CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Ya, Nama Saya Memang Helpmelah'

2-4-2018 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3192| Komen: 10

Description: Pelik, tapi unik. Itulah yang boleh dikatakan mengenai pasangan suami isteri yang memiliki nama unik ini iaitu Md Helpmelah Jaafar, 43, dan isteri Norolhudainseroh Ismail, 33, lapor Sinar Online.
“Satu hari tu, saya tengok kad pengenalannya dan baru tahu namanya unik. 
Saya tergelak sendiri.


“Yalah, nama saya pun dah susah orang nak sebut, 
berjodoh pula dengan lelaki yang juga unik namanya."

Pelik, tapi unik. Itulah yang boleh dikatakan mengenai pasangan suami isteri yang memiliki nama unik ini iaitu Md Helpmelah Jaafar, 43, dan isteri Norolhudainseroh Ismail, 33, lapor Sinar Online.

Menurut Helpmelah yang lebih dikenali sebagai Boy Pasar berkata, bapanya berasal dari Sarawak dan sengaja menamakannya dengan nama itu.


Foto: Sinar Online


“Tapi nama adik beradik lain, tidak unik seperti ini.

“Sebenarnya, sejak dari sekolah lagi sehinggalah sekarang kawan-kawan panggil saya Boy Pasar, sebab tinggal di belakang pasar (Telok Kemang).

“Sekarang kalau orang cari Helpmelah, tak akan ada yang kenal,” katanya.

Disebabkan nama unik yang membawa maksud 'tolong' itu, Helpmelah sering menjadi pilihan guru untuk membuat kerja kelas.

“Bukan kerja berat pun, macam padam papan hitam dan tolong cikgu bawa buku. Seronok, itu saya ingat sampai sekarang,” katanya.

Bapa kepada tiga anak itu bagaimanapun tidak mengikut jejak langkah bapanya dalam memberi nama kepada anak-anak.

“Saya bagi nama anak yang biasa orang dengar. Nama unik ni bagus juga, tapi letak nama mudah lebih baiklah,” katanya lagi.

Sementara itu, Norolhudainseroh berkata, namanya sepatutnya dieja Nurul Huda Insyirah tetapi berlaku sesuatu yang tidak diduga ketika bapanya mendaftar nama di balai polis.

“Polis yang siapkan dokumen tu berbangsa India dan bila ayah sebut nama saya, maka polis itu menulis sedemikian, jadilah Norolhudainseroh.

“Sampai rumah baru mak perasan dan dah tak boleh nak buat apa, biarkan sahaja,” katanya. - CARI
25

Bagus
19

Marah
9

Terkejut
14

Sedih
19

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 2-4-2018 10:55 AM
biar betul barder ni umor 43??  mcm dah 63 je..
Quote batmana 2-4-2018 11:19 AM
zulka replied at 2-4-2018 10:55 AM
biar betul barder ni umor 43??  mcm dah 63 je..

tu yg madey kata, umo ada 2,
Quote Sazida 2-4-2018 11:42 AM

tu hari iols ade la setelkan dokumen anggota badan beruniform ni,gelak besar iols nama dia ENAM HARI...tgk full details dia,nama Atok dia KUCAMPIRA.. Tgk umur anggota tu baru sekitar 35 tahun. cemanalah dia harungi kehidupan dia sehingga besar. teringin jgk iols nk tahu nama adik beradik dia yang lain. kot yg sulung nama SATU HARI.   .. tp no wonderlah sebab SEMPORNA nun punya orang.
dlm mase sama,iols  tak hbs pikir, kenapa harus ENAM HARI?.nape tak letak nama yg mudah mcm ahmad? busu? ali?  
Quote Artemesiaa 2-4-2018 11:55 AM
Dolu2 ramai yang dapat nama unik akhirnya sebab kesilapan masa mendaftar sebab cara mendaftar nama tak macam zaman sekarang rasanya
Quote laksmanabentan 2-4-2018 12:01 PM
zulka replied at 2-4-2018 10:55 AM
biar betul barder ni umor 43??  mcm dah 63 je..

haah kan... maybe sbb dia buat keje2 kampung semua tu..
kena panas terik..
so possible la nampak tua kan...

kalau duduk bandar dgn pencuci muka bagai semua..
leh la nampak muda sikit...
Quote surwanis 2-4-2018 02:15 PM
agaknye bapak nye mtk tlg kat tukang daftar tu,...
tu bapak die duk terpinga2 sebut helpmelah..
penat nau memikir nk taruk nama anak ape..
kejadah tukang daftar xnak tolong khennn..

-done speku
Quote sulan01 4-4-2018 01:35 PM
Masa daftar tu lebih kurang ginilah;

En. Polis :  Nak daftar nama apa anak encik ni?
Bapa :  Nama Helmi lah   (lah cuma sukukata tambahan percakapan harian)

Maka en. polis pun tulis 'Helpmelah bin.... '     .....
Quote Konahhh 28-4-2018 10:52 PM
Apapun disebalik nama unik, ada cerita tersendiri..kenangan buat anak-anak dari parents.
Quote MarryPottet 29-4-2018 12:43 AM
sempena musim pru ni, takde ke orang nak namakan anak sempena kata2 keramat imam khalifah jagung iaitu yuhelpmiaihelpyu & cashisking
Quote chiquititamichi 30-4-2018 12:46 AM
Asalnya nama helmi.... yg bininye  nurul huda insyirah... but that time...very kedepanlah...33 thun yg lepas nama insyirah x wujud...mayba bapaknya dpt mimpi...bunyi ala2...norolhudainseroh....

Lihat semua komen(10)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.071515 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top