CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Setahun Sekali Saja, Bolehlah Berangan Sekejap Dengan 'Sakura' Di Kedah Ini..

2-4-2018 10:42 AM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 2797| Komen: 8|Original author: Oleh: Faizal

Description: Keindahan bunga sakura sudah pasti menggamit mata memandang. Bunga sakura amat terkenal di Jepun. Sehinggakan di sana terdapatnya sambutan pesta bunga sakura. Bagi masyarakat di sana, bunga sakura mem ...
Keindahan bunga sakura sudah pasti menggamit mata memandang. Bunga sakura amat terkenal di Jepun. Sehinggakan di sana terdapatnya sambutan pesta bunga tersebut. 

Bagi masyarakat di sana, bunga sakura mempunyai maksud dan nilai tersendiri.

Foto: Remaja.my

Ramai juga rakyat Malaysia yang menjejakkan kaki ke negara matahari terbit ini untuk bercuti dan hendak menikmati pemandangan bunga sakura yang cantik. Kebiasaannya musim bunga itu di negara Jepun bermula sekitar bulan Mac hingga April setiap tahun.

Bagi anda yang tidak mampu untuk ke negara Jepun untuk menikmati keindahan bunga sakura, sebenarnya di Malaysia, ada juga musim bunga sakura tau. Walaupun bukan bunga sakura yang sebenar, tetapi rupa bunganya seakan-akan bunga sakura yang berasal di Jepun.

Foto: Kosmo


Pokok Tekoma atau lebih popular dipanggil dengan gelaran Sakura Kedah sudah mula berbunga. Biasanya musim bunga sakura Kedah bermula sekitar bulan Mac apabila keadaan cuaca panas dan hujan sedikit pada waktu petang berlaku.

Ternyata, landskap bandar raya di Kedah terutamanya di Alor Star dan kawasan sekitarnya berubah wajah apabila pokok Tekoma mula mengeluarkan bunga. Keadaan ini persis musim sakura di Jepun.

Dengan kehadiran musim sakura Kedah ini, ramai netizen yang mula memuat naik gambar mereka berangan-angan seperti berada di luar negara di media sosial.

Foto: Enyabdullah.com

Bukan sahaja penduduk yang berada di sekitar Kedah, mereka yang dari jauh seperti Kangar, Perlis malah dari Kuala Lumpur juga datang ke sini untuk melihat dengan sendiri pemandangan tersebut dan memuat naik gambar OOTD mereka.

Memetik dari Remaja.my, menurut Ketua Bahagian Landskap dan Rekreasi Alor Setar (MBAS),

"Fenomena ini berlaku setahun sekali, iaitu bermula daripada bulan Mac hingga ke awal April. Ini kerana bunga Tekoma tidak mampu bertahan lama dan berkembang penuh bergantung kepada suhu panas musim kemarau. Jika musim hujan kembali, ia akan luruh."

Foto Carian internet
Dua tahun lalu, suhu di Kedah mencecah 38 darjah Celsius, sehinggakan pokok ini hanya dipenuhi dengan bunga-bunga semata! tiada daun langsung yang kelihatan."

Selain di Kedah, pokok Tekoma juga boleh dilihat di Batu Pahat. Jadi, bagi anda yang hendak melihat dan mengambil gambar OOTD bersama dengan pemandangan yang cantik ini boleh singgah sebentar di bandar Alor Setar ya! - CARI 
7

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 2-4-2018 12:08 PM
cntikkkk..
kat area rumah aku MPSJ pun da pandai tnam pokok ni
itu ari berbunga mmg nmpak cntik sgtt..
Quote meisapoya 2-4-2018 01:13 PM
Seronok lalu bwh pokok ni masa angin kuat... ala2 mandi bunga gitu
Quote Artemesiaa 2-4-2018 01:29 PM
Cantik memang cantik tapi kesian pekerja majis perbandaran nak kena bersihkannya nanti
Quote ~boolean 2-4-2018 04:12 PM
Bunga ni cantik bila bukan depan rumah kau..
Kalau depan rumah, boleh stres nak kena menyapu aja
Quote jofizo 3-4-2018 12:06 AM
Kesian tukang sapu...
Quote faraway1 3-4-2018 02:52 AM
my husband alergik dengan pokok ni, mau bersin aje sentiasa...
Quote aku_best 5-4-2018 07:17 PM
pic bawah skali area rumah mak iols....rindunya nak balik kampung...
Quote Genkidesuka 23-4-2018 04:41 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Pernah ambil gmbr bunga2 ni di atas ranting.  Kebetulan ada ranting menjulur rendah.  Each petals berbulu halus. Kalo tgk bunganya dekat2 tk menarik pun... tp bila tgk dari jauh byk2 atas pokok mmg lawa.
Betul ke berbunga setahun sekali?  Kt area sini mcm 2-3 kali setahun je pokok ni berbunga.  

Lihat semua komen(8)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.067651 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top