CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Ini Larang Kita Pergi Klinik Kerajaan, Tapi Kenapa Orang Ramai Memujinya?

29-3-2018 02:57 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 7373| Komen: 29|Original author: Oleh: Ain

Description: Setiap orang memiliki persepsi tersendiri terhadap perkhidmatan kerajaan terutama di hospital.
Setiap orang memiliki persepsi tersendiri terhadap perkhidmatan kerajaan terutama di hospital.

Dalam pada kerajaan berusaha memberi yang terbaik untuk rakyat, ada juga yang masih tak berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan. Ada sahaja yang hendak diburukkan.

Pelbagai pengalaman buruk dikongsikan di laman sosial, namun tak semua menggelupur memburukkan hospital kerajaan. Ada juga yang memuji perkhidmatan kaki tangan dan fasiliti disediakan kerajaan memuaskan.

Sebuah posting di Twitter menarik perhatian ramai apabila menceritakan pengalamannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik gigi kerajaan.

"Jangan pergi mana-mana klinik atau hospital kerajaan selepas ini!"
serunya dengan tegas.




Aik, dah kenapa pula tu? Teruskan pembacaan untuk menyusuri pengalaman Inche Gabbana ini.

Menurutnya, itu merupakan kali pertama dia mendaftar di klinik berkenaan.



Klinik jenis apa kenakan caj RM1 saja?





Rasa tertipu! Inikah klinik kerajaan?





Foto: Giphy

Meneruskan ceritanya, Inche memberitahu bahawa proses memriksa giginya hanya mengambil masa lima minit sahaja. Bahkan, jumlah semua bayaran hanya RM3 termasuk pendaftaran.




"Asyik kutuk kerajaan sahaja, sekali-sekala kenalah bagi penghargaan pula, kan?"
katanya.

Ramai netizen tertipu dengan 'pembuka bicara' posting Inche yang kononnya mahu menghentam klinik kerajaan.


Reverse psychology
rupanya, menarik!


Foto: Twitter

Kreatif juga cara Inche menggunakan taktik begini untuk membuka mata rakyat mengenai kerajaan yang sudah berusaha memberikan terbaik buat rakyatnya. - CARI
11

Bagus
17

Marah
17

Terkejut
25

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 29-3-2018 04:07 PM
mcm dejavu sgt thread ni dh la gigi ni sakit dr brp bulan dh nk g cek takut

klinik gg gomen kt area rumah aku gila bapak ramai smpai beratur kt luar

nk g cari klinik gigi gomen mana yg tak ramai ni?
Quote buragazz 29-3-2018 04:24 PM
Aku ada pengalaman yang sama kat klinik pergigian Alor Gajah.. walau ramai orang tapi agak terkejut bila tak lama menunggu.. since dari itu memang kesitu je lah...
Quote saviour_09 29-3-2018 04:41 PM
aku nak gi cabut gigi 1,2 minggu lagi

Quote pearl.silver 29-3-2018 05:28 PM
Klu nk putihkn gigi ada ke servis ni
Quote prettyuglybabe 29-3-2018 05:54 PM
ni hasanah mana lagi terlepas ni

Quote fazamania 29-3-2018 06:27 PM
Menipu je lah ko kalau x sempat nak dudui tetiba nurse dah panggil.
Quote RatuDunia94 29-3-2018 06:49 PM
Tengok tempat juga la kot. Kalau klinik kat kawasan bandar n perumahan padat mmg tiap2 hari ramai org.. Tp kalau kawasan pinggir or luar bandar mmg ada certain hari xde org lagsung.. Bukan talat xde pesakit. Nurse n doktor pon xde.. Hehee..
Quote faraway1 29-3-2018 09:33 PM
tapi kat malaysia memang cepat, bandingkan sini..

hari tu kami kat penang, bawa anak pergi kecemasan,
walaupun anak bukan warganegara, cepat betul rawatan dia dapat..
mungkin sebab baby... tapi kat sini, baby pun, paling lama
pernah tunggu 6 jam semata mata nak jumpa doctor.
Quote orkid_amani 29-3-2018 11:20 PM
hubby aii ada problem wisdom teeth tu.. p survey kat dentist privet rm600. p gov 50 hingget ja.
Quote chikumanis 30-3-2018 12:56 AM
fazamania: Menipu je lah ko kalau x sempat nak dudui tetiba nurse dah panggil.


dah dikatanya ada sorg je patient...betul lah tu...mungkin ada 2 doktor masa tu...dah tau takde patient, misi nak panggil lambat2 dah kenapa kan...
Quote adeqbun 30-3-2018 09:47 AM
tak kire la gomen ke private...ai is x suke klinik gigi..huwaaaa tacutttt
Quote Themilo 30-3-2018 09:57 AM
pearl.silver replied at 29-3-2018 09:28 AM
Klu nk putihkn gigi ada ke servis ni

putihkan gigi rasanya takde.. servis klinik gigi kerajaan ni sediakan benda-benda basic macam scaling, filling, cabut, pasang braces dgn harga subsidi pun ada rasanya (tapi kena ikut turn la, sebab harga subsidi)... utk treatment lebih ke arah kosmetik, chuols kena la gi private dentist..
Quote kechikchomel 30-3-2018 10:47 AM
experience sendiri masa pergi klinik gigi gomen kat Bangi :

masa 1st time dtg untuk set appoinment - reg. n bagi i/c - tunggu dia panggil nama (berejam lah jugak) - bayar - tunggu lagi nak masuk bilik doc. (tak lama sangat) - dah masuk bilik doc, doc cek, pastu bagi date utk appoinment (tampal gigi) iaitu 2 bulan kemudian!

2nd time dtg utk tampal gigi - bagi i/c, duduk jap dlm 10-20 minit - masuk bilik doc, doc tampal gigi - keluar bilik doc - duduk jap tggu nurse panggil nama - bayar n balik

tak silap kalau tampal gigi RM 5. kalau nak cabut gigi tak yah appoinment.

ohhhh....lupa nak bagitau. kat Bangi memang ramai orang ye.
Quote kotakbaju 31-3-2018 01:38 AM
pearl.silver replied at 29-3-2018 05:28 PM
Klu nk putihkn gigi ada ke servis ni

Aku penah tanya doktor gg kat klinik gomen dulu. Dia cakap kat klinik gomen memang tak buat. Dekat swasta ada.
Quote kotakbaju 31-3-2018 01:43 AM
Kalau klinik gg gomen kat area kampung aku tu memang orang tak ramai. Dah la bangunan baru. So peralatan semua memang lengkap la. Besa aku pi untuk chek gg ke cuci gg ke tak lama la tunggu. Ada sekali tu aku jumpa kartina aziz mai check gg kat situ dengan sedara mara dia.
Quote cap_ayam 31-3-2018 05:44 AM
Edited by cap_ayam at 31-3-2018 05:46 AM

Servis Klinik pergigian kat Seksyen 19 Shah Alam pun bagus.. Cuma style klinik gigi kerajaan kat sini tak boleh buat multiple procedure pada sorang patient dalam satu2 masa. Kalau scaling, scaling je, kalau cabut, cabut je. Dentist tu kata orang ramai menunggu kat luar. Jadi kena selalu datang ziarah kalau banyak kes.

Katanya ada kadar baru utk perubatan hospital kerajaan.. Jadi ke implement? Last sekali pergi kena bayar rm1 jugak utk pendaftaran, cabut ngan scaling tak ingat tapi murah la tak lebih rm5.
Quote emily.topaz 31-3-2018 05:53 AM
i last time pergi time mengandung,  Lepas settle, pergi kat kaunter, nurse dgn muka serba salah cakap kat i 'Puan bukan kerja kerajaan, kita kene kan bayaran yer'

how much?

'Lima ringgit'
Quote lonso 31-3-2018 07:17 AM
klinik kerajaan ni bagus sbrnya.. tp tulah kita... btw i mmg takot bab2 gigi nihhh
Quote Nt-ViruS 31-3-2018 12:00 PM
reverse psychology ni makin lama makin annoying. dari reverse psychology rasa macam sarcasm bila guna excessively.

buat orang rasa lagi makin menyampah nak pergi.

Lihat semua komen(29)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-8-2022 11:12 AM GMT+8 , Processed in 3.671649 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top