CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nikmati Hidangan Itali Di Sini, Memang Umph! Bagai Berada Di Venice Gamaknya

2-4-2018 10:54 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 3209| Komen: 7|Original author: Oleh: Zailina

Description: Orang Malaysia memang suka mencuba makanan dari pelbagai negara di dunia. Jadi, tak hairanlah kenapa di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor Bahru ada restoran Korea, Arab, Jepun ...
Orang Malaysia memang suka mencuba makanan dari pelbagai negara di dunia. Jadi, tak hairanlah kenapa di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor Bahru ada restoran Korea, Arab, Jepun, Itali, Indonesia dan berkonsep makanan barat. 


Ke mana nak dituju untuk merasa masakan Italy yang autentik? Olive Garden tempatnya! Jom tengok apa yang ada.


Foto: olivegardenrestaurant

Walaupun harga setiap sajian mungkin agak tinggi, restoran ini sentiasa menawarkan promosi. Misalnya, kalau pesan satu hidangan saja, pelanggan boleh memilih antara tiga jenis sup atau satu salad dan roti yang boleh ditambah ikut suka. Berbaloi, kan? Tengok saiz salad, terbeliak biji mata sebab memang boleh tersandar kekenyangan. Dressingnya pula sedap dan tidak muak dimakan.


Pilihan sup dan roti yang boleh ditambah sesuka hati

Begitu juga dengan sup yang ditawarkan. Malah, roti berbentuk mini baguette juga sedap dan harum baunya kerana ia dimasak restoran itu sendiri (bukan diambil daripada pembekal). Sup itu memang sedap, sekejap saja boleh habis! Tapi, jangan risau kerana anda boleh tambah lagi (refill) jika mahu. 

Serius, nikmati hidangan di sini memang berbaloi terutama jika datang berdua dan berkongsi hidangan utama.


Pasta pesto dengan buah zaitun dan pan-fry salmon.

Suasana dekorasi nampak ringkas dan minimalis, namun corak sofa dan susun atur kerusi meja mewujudkan suasana nyaman dan selesa. Ramai juga yang suka melepak sambil menyiapkan tugasan pejabat atau berbincang dengan komputer riba masing-masing terpasang. Sangat seronok melepak di sini sebab air minuman pun boleh ditambah sesuka hati.


Ayam dengan sos berkrim dan kentang putar

Jadi, kalau teringin nak berangan macam berada di Venice atau Rome, kunjungilah Restoran Olive Garden. Menunya banyak pilihan. Sebut saja nak makan pasta dengan sos yang pelbagai, semua ada. Malah, makanan porsi kecil untuk kanak-kanak juga disediakan selain jejari kentang goreng (fries) yang gebu mencair di dalam mulut. Pendek kata, selera semua orang boleh dipenuhkan di sini.


Olive Garden di Mid Valley Megamall
Foto: chasingfooddreams

Alamat Olive Garden:
Mid Valley Megamall
Lot No F-051, First Floor,
Mid Valley Megamall,
Lingkaran Syed Putra, 59200 KL.

Aeon Shah Alam
G-08 & G-09, AEON Mall Shah Alam,
No. 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Yang penting sedap dan berbaloi kerana chef mereka  menggunakan bahan-bahan segar dan selera yang menepati citarasa ramai. - CARI
15

Bagus
24

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
4

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abangadek 2-4-2018 01:13 PM
iols mmg peminat pasta.. semua ni nampak sedap tapi jauh la pulak nak pergi
Quote noraidil_06 3-4-2018 08:53 PM
Ok iols nk try  @greentea jejoms.
Quote pinkypetal 5-4-2018 07:41 PM
Nampak menarik.
Quote Konahhh 28-4-2018 10:53 PM
Sedap tapi jauhhhh puleks
Quote Foxey 21-8-2018 09:32 AM
hmm... tak pernah try restoren ni. salu lalu-lalang jer.
Quote sapasapa 14-5-2021 05:09 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

11-8-2022 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.101142 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top