-4-2018 11:18 AM
boleh baikkan kanser ke apa tah kata org
Quote Dovahkiin 3-4-2018 11:22 AM
Kalau nk drive jauh2, rebus daun ketum tu smp mendidih, letak air rebusan dlm botol. X payah campur benda2 lain pun. Mmg smp pagi x tido. Kalah redbull, kopi ke, hape ke. Jgn buat bnyk2, sebotol cukup utk diri sendiri. Klu kena tahan, biasa polis buat2 x tau je. Unless ko bwk air ketum berpuluh botol tu yg kena tangkap tu. Da try, mmg berkesan.
Quote myakayina 3-4-2018 11:25 AM
air ketum ni klu campur benda2 lain yg jadi khayal tu yg tak bagusnya..
Quote myakayina 3-4-2018 11:26 AM
grouper replied at 3-4-2018 11:07 AM
Nape minum ketum salah plak...siap polis rampas lagi air ketum yg dh siap bungkus tu kalau dpt tangk ...

tula..akak difahamkan air ketum ni elok utk bagi tenaga..org lepas bersalin pun ada yg minum dulu2.. tak pernah ler tau psl ni sebelum ni..jadi tular sbb ada yg campur benda lain yg jadi ketagihnya..
Quote ketekodok 3-4-2018 11:33 AM
ceh. aku tgk video dgr bunyi mesin tebu kat background. bukan ketum tu. ketum ko tak leh minum sekali teguk macam tu la. pahit gila....
Quote limau_lemon 3-4-2018 01:12 PM
grouper replied at 3-4-2018 11:07 AM
Nape minum ketum salah plak...siap polis rampas lagi air ketum yg dh siap bungkus tu kalau dpt tangk ...

air ketum tu akan jadi salah bila campur dgn benda lain... actually ketum tu mmg ada kebaikkannya ..mcm abg iols punya mak mertua, dia ada kencing manis yg mmg teruk sangat2 ...tp lepas tu amalkan minum air ketum terus elok da .

air tu rasa mcm pahit2 je ...bukan apa pon ..

Lihat semua komen(41)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 04:58 AM GMT+8 , Processed in 1.484769 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top