CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Kim Joung Un Pun Layan Kpop, Ubah Jadual Demi Tonton Persembahan Red Velvet

2-4-2018 12:58 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 3612| Komen: 16|Original author: Oleh: Suzy

Description: Umum maklum dengan ketegangan yang berlaku di antara Korea Utara dan Korea Selatan. Namun, oleh kerana minat yang sama dalam aliran muzik, beberapa artis Korea Selatan telah dijemput ke Korea Utara un ...


Umum maklum dengan ketegangan yang berlaku di antara Korea Utara dan Korea Selatan. Namun, oleh kerana minat yang sama dalam aliran muzik, beberapa artis Korea Selatan telah dijemput ke Korea Utara untuk membuat persembahan di East Pyongyang Grand Theater dan Pyongyang Arena dari 31 Mac hingga 3 April ini. 


Foto: Yonhap News

Barisan artis yang dijemput ialah Seohyun, bekas ahli kumpulan Girls Generation, penyanyi solo Baek Ji Young, ALI, Cho Yong Pil, Lee Sun Hee, Yoon Do Hyun, Jung In, Yoon Sang, dan sudah tentu kumpulan popular dari SM Entertainment, Red Velvet.



Foto: Yonhap News

Menurut Yonhap News, Kim Jong Un dan isterinya menghadiri acara kesenian itu pada Ahad, menjadikannya pemimpin Korea Utara yang pertama menghadiri persembahan dari Korea Selatan. 

Pada mulanya, Kim Jong Un tidak akan muncul ke majlis meraikan dua negara itu sehingga Selasa. Bagaimanapun, beliau merasakan bahawa menghadiri persembahan yang diadakan oleh artis-artis Korea Selatan akan menjadi lebih bermakna dan memutuskan untuk membuat perubahan pada jadualnya.


Foto: Sky News

"Orang ramai berminat nak tahu sama ada saya akan menonton (kumpulan gadis Korea Selatan) Red Velvet. Pada mulanya, saya bercadang untuk melawat pada keesokan harinya, tetapi saya memutuskan untuk mengubah jadual supaya dapat datang hari ini," katanya seperti dipetik daripada Yonhap News.

Sementara itu, majlis berkenaan dirancang untuk berlangsung pada jam 5:30 petang, tetapi disebabkan berita mengejut mengenai kehadiran Kim Jong Un, ia tertangguh sejam kemudian. - CARI
18

Bagus
35

Marah
16

Terkejut
28

Sedih
27

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (144 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 2-4-2018 01:00 PM
Kim punya manusia biasa
Quote dauswq 2-4-2018 01:32 PM
Tang naik placard musti masing2 dah kena paksa
Quote Artemesiaa 2-4-2018 01:41 PM
Placard macam disediakan oleh pihak menganjur je apa pun merasa jugak ler mereka dapat tengok show kpop
Quote epis 2-4-2018 02:09 PM
Bukan kpop haram ke kt korea utara?? Mcm mne rakyat dorg kenal lak barisan2 artis tu?? Berani lak artis2 kpop tu ke sana nk bt show..
Quote armin 2-4-2018 05:08 PM
Makin pandai amik hati org luar ye. Naik train, tgk show kpop. Nak tunjuk heols less scary ke
Quote syue86 2-4-2018 05:42 PM
eleh sbnrnya ko mmg syok kan tgk arits korea selatan
klu x, ko tembak kepala sorang2 yg tgk benda lain slain propaganda ko..choy!
Quote nadie90 3-4-2018 11:57 AM
HAHAHA mmpu gelak ja
Quote delia3003 6-4-2018 01:09 AM
media play je lebih. Dah tentu2 dia kena pegi. Baca komen dari k-netz, macam hambar takde reaksi je (lipsync katenye). Ada sape2 tengok ke kat KBSW tadi?
Quote dani-rox 6-4-2018 02:42 AM
ok lah tu... zaman apak si jong un dulu, dia main culik jah mana2 retis yg dia suka.
Quote Telolet 6-4-2018 03:55 PM
epis replied at 2-4-2018 01:09 PM
Bukan kpop haram ke kt korea utara?? Mcm mne rakyat dorg kenal lak barisan2 artis tu?? Berani lak ar ...

dah north korea yang jemput nok. idoknya south korea memandai2 nak hantar kpop perform kat situ, mau kena penggal kepala tak memasal. kim jong un ni nak appeal less scary to the world kot. tapi heols ala2 blushing time jumpa Red Velvet tu kelakor nengoknya. gatei
Quote Telolet 6-4-2018 04:00 PM
delia3003 replied at 6-4-2018 12:09 AM
media play je lebih. Dah tentu2 dia kena pegi. Baca komen dari k-netz, macam hambar takde reaksi je  ...

katanya performance diorang pon banyak kena edit. tapi dulu tengok shinhwa ke sape tah perform kat sana pon hambar juga reaksi north korean. memang diorang tak dibenarkan lebih2 kot takpun culture shock tengok kpop berjoget2 tu
Quote Telolet 6-4-2018 04:03 PM
ello wartawan cari, first pic tu bukan ke dari konsert kpop kat negara mana tah. kosser main letak je pic!
Quote epis 7-4-2018 06:32 AM
Telolet replied at 6-4-2018 03:55 PM
dah north korea yang jemput nok. idoknya south korea memandai2 nak hantar kpop perform kat situ, m ...

Tula kenal gak orang korea utara dgn retis2 kpop ni sampai jemput dtg.. igtkan x kenal lgsg..
Quote Telolet 9-4-2018 11:09 AM
epis replied at 7-4-2018 05:32 AM
Tula kenal gak orang korea utara dgn retis2 kpop ni sampai jemput dtg.. igtkan x kenal lgsg..

yang hadir ni semua family orang2 elit area pyeongyang (orang gomen) directly under kim jong un. maybe diorang tau la skit2, untuk keep track apa yang south korea buat.. rakyat biasa maybe tak kenal kot...

fun fact, kat area border north-south tentera south buat provokasi dengan pasang lagu kpop pada speaker kuat2 n blast ke arah north lol. dah berapa kerat tentera north defect ke south sebab ni.
Quote Konahhh 28-4-2018 10:57 PM
Placard sepesen je konah tengok. Agak-agak before masuk, organiser paksa pegang kot.
Quote shernazz 29-4-2018 05:52 PM
Iolg tgk.kt ig red velvet buat konsert..
Kaku je semua ..xde.menari.nari
Hahaha

Lihat semua komen(16)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 07:48 AM GMT+8 , Processed in 2.252839 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top