CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Kantoi Berasmara, Kereta Terjun Longkang Ketika Cuba Lari

29-3-2018 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7109| Komen: 59

Description: Kenderaan dinaiki sepasang kekasih terbabas ke dalam longkang selepas cuba melarikan diri apabila kantoi berasmara dalam kereta.
Kenderaan dinaiki sepasang kekasih terbabas ke dalam longkang selepas cuba melarikan diri apabila kantoi berasmara dalam kereta.

Memetik Sinar Harian, pasangan berusia 23 dan 20 tahun itu ditahan anggota Penguatkuasa Syariah Kuala Terengganu dan dikenakan denda RM3,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Syariah Kuala Terengganu, semalam.


Keputusan itu dilakukan Hakim Syarie selepas pasangan yang juga pembantu kedai makan berkenaan mengaku bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu di kawasan perumahan di Tok Jembal, Kuala Nerus,kira-kira jam 10.15 malam, pada 26 November lalu.


Foto: AntaraPos

Keputusan dibuat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.


Menurut fakta kes, ketika meronda di lokasi, anggota terserempak dengan kereta Perodua Viva yang kelihatan mencurigakan diparkir di kawasan gelap dan sunyi di belakang bangunan baru siap, tidak berpenghuni.

Kereta berkenaan bercermin gelap selain semua pintu tertutup rapat, namun enjin dan penghawa dingin hidup.

Anggota lantas menghampiri kenderaan berkenaan di sebelah pemandu sambil menyuluh lampu dan mendapati seorang lelaki memakai kemeja-T sedang menindih seorang perempuan di bahagian kerusi penumpang hadapan.

Sejurus itu, anggota mengetuk cermin tingkap kereta sebelum memperkenalkan diri dan cuba membuka pintu, tetapi berkunci.

Terkejut melihat anggota berkenaan, lelaki terbabit bergegas berpindah ke tempat duduk pemandu dan cuba  melarikan diri, namun gagal apabila kenderaannya terbabas ke dalam longkang.

Siasatan mendapati kedua-duanya tiada ikatan yang sah. - CARI
8

Bagus
12

Marah
18

Terkejut
12

Sedih
11

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 29-3-2018 11:13 AM
gabra..kang da masuk longkang
rilek rilek sudeh
Quote fushimi 29-3-2018 11:15 AM
cash cash cash

nak zina cari tempat best sikit,5 star hotel ke

cikai punya puki dalam kereta pun tadah  
Quote prettyuglybabe 29-3-2018 11:17 AM
sumbang mahram tiada ikatan yang sah? macam mana tu?
Quote manehnya 29-3-2018 11:18 AM
huhu... padan muka...

tak sempat le der
Quote Nenasketum 29-3-2018 11:18 AM
Kenapa mentioned sumbang mahram? Kompius plak acik bawang arini
Quote grizz 29-3-2018 11:32 AM
xde tmpt indah sket ke..kete viva yg sempit gak kot wt..
Quote mziskandar 29-3-2018 11:35 AM
prettyuglybabe replied at 29-3-2018 11:17 AM
sumbang mahram tiada ikatan yang sah? macam mana tu?

Ssh nk jwb soalan ni..
Quote batmana 29-3-2018 11:51 AM
tu sbab pntingnye report

ni nmpk /tahu kemungkaran diam



alasan,

bnda personal wat pe nk sibuk

dibuatnya dia pregnant, lahir, kene tinggal, anak besar tk tentu hala, jadi perompak, pi  rompak bini hang smpai meninggal kene ragut cmne??????...
Quote Z77 29-3-2018 12:05 PM
grizz replied at 29-3-2018 11:32 AM
xde tmpt indah sket ke..kete viva yg sempit gak kot wt..

kereta paling sesuai satria lama banyak space dan selesa..
Quote spiderman80 29-3-2018 12:19 PM
Mungkin pasangan ini berfikir mengeseks dalam  kereta lebih thrill. Ya lah, buat kat tempat awam kan? Dah lah kemungkinan kena skodeng pun sangat tinggi. Tapi perasaan memdebarkan itu boleh membuatkan making love more thrill kut.

Quote spankee_fili 29-3-2018 12:22 PM
batmana replied at 29-3-2018 11:51 AM
tu sbab pntingnye report

ni nmpk /tahu kemungkaran diam

cakap jela korang kaki sekodeng, nak amek vid & gambar buat toilet material.. *roll eyes*


Quote jofizo 29-3-2018 12:25 PM
soklan penguatkuasa tu yg wajib tanya, dah berapa kali pernah main.... HAHAHA
Quote mieymiey 29-3-2018 12:29 PM
Kalau tak terbabas masuk longkang, mungkin dah selamat pasangan ni gelak-gelak ambil menyambung aktiviti ngeseks tempat lain.
Quote siputsedut 29-3-2018 12:45 PM
Edited by siputsedut at 29-3-2018 03:21 PM

Mcm mana org blh beromen dlm keta? X rimas ke..salah gerak langgar gear segala langgar stereng siap hon segala....baca kat bod FD tu ada akak tu tulis ...dlm fitting room pon boleh...dlm pawagam pon blh.. Seriously???
Quote arareez 29-3-2018 12:54 PM
spiderman80 replied at 29-3-2018 12:19 PM
Mungkin pasangan ini berfikir mengeseks dalam  kereta lebih thrill. Ya lah, buat kat tempat awam kan ...

Macam penah buat je
Quote niena90 29-3-2018 12:56 PM
Agak2 la sampai kereta terjun longkang pun! Wat lekkk sudahlah, berani buat berani la tanggung
Quote spiderman80 29-3-2018 01:01 PM
arareez replied at 29-3-2018 12:54 PM
Macam penah buat je

Sumpah tak pernah!

Tapi selalu tengok adegan macam tu dalam filem Hollywood. Nampak macam best jer. Contohnya filem Brokeback Mountain.
Quote minguk 29-3-2018 01:34 PM
apesal lah  tak cari tempat proper nk melampiaskan nafsu.. hmmmm
Quote TuntungReturn 29-3-2018 01:40 PM
berlambak je polis jumpa kes cm ni. atas mood polis tu la. kalau dia ok lepas je la couple tu. kalau x ok dia serah kt mahkamah syariah. khalwat bkn bidang kuasa polis

Lihat semua komen(59)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2022 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.098109 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top