CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Pengawal Keselamatan Mati Terkejut Lihat Tempat Kerja Terbakar

30-3-2018 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2230| Komen: 10

Description: Seorang pengawal keselamatan rebah dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas terkejut melihat kilang perabot tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Cheras terbakar, jam 4.40 pag ...
Seorang pengawal keselamatan rebah dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas terkejut melihat kilang perabot tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Cheras terbakar, jam 4.40 pagi semalam.


Harian Metro melaporkan, dalam kejadian, Mohd Jaya Vacho, 50, bekerja syif malam sebelum rebah di hadapan pondok pengawal sebaik melihat bangunan kilang berkenaan terbakar.

Menurut rakan sekerja mangsa, Yoong, mangsa berasal dari Sabah dan baru enam bulan bekerja di situ.

"Ketika kejadian, kilang itu belum memulakan operasi dan mangsa bekerja seorang diri.

“Mangsa ditemui terbaring di pekarangan kilang oleh orang ramai yang melihat kebakaran.

“Dia kemudian dibawa ke Hospital Serdang oleh orang ramai, namun disahkan meninggal dunia,” katanya.


Pengawal Keselamatan Mati Terkejut Tempat Kerja Terbakar



Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang Mohd Jaslizad Jalil mengesahkan pihaknya menerima panggilan jam 4.44 pagi.

Sebaik tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian, anggota terpaksa mendapatkan bantuan dari BBP Bangi, Serdang, Pandan Indah dan Pasukan Bomba Sukarelawan kerana api terlalu marak.

“Operasi memadamkan kebakaran membabitkan 43 anggota dan 13 jentera.

“Api berjaya dikawal jam 7 pagi, namun kilang itu musnah 90 peratus dan turut merebak ke bangunan sebelah yang terbakar kira-kira 10 peratus,” katanya.

Anggota mengambil masa lama untuk memadamkan kebakaran kerana kilang itu dipenuhi perabot kayu selain bahan kimia untuk membuat perabot. - CARI
16

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
12

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 30-3-2018 10:17 AM
kasihannya..

Quote Artemesiaa 30-3-2018 11:48 AM
Takziah buat keluarganya kena serangan jantung ke hapa
Quote LautBiru52 30-3-2018 12:17 PM
Terkejut lepas tu takut teramat sangat agaknya. Takziah
Quote iloveyou 30-3-2018 12:45 PM
kesian nya huhu.
Quote Meiizu 30-3-2018 12:47 PM
mesti dia takut sgt sampai mati
kesian plak
Quote belutcute 30-3-2018 12:48 PM
kesiannya...isk...isk..isk
Quote chazey 30-3-2018 01:24 PM
Takziah Jaya Vacho.
Quote haryatie 30-3-2018 01:33 PM
kesiannyaa
Quote dani-rox 30-3-2018 08:05 PM
Kesiannya. Takziah buat keluarga Mohd Jaya Vacho.
Quote iloveselangor 1-4-2018 05:49 PM
Tak fit langsuang..dan mesti terjaga tido tengok api dah marak.

Harap tauke kedai bertabah.

Lihat semua komen(10)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-10-2022 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.073575 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top