CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bila Waktu Tulip Mekar Seluruh Dunia, Siapa Tahu?

30-3-2018 11:06 AM| Diterbitkan: Cari-Zai| Dilihat: 4653| Komen: 17|Original author: Oleh: Zailina

Description: Bila sebut pasal bunga tulip, tentu mata membayangkan Netherlands atau negara Belanda. Sebenarnya, tak perlu menyimpan banyak duit untuk ke sana.
Bila sebut pasal bunga tulip, tentu mata membayangkan Netherlands atau negara Belanda. Sebenarnya, tak perlu menyimpan banyak duit untuk ke sana. 

Kalau anda masih belum tahu, banyak kawasan tulip berdekatan negara kita. Yang penting kena tahu di mana dan bila sebab tulip mekar berbeza waktu di kawasan tertentu. Tapi, tak sempurna kalau tak sebut juga pasal taman tulip paling terkenal di Belanda. Jom kita tinjau mana kita boleh pergi.


Taman Tulip Jinzhan, daerah Chaoyang di Beijing, China. 

Foto: slightlyastray


Boleh tengok ribuan tulip mekar di kawasan seluas 61 ekar. Malah, ia berlanskap negara Belanda lengkap dengan kincir angin, bot, pulau di tengah tasik, terusan yang boleh dimudiki dan tasik. 

Pengunjung juga berkesempatan mengunjungi festival yang berlangsung dari Februari hingga Mei setiap tahun sambil menimati strawberi di sini. Taman Tulip Jinzhan merupakan program pertanian sains dan teknologi dengan pelbagai kemudahan untuk pelancong.  


Festival Tulip Tesselaar di Melbourne, Australia.

Foto: tesselaar

Kawasan penanaman tulip ini terletak hanya sejam jika berkereta dari Melbourne. Festival tahunan ini amat popular kerana taman tulipnya luas dan indah. Pelbagai spesis tulip dari seluruh dunia ditanam di sini. Terdapat setengah juta kuntuman tulip di sini. 

Kawasan Dandenong Ranges, Lembah Yarra menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Terdapat juga taman-taman cantik mempesonakan. Boleh datang ke sini dari 15 September hingga 14 Oktober 2018.


Festival Tulip di Kashmir, India.

Foto: newsmoble

Indira Gandhi Memorial Tulip Garden merupakan daya tarikan di daerah Srinagar. Ia satu-satunya taman tulip di India. Terletak di kaki Banjaran Zabarwan, kawasan ini merupakan taman tulip terbesar di Asia. 

Di sini juga terletak Tasik Dal yang mempesonakan. Untuk ke sini, boleh menaiki teksi dari Lapangan Terbang Srinagar atau menaiki bas. Untuk tahun 2018, waktu untuk melihat tulip adalah dari 23 Mac hingga 15 April. Raikan keindahan tulip dalam suasana dan pemandangan menawan musim bunga.


Tulip Farm di Taman Suan Tung Lae Khom Chiang Rai, Thailand. 

Foto: placesandfoods

Ia boleh dikunjungi pada setiap hujung atau awal tahun. Cuaca sangat nyaman kerana ia adalah musim "dingin" untuk negara Thai. Ia juga dikenali sebagai Tung Chiang Rai Memorial Park and Suan Tung (Tung Garden). 

Lokasi ini adalah kunjungan wajib bagi pelancong yang datang ke Chiang Rai, sebuah kota di utara Thai. Selain tulip dan bunga-bungaan lain, pelancong boleh menikmati buah-buahan yang ada pada musim itu.


Istanbul, Turki.

Foto: gardensyasmak

Boleh datang ke sini pada bulan April setiap tahun untuk menyaksikan jutaan tulip yang mekar di taman, lebuh, kawasan bulatan, atau pendek kata di merata tempat. 

Pada tahun 2016, sebanyak 30 juta tulip tumbuh memekar di sini. Ia mulai mekar sekitar akhir Mac atau permulaan April, bergantung kepada cuaca. Tulip mengembang selama beberapa minggu sahaja. Ia telah dibawa dari Iran beberapa kurun lalu. 

Antara taman terkenal adalah Taman Gülhane, Taman Emirgan dan Taman Yıldız.


Keukenhorf di Lisse, Netherlands.

Foto: ticket.holland
Dikenali sebagai Taman Eropah, ia merupakan taman tulip terbesar di dunia dan dibuka pada 1950. Pelbagai sambutan seperti perarakan bunga dan pameran diadakan. 

Waktu paling baik adalah dua minggu terakhir bulan April dan minggu pertama Mei. Inilah tempat paling ideal untuk melihat jutaan tulip dan ratusan jenis dalam warna-warna yang memukau. 

Buat penggemar tulip, negara jiran di Thailand pun boleh dikunjungi kalau nak lebih berjimat. Kalau nak pergi, boleh lawati laman web mereka. Tapi, kenalah tunggu musim sesuai, okey? - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
8

Sedih
12

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 30-3-2018 11:23 AM
Santeknyaaa
Teringat dolu mak iols.dpt bunga tulip kawan dia bawak.balik..
Sayangnya dia lagi dasat sampai anak anak x bleh sentuh okeh
Palsu je pung
Hahahah
Quote grizz 30-3-2018 11:33 AM
wah..i love tulip..
Quote Catpaw 30-3-2018 11:40 AM
Cantai sangat {:childlike
Quote Artemesiaa 30-3-2018 11:46 AM
Waktu macam sekaranglah paling sesuai sebab semua tengah mula blooming dah paling dekat boleh tengok yang kat Thailand tu.
Quote emariesadnan 30-3-2018 02:50 PM
cantik gilerrr
Quote fazamania 30-3-2018 03:37 PM
Kalau tanam dkt malaysia hidup x tulip ni?
Quote AkuMark 30-3-2018 03:52 PM
Lawonyee tulip...
Quote kuzaime 30-3-2018 09:14 PM
Cantiknya..
Quote RatuDunia94 31-3-2018 06:50 AM
Tp yg lat Netherlands tu jugak yg plg cantik..
Quote jofizo 31-3-2018 08:29 AM
fazamania: Kalau tanam dkt malaysia hidup x tulip ni?


Dulu ada tanam kt bkt fraser, skg x tau ada lg ke x
Quote cacaumerba 9-4-2018 12:40 PM
aku pn tgh dalam proses nak tanam tulip..dah beli byk dah bawang tuk di tanam..xsabar nak tgu spring nanti
Quote rosa_canina 10-4-2018 02:38 PM
cantiknya    
Quote faraway1 10-4-2018 10:52 PM
tak sabar tunggu tulips tumbuh, last autumn tanam banyak tulip kat rumah,
selalu hujung bulan 5 baru muncul...
Quote Ayu61279 12-4-2018 03:21 PM
hrp2 1 hari nnti dapat la pi tgk my fav flower ni
Quote matcha4life 11-7-2018 11:12 PM
Kalau kat keukenhof, netherlands tu selalu around mid-april to early may
Quote ekselen 14-7-2018 10:21 AM
Kat korea pun ada tulip masa iols pegi spring tp kat amusement park lah (mmg cantik, geram tgk)
Quote alesandra 16-7-2018 10:55 PM
eh tipu la chiang rai tu ada musim bunga masa hujung tahun.dulu aku pegi masa krismas apa benda pun takde

Lihat semua komen(17)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

15-8-2022 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.084175 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top