CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gila, Kemeja T Logo Versace Berharga RM1,500 Jadi Kegilaan Ramai!

30-3-2018 03:09 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 4394| Komen: 22|Original author: Oleh: Ain

Description: Umum tahu lambakan barangan berjenama terkenal dijual pada harga tinggi melambung walaupun kebanyakannya bagaikan tidak masuk akal.
Umum tahu lambakan barangan berjenama terkenal dijual pada harga tinggi melambung walaupun kebanyakannya bagaikan tidak masuk akal.

Bagaimana seutas jam tangan, kasut, beg tangan dan sebagainya boleh dijual pada harga puluhan ribu? Malah, ada yang ditawarkan lebih dari itu!


Foto: PopKey

Dengan kejayaan drama jenayah bersiri Amerika, Assassination of Gianni Versace: American Crime Story baru-baru ini, tidak hairanlah jika kemeja T berjenama dengan slogan jenamanya menjadi kegilaan ramai sekarang!


Foto: METRO/BBC


Jenama global yang terkenal dalam industri fesyen Itali itu, Versace mengeluarkan lima koleksi kemeja T baharu.


Harganya? Sudah tentulah mahal gila!


Koleksi itu dilancarkan sebagai sebahagian daripada koleksi musim bunga/musim panas 2018, yang direka sendiri Donatella Versace sempena memperingati ulang tahun ke-20 kematian abangnya.

Koleksi yang boleh didapati dalam lima warna itu; tiga warna pastel, hitam dan putih, menjadi kegilaan ramai walaupun dijual pada harga 280 British Pound (RM1,488)!


Foto: METRO

Ramai yang berebut-rebut mahu mendapatkannya termasuk model serta blogger. Malah, Orlando Bloom juga begitu teruja berswafoto sambil menggayakan kemeja T berkenaan.


Foto: FB Versace


Foto: IG Blogger Shea Marie


Foto: IG Model Mexico, Claudia Salinas

Lebih istimewa, ketika koleksi itu diperagakan, Versace menampilkan model yang telah lama bekerjasama dengan mereka seperti Naomi Campbell, Claudia Schiffer, Cindy Crawford, Helena Christensen dan Carla Bruni.

Kalau ada yang teringin nak membeli dan rasa dia berkemampuan, bolehlah dapatkan koleksi terbaru Versace ini secara dalam talian di Versace.com, Farfetch.com, dan Net-a-Porter.com. - CARI
4

Bagus
25

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 30-3-2018 03:42 PM
Kahkahkah. Dah kenapa gambar last tu ada bentuk bulat kat bawah?
Quote Artemesiaa 30-3-2018 03:58 PM
Mereka2 ni beli jenama bukan beli tshirt.
Quote blewnatural 30-3-2018 04:00 PM
Tunggulah pasni ada org ciplak , made in china .. harga sepuluh hengget je kat lazada n shopee {:handsome{:handsome
Quote Levespa 30-3-2018 04:32 PM
kalau jenama yg dah established  ni memang huntongla meniaga.. jual apapun followers yg hadap brand akan tetap beli
Quote kikuri 30-3-2018 04:38 PM
american crime story ni macam ala ala american horror story ke ...?
Quote chicozinn 30-3-2018 04:55 PM
meollss tunggu orang ciplak je la..nan mampoo nk beli rega firaun itu..
Quote realist_13 30-3-2018 06:21 PM
kikuri replied at 30-3-2018 04:38 PM
american crime story ni macam ala ala american horror story ke ...?

American crime story ni based on real life events... lakonan semula tapi with real actors gittew... bese ada kat channel CRIME INVESTIGATIONS ... ble dah lpas few months depa ulang tayang kat LIFE HD ... iols tgok channel CI ble time astrok bg free jew
Quote iloveselangor 30-3-2018 06:27 PM
Sejuk mcm duduk dlm aircond ke baju tu?

Btw tetiba i teringat komen2 satu songket kat lazada yg harga puluh ribu.

Tak tahu diorg menganjing ke atau betul2 komen
Quote munahminah 30-3-2018 08:26 PM
Harus lmk beli ni
Quote dani-rox 30-3-2018 08:48 PM
iya la tuh... jgn tak tau, kilang sweatshop yg jahit t shirt utk tesco dan primark adalah kilang yg sama produce designer t shirt utk Versace, Dolce and Gabbana, Armani dan Max Mara.
sehelai entah brp dollar jah termasuk upah yg minimum wage, tp jual kat pemuja fesyen beratus2 dollar.
Quote moonbug 30-3-2018 11:12 PM
Cantik2 color dia
Quote armin 31-3-2018 12:21 AM
Tak sanggup nak beli yg ciplak sbb ori nya mahal sangat. Buat malu je kena gelak kalaauirg tau tak mampu pakai
Quote shernazz 31-3-2018 04:26 PM
dani-rox replied at 30-3-2018 08:48 PM
iya la tuh... jgn tak tau, kilang sweatshop yg jahit t shirt utk tesco dan primark adalah kilang yg  ...

Usd1 utk.kos tshirt pun dh kira mahal
Bayangkan jual harga brapa
Donatello boleh dok maeikh 2 3 hari la..
Quote grouper 31-3-2018 04:32 PM
Beli ciplak kat pasar malam wat main badminton je ni
Quote cik-jaja 31-3-2018 08:09 PM
nanti ada la lelong kat pasa malam rm10
Quote carisha 31-3-2018 08:13 PM
Agaknya tak lusuh sampai kesudah t-shirt ni
Quote dani-rox 31-3-2018 08:54 PM
shernazz replied at 31-3-2018 04:26 PM
Usd1 utk.kos tshirt pun dh kira mahal
Bayangkan jual harga brapa
Donatello boleh dok maeikh 2 3  ...

tu la pasal. cop jenama jah yg mahal, kualiti kain lebih kurang dgn yg jual kat pasaraya.
kosser lah nak ikut trend... beli jah dgn bangla kat petaling street. bukan org tau tiruan pun hahaha
kalau ai kaya raya mcm acik vida tu pon belum tentu nak beli. rm1500 boleh belanja famili dan kengkawan melahap kat restoren menate
Quote shernazz 31-3-2018 08:58 PM
dani-rox replied at 31-3-2018 08:54 PM
tu la pasal. cop jenama jah yg mahal, kualiti kain lebih kurang dgn yg jual kat pasaraya.
kosser  ...

Kan..baek.beli benda lain
Ni.aliff syukri hadap la kots nak.beli..
Takat lambang tu aje..
Cm.tempah kat kedai printing..hahaha
Quote Orix 31-3-2018 11:47 PM
Model laki tu mcm orlando bloom

Lihat semua komen(22)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.071735 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top