Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Bila Patutnya Berkata 'Tidak' Dan Bagaimana Caranya?

29-3-2018 11:32 AM |Dilihat: 459| Komen: 2

Dalam kehidupan seharian, kita pasti pernah terjumpa orang yang sikapnya sangat bersungguh-sungguh untuk membuatkan dirinya disukai atau membuat orang lain gembira.  Biasanya orang ini tidak akan berkata Tidak meskipun dia tidak setuju semata-mata mahu mengekalkan status favourite mereka itu.

Secara peribadi, saya memang tidak gemar orang ini khususnya yang melibatkan hal kerja. Seringkali orang begini akan memberi impak yang negatif dalam persekitaran kerja. Anda tentu biasa dengar tentang istilah kaki ampu atau pak turut. Hal ini sering berlaku antara pekerja dengan ketua atau ketua dengan majikan. Namun, saya tidak mahu menyentuh mengenainya.

Berbalik kepada  topik di atas iaitu bagaimana untuk berkata Tidak? Saya ingin bertanya anda, mengapa seseorang itu seringkali terpaksa berkata Ya kepada semua perkara? Sebenarnya hal ini berlaku kerana sejak awal telah ditanamkan di dalam fikiran bahawa dia perlu mengikut kehendak orang itu demi menjaga kepentingannya dalam perhubungan. 

Sama ada antara rakan, pasangan, ahli keluarga atau pun jiran tetangga, bila satu-satu pihak itu sentiasa mahu menjaga hubungan mereka agar berada dalam keadaan baik maka seringkali salah seorangnya akan beralah dan cuba  untuk memuaskan hati pihak lain. 


Dia akan sentiasa berjanji yang mulus-mulus dan cuba melaksanakan segala permintaan pihak lain meskipun dia sebenarnya tidak mampu. Akhirnya bila gagal, dua-dua pihak akan kecewa. 

Hakikatnya, hal ini boleh dielakkan jika kita memandang sesuatu perkara itu dengan jelas dan menyeluruh. Barulah anda dapat membuat keputusan yang betul. Jika salah keputusan yang dibuat, segalanya akan menjadi tidak berguna hingga merosakkan sesuatu perhubungan. 

Sebagai contoh, kita selalunya hanya tengok sesuatu perkara itu dari satu sudut saja seperti kita tengok duit syiling. Kita selalu memandang pada angkanya sama ada 20 sen atau 50 sen. Sedangkan di sebelah duit syiling itu ada cerita yang berbeza seperti ada gambar tepak sirih atau bunga raya. 

Maka, usah risau jika perlu menyatakan Tidak kerana ia tidak dianggap mementingkan diri. Dalam perspektif yang luas, berkata Ya atau Tidak, tetap ada positifnya. Setiap kali kita berkata Tidak selepas kita yakin bahawa ia adalah keputusan yang betul, maka semua orang akan mendapat manfaatnya.  


Berikut adalah 4 Perkara Yang Perlu Anda Fikirkan Untuk Berkata Tidak

1. Fikirlah bahawa untuk menyatakan Ya pada setiap masa adalah satu perkara yang mustahil. Anda bukan sempurna.  Belajar untuk berkata Tidak boleh menjadi pemangkin kepada produktiviti anda. Anda perlu yakin bahawa bukanlah negatif sangat bila ada waktunya anda terpaksa mementingkan diri sendiri.

2. Belajarlah mencari masa yang tepat untuk berkata Tidak  dan berani menyatanya. Jika anda berfikir secara matang dan adil, anda tidak akan cenderung menipu dengan mengatakan Ya. Sebaliknya anda akan memegang prinsip berani kerana benar. 

3. Usah cuba jadi pleaser kerana anda akan mengucar-kacirkan hidup anda kerana terlalu sangat mahu memenuhkan kehendak orang lain. Anda akan sentiasa tertekan dan hidup dalam ketakutan atau panik andainya anda tidak dapat mencapainya. Bahkan anda tidak akan dihormati kerana sikap anda ini.

4.  Berkata Tidak bukan bererti anda jahat atau sengaja mencari musuh. Bila anda enggan atau tidak bersetuju dalam sesuatu hal, sediakan alasan dan cadangan yang bernas untuk memperbaiki sesuatu perkara dengan lebih berkesan. 

Dengan berkata Tidak bererti anda tahu kemampuan anda pada satu-satu masa. Anda boleh membantu atau melakukan sesuatu kerja di luar konteks anda pada satu masa yang lain. Dengan itu, anda akan dapat menguruskan masa dengan lebih baik dan tidaklah burn out.

Semoga anda mendapat manfaat daripada solusi yang saya sarankan. Jika artikel ini berguna untuk anda, kongsikan ia dengan rakan-rakan dan keluarga. Sila nyatakan sebarang cadangan, komen dan perkongsian di bawah. Jumpa lagi!


Sekian,
Liza Ali
Facebook: Liza Ali
www.123mamanet.com

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
5
Terkejut
3
Sedih
5
Lawak
2
Bosan
2
Reply: 2
Komen

Komen Terbaru

Quote grizz 29-3-2018 02:34 PM
dlu opis lame aku ade sorg mamat ni..asal bos soh wt keje je yes bos..
pstu tnye aku gak cmne nk wt..
memule bole la tlg, sudahnye asik nk tlg die  je keje aku xnk lak tlg wt..
so hai2 bye2 je la jwp die..
menjawap la ko kt bos pndai sgt kte yes bos..

Lain-lain Komen

Quote haryatie 29-3-2018 11:56 AM
kalau kat ofis masalah nya yg  pndai ckp YA ni depan bos jerk..ckp jerk YA tp keje x jalan
bukan sbb dia cuba nak buat pun..
hujung2 org lain pulak yg kena buat keje...
Quote grizz 29-3-2018 02:34 PM
dlu opis lame aku ade sorg mamat ni..asal bos soh wt keje je yes bos..
pstu tnye aku gak cmne nk wt..
memule bole la tlg, sudahnye asik nk tlg die  je keje aku xnk lak tlg wt..
so hai2 bye2 je la jwp die..
menjawap la ko kt bos pndai sgt kte yes bos..

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.040511s Gzip On
To Top