Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Mar
30

Milo Bantu 5 Juta Rakyat Malaysia Jalani Lifestyle Aktif

30-3-2018 03:21 PM | Dilihat: 1258| Komen: 58

MILO®, penyokong pembangunan sukan dari peringkat akar umbi hari ini melancarkan inisiatif MILO® Aktif Negaraku. MILO® yang telah memacu pembangunan di sukan peringkat akar umbi di Malaysia selama lebih 60 tahun bertekad untuk membantu seramai lima juta rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup aktif menerusi pelbagai jenis program sukan yang disediakan di bawah inisiatif MILO® Aktif Negaraku.

Lebih daripada 60 tahun, MILO® telah membekalkan tenaga dan nutrisi kepada rakyat Malaysia dan tidak mengenal lelah untuk membangunkan sukan tanah air serta menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih aktif. MILO® Aktif Negaraku adalah sebahagian daripada rancangan berterusan kami untuk memperluas misi menggalakkan = lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif. Inisiatif ini mencerminkan janji kami untuk memberikan Good Food, Good Life kepada semua rakyat Malaysia, demikian kata Alois Hofbauer, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestl (Malaysia) Berhad.

Misi untuk menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif adalah selari dengan komitmen global Nestl untuk membantu lebih 50 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengamalkan gaya hidup lebih sihat, tambah beliau.


Bagi menggalakkan lima juta rakyat Malaysia menjadi aktif, siri-siri aktiviti sukan akan dijalankan di seluruh negara sepanjang tahun melalui inisiatif MILO® Aktif Negaraku. Inisiatif ini akan menghimpunkan pelbagai platform sukan yang disokong MILO®, termasuk MILO® Champions Clinic, MILO® ActivJam Senamrobik, MILO® Hidup Bola, Hari Sarapan Malaysia MILO® serta pengenalan teknologi canggih MILO® Bola Juara. Menerusi pelbagai aktiviti ini, MILO® Aktif Negaraku mampu mewujudkan pelbagai peluang untuk memulakan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sejak 60 tahun lalu, MILO® telah menerajui pembangunan sukan di peringkat akar umbi bagi semua rakyat Malaysia. Setiap tahun, MILO® telah menganjurkan pelbagai aktiviti hebat yang dinanti-nantikan semua rakyat Malaysia. MILO® Aktif Negaraku melambangkan komitmen kami untuk membina masa depan yang lebih aktif bagi rakyat Malaysia. 

Dalam merealisasikan komitmen ini, kami telah membawa bersama pelbagai platform dengan unsur-unsur baharu yang mengujakan, seperti kerjasama dengan FC Barcelona untuk MILO® Champions Clinic: Edisi Barca, serta beberapa inisiatif terbaharu, seperti MILO® Bola Juara, teknologi canggih yang diperkenalkan buat julung kali di peringkat dunia, ujar Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO®, Nestl (Malaysia) Berhad.


MILO® Bola Juara, Smart Ball unik yang dihasilkan oleh MILO® akan diperkenalkan buat julung kali di pentas dunia sempena pelancaran MILO® Aktif Negaraku. Apabila dihubungkan dengan aplikasi telefon bimbit, MILO® Bola Juara mampu menjejak pelbagai pergerakan yang dibuat, sekaligus membolehkan para pengguna menjejaki aktiviti dan perkembangan amalan sukan mereka. MILO® Bola Juara bakal ditampilkan di pelbagai acara MILO® Aktif Negaraku di seluruh tanah air dalam beberapa bulan ini bagi menggalakkan kanak-kanak dan ibu bapa di setiap negeri menjalani gaya hidup lebih aktif dengan bantuan teknologi canggih ini.

MILO® Champions Clinic: Edisi Barca yang bakal berlangsung dari 31 Mac hingga 13 Mei akan menyaksikan kanak-kanak dari seluruh Malaysia menjalani latihan dengan jurulatih terkemuka tanah air, Azman Adnan dan Coach Yong. Lebih menarik lagi, 19 kanak-kanak yang telah menyertai Klinik Juara MILO®: Edisi Barca akan berpeluang berkunjung ke Camp Nou, stadium kebanggaan FC Barcelona!


Beberapa MILO® Champions Clinic untuk enam sukan lain turut akan dilancarkan pada tahun ini, di samping pelbagai akitiviti lain dalam inisiatif MILO® Aktif Negaraku, termasuk MILO® Hidup Bola yang bakal kembali mengujakan semua. Untuk maklumat lanjut mengenai sukan-sukan yang terlibat dalam MILO® Aktif Negaraku, serta perkembangan usaha MILO® dalam menggalakkan gaya hidup aktif di Malaysia, sila layari www.milo.com.my atau www.facebook.com/MiloMalaysia


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 58
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote misscendol 25-6-2018 11:40 AM
Hopefully milo jgn lah mahal2 sgt

Lain-lain Komen

Quote shernazz 30-3-2018 04:28 PM
Pagi di sekolah..mencabar sentiasa
Ibu jangan bimbang..bekalkan tenaga
Bekalkan..tenaga
Bekalkan...tenaga
Bekalkan tenaga bekalkan tenaga
Quote samasam90 30-3-2018 04:48 PM
iolls selepas minum milo, perlu ke tandas.. hmmm bekalkan tenaga ke tandas ka?
Quote CiliPadiSedap 30-3-2018 05:08 PM
akak dh amal gaya hidup sihat, sekarang kurangkan manis. kalau anak nak air manis weekend je boleh, kalau weekday akak jeling dengan pandangan malaikat maut.
Quote siputsedut 30-3-2018 05:12 PM
Milo breakfast run bila nak buat comeback this year yach? X saba nak berlari lari anak lepas tu mentekedarah milo lori pree bergelas2
Quote jazaa100 30-3-2018 06:07 PM
Milo ni bgus sgt.....
Dari dulu suka buat kebajikan....
Dtg sek bg bebudak minum milo free.....

Quote dani-rox 30-3-2018 08:26 PM
siapa2 yg pernah cuba try test melantak kiub milo yg rare~ tuh, mohon review pls. made in aprika katanya. lezat sgt ke?





Quote Catpaw 30-3-2018 08:47 PM
dani-rox: siapa2 yg pernah cuba try test melantak kiub milo yg rare~ tuh, mohon review pls. made in aprika katanya. lezat sgt ke? <a href="http://images.says.com/u" target="_blank">http://images.says.com/u</a> ...


Terliur pulak iols tengok gambar kiub milo ni {:yameteh
Quote pearl.silver 30-3-2018 09:26 PM
dani-rox: siapa2 yg pernah cuba try test melantak kiub milo yg rare~ tuh, mohon review pls. made in aprika katanya. lezat sgt ke? <a href="http://images.says.com/u" target="_blank">http://images.says.com/u</a> ...


Tak sedap
Lg sedap klu uols biar milo serbuk tu lemau, pastu ketul2 tu uols kemam.
Quote barfi 31-3-2018 12:53 AM
Catpaw: Terliur pulak iols tengok gambar kiub milo ni {:yameteh

Pernah beli. Iols makan masa iols dalam pantang pulak tu. Bagi iols sedap!! Tak rugi beli.
Quote saladin780 31-3-2018 12:55 AM
dani-rox replied at 30-3-2018 08:26 PM
siapa2 yg pernah cuba try test melantak kiub milo yg rare~ tuh, mohon review pls. made in aprika kat ...

bleh buat sendiri ni..seterika je paket milo stick tu..opps jgn lupa balut dulu ngan kain
Quote pyropura 31-3-2018 01:05 AM
Milo malon, jadi kegilaan acik2 indon yg melancong ke malon @resiel @Kepitingbakau
Quote dani-rox 31-3-2018 01:12 AM
pearl.silver replied at 30-3-2018 09:26 PM
Tak sedap
Lg sedap klu uols biar milo serbuk tu lemau, pastu ketul2 tu uols kemam.

really?
kan. bila lama tak layan milo, maka terbentuklah ketulan2 milo dlm tin yg enak dimakan begitu sajork





Quote dani-rox 31-3-2018 01:13 AM
saladin780 replied at 31-3-2018 12:55 AM
bleh buat sendiri ni..seterika je paket milo stick tu..opps jgn lupa balut dulu ngan kain

hahaha resipi turun temurun
Quote hyie 31-3-2018 01:14 AM
siputsedut replied at 30-3-2018 05:12 PM
Milo breakfast run bila nak buat comeback this year yach? X saba nak berlari lari anak lepas tu ment ...

khuens sis...last year meols masuk hokeh, lepas abes lari tu gigih pegi sesatu booth untuk kutip free gift...sempatla kutif beberapa buah buku nota milo ngan balang tempat isi keropok gittew meols menyesal sangat amik breakfast mee goreng sebab kurang sedap, baik amik muffin nampak urban sikit
Quote dani-rox 31-3-2018 01:16 AM
Catpaw replied at 30-3-2018 08:47 PM
Terliur pulak iols tengok gambar kiub milo ni {:yameteh

kalo ikut review pearl.silver, tak sedap. kita ratah jah milo tu, sis.
Quote Kepitingbakau 31-3-2018 01:21 AM
pyropura replied at 31-3-2018 01:05 AM
Milo malon, jadi kegilaan acik2 indon yg melancong ke malon  @resiel @Kepitingbakau

Itu kan yg level pati kan lon apa milo punye keistemewaan? Gula je yg lebih coclat pon tak pekat..tak enak
Quote pearl.silver 31-3-2018 06:54 AM
dani-rox replied at 31-3-2018 01:12 AM
really?
kan. bila lama tak layan milo, maka terbentuklah ketulan2 milo dlm tin yg enak dimakan b ...

Haha..ye..
Milo kiub ni mcm tak puas makan camne taktau..
I bli sepeket xabes pun kt umh..org lagi suka ratah milo biasa tu..hehe
Quote siputsedut 31-3-2018 07:25 AM
hyie replied at 31-3-2018 01:14 AM
khuens sis...last year meols masuk hokeh, lepas abes lari tu gigih pegi sesatu booth untuk kutip f ...

Waaa bestnya last year..last year sis x pergi...tgh sarat membuyung...thn sblm tu dpt byk makanan je seingat sis...thn ni sis ingat nak masuk fun run 3km je kot sbb sis nak bawak anak2 berlari..boleh la kutip free gift byk sikit ..lepas lari jgn lupa hadap milo free sampai santak ye...
Quote bulalof 31-3-2018 09:55 AM
milo...cant live without 'em

Lihat semua komen(58)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047242s Gzip On
To Top