CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Itik Getah Peneman Anak Mandi, Tapi Bahaya Di Sebaliknya Ramai Tak Tahu?

2-4-2018 04:29 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4993| Komen: 6|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Sesuai dengan imaginasi kanak-kanak tanpa batas, ramai ibu bapa membelikan mainan itik getah sebagai peneman anak-anak ketika mandi. Dengan warna kuningnya yang menarik perhatian, comel tatkala berena ...
Sesuai dengan imaginasi kanak-kanak tanpa batas, ramai ibu bapa membelikan mainan itik getah sebagai peneman anak-anak ketika mandi.

Dengan warna kuningnya yang menarik perhatian, comel tatkala berenang dalam buih mandi membuatkan ada anak yang takkan mandi tanpanya.


Malahan banyak iklan komersial serta rancangan televisyen memaparkan betapa akrabnya itik getah ini dengan kanak-kanak.

Namun comel jangan disangka tidak berbahaya ya. 

Tanpa anda sedari, patung getah klasik ini mengandungi jutaan bakteria yang boleh memudaratkan bukan sahaja terhadap anak tapi juga pada diri anda sendiri.

Seronoknya berenang dengan itik


Time.com menerusi laporannya membuktikan betapa kotornya itik getah ini dengan membuka bahagian dalamnya. Terasa geli pula tiba-tiba melihat itik getah tersebut dipenuhi dengan bintik-bintik hitam. Bayangkan benda ini yang menjadi peneman anak anda selama ini?

Hasil penelitian penyelidik dari Switzerland dan Amerika Syarikat membuktikan bahawa permainan ini sebenarnya boleh digunakan dalam tempoh tertentu sahaja bukannya sampai bila-bila.

Lebih parah apabila empat daripada lima sampel itik getah yang diujikaji mengandungi ‘bakteria patogenik’ yang akan tersebar sekiranya ia dipicit.

Gelinya melihat kotoran tersebut. Foto: Carian internet
Bakteria ini termasuk Legionella dan Pseudomonas aeruginosa, yang boleh mengakibatkan jangkitan.

Sementara itu, Universiti Illinois juga membuat kajian yang sama terhadap patung mandi tersebut lalu menemui 75 juta sel pelbagai bakteria dan kulat dalam satu sentimeter persegi permukaan dalam itik getah!



Macam tak percaya kan? Tapi bila diteliti bakteria tersebut mampu bertahan lama kerana bahan itik getah itu dibuat daripada polimer yang menghasilkan karbon seterusnya membekalkan nutrient kepada bakteria.

Lagi-lagi jika mainan itik getah yang anda beli murah, maka kualiti getah juga rendah, jadi cecair seperti peluh dan air sabun sudah mampu untuk menggandakan bilangannya.

Berbeza dengan material yang berkualiti tinggi mampu menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat penyebab penyakit ini. Jadi, hati-hati jika mahu memberi mainan kepada anak-anak. Sentiasa semak ya supaya anak-anak terlindung dari pelbagai penyakit.  - CARI 


10

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blewnatural 2-4-2018 04:33 PM
Kedai 2 hengget banyak jual itik ni , so kesimpulan nya ? Tak payah belilah itik ni ?
Quote sarahmirza 2-4-2018 04:49 PM
blewnatural replied at 2-4-2018 04:33 PM
Kedai 2 hengget banyak jual itik ni , so kesimpulan nya ? Tak payah belilah itik ni ?

Tak payah.
Anak i mandi aman2 aje takde itik bagai.
Dari baby lagi tak ajar
Quote shernazz 2-4-2018 04:51 PM
Anak iols x main time.mandi..
Dia buat itik.tu beratur.kat tmpt.mainan.dia...
Tiru cm.dlm.video itik.berjalan.tu
Quote grizz 3-4-2018 09:54 AM
anak iols xmen itik2 ni..die bwk  segale kete lori menan mndi..
bile iols bebel jwpn die kete kotor kne g car wash..
Quote Cari-Azza 3-4-2018 10:13 PM
grizz replied at 3-4-2018 09:54 AM
anak iols xmen itik2 ni..die bwk  segale kete lori menan mndi..
bile iols bebel jwpn die kete kotor ...

comelnya jawapan dia
Quote faraway1 4-4-2018 07:52 AM
tahu dah lama sejak baca pasal sophie the giraffe.

so mainan anak dalam bath memang jenis tiada lubang..

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.069458 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top