CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kalau Nak Anak Selamat, Terus Elakkan Talc Baby Powder! Sebab..

23-3-2018 03:33 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 5008| Komen: 15|Original author: Oleh: Whitney

Description: Tidak dinafikan, ibu-ibu memang suka pakaikan bedak talkum pada bayi atau anak-anak supaya mereka sentiasa berbau wangi dan sedap dicium. Bedak tersebut bukan sahaja di sapu pada muka, tetapi seluruh ...


Tidak dinafikan, ibu-ibu memang suka pakaikan bedak talkum pada bayi atau anak-anak supaya mereka sentiasa berbau wangi dan sedap dicium. Bedak tersebut bukan sahaja di sapu pada muka, tetapi seluruh badan termasuk tempat alat sulit untuk mengelak ruam lampin. 

Tetapi, rupanya ada kesan buruk jika memakai bedak talkum berlebihan atau dengan cara yang salah. Nampaknya, penggunaan bedak talkum perlu dikawal dan dipantau agar anak-anak tidak lagi bermain bedak atau istilah ‘mandi bedak’.

Seorang pengguna Facebook bernama Faridzul Asyraf Mat Arifin berkongsi cerita tentang penggunaan bedak talkum yang salah sehingga menyebabkan anaknya selalu demam dan lambat sembuh daripada batuk. 

Sejak daripada itu, dia berhati-hati memilih kandungan bedak yang selamat dan sudah tidak membenarkan anaknya memakai bedak talkum jenama Johnson & Jonhson.


Bukannya tak nak bagi pakai bedak, tetapi pastikan cara pemakaiannya betul. Tapi kalau dapat elak, itu lagi bagus.


Ramai netizen yang risau kerana mereka masih menggunakan bedak jenama tersebut pada anak-anak dan ada yang baru sahaja membelinya. Nampaknya, mereka ingin memberhentikan pemakaian bedak tersebut kerana ada antara anak yang cepat demam dan selesema.

Netizen juga ingin memberitahu bahaya penggunaan bedak Johnson & Jonhson kepada ibu bapa mereka. Maklumlah, orang tua yang bergelar nenek ramai yang tidak tahu dan masih pakaikan bedak pada cucu-cucu mereka. Kadang-kadang tu, anak dan menantu dimarahinya kerana cucunya tidak dipakaikan bedak.

Jika masih nak pakaikan bedak pada bayi dan anak-anak, pastikan ia dipakai dengan cara yang betul. Jangan berikan botol bedak talkum pada bayi sebagai mainan ketika ingin pakaian lampin kerana ada bayi yang suka memasukkan botol bedak pada mulut. 

Kalau tidak pakaikan terus bedak talkum lagi bagus kan? Apa pendapat kalian? - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sheqim 23-3-2018 05:58 PM
Anak aku elergi bedak dan minyak rambut tu jugak.. xkiralah jenama ape... kalu pakai salah satu konpem selsema and batuk!
Quote jazaa100 23-3-2018 07:02 PM
Aku dah lama tak beli bedak tu....

Aku suka prod tempatan. Carrie atau pureen
Quote faraway1 24-3-2018 01:41 AM
jangan kata anak, even me pun tak pakai bedak..
so tiada bedak dalam rumah kami.. dan produck johnson's
adalah produk me takkan guna dengan anak.
Quote Genkidesuka 24-3-2018 08:07 PM
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Bukan dh lama ke benda ni?  Like kita org dari tahun 80s lagi, makcik2 akak (makcik2 kampung ok) pesan jgn pakai bedak... doktor bgtahu bahaya especially for babies... takut dpt asthma or vagina infection.
Quote bloodyamuk 25-3-2018 05:20 AM
hurm...kalo terlebih pakai boleh kering kulit...terutamanya tapak tangan...
Quote ladybugz 25-3-2018 09:36 AM
Masalahnya ramai juga nenek2 ni bila ditegur jgn letakkan bedak terus melenting. Cakap dr dulu org duk pakai xdak masalah, jgn cuba nak ajar die dan sebagainya. Terus terasa hati x nak tegur. Mcm2 la lagi yg x patut buat like letak air milo, tea atau sebagainya bagi anak kecik minum x bagus pun xleh tegur sbb terasa hati. Sometimes to give anak organic food lagila payah nk explain.
Quote toynme 25-3-2018 09:08 PM
Kalau bdk ada g6pd jgn pakai...Ehh betul ke nama penyakit tu
Quote want2bhappy 26-3-2018 08:14 AM
toynme replied at 25-3-2018 09:08 PM
Kalau bdk ada g6pd jgn pakai...Ehh betul ke nama penyakit tu

kenapa ye.. omo.. anak iol ada g6pd jugak tu...
Quote umbut 26-3-2018 09:25 AM
Aku pun x suka bedak.. just sapu2 bedak kalau rashes ..
Jgn letak kat pampers.
Mak zaman dulu, suka letak kat pampers baby.. boleh kena kanser
Quote iznanaziz 26-3-2018 12:31 PM
bedak talkum ni tak leh pakai kat muka ke?
kalau org tua?
Quote Nonones 26-3-2018 01:59 PM
Bedak ni aku pakai kat muka je. kadang malas pakai foundation aku tepek je bedak ni, lepas tu mekap je macam biasa without foundation, muka pun tak terminyak.
Quote Potpouri 26-3-2018 02:06 PM
Tak suka pakaikan bedak kat anak2...

budak2 tak pakai bedak pun wangi je..
Quote chicozinn 26-3-2018 02:16 PM
dia sebab kandungan talkum tu..btw ade org syorkan ak pkai bedak pureen yg tepung jagung punya..tme nk sapu tu cm agak kasar tp anak aku serasi je lagi2 musim panas ni
Quote toynme 27-3-2018 01:33 PM
want2bhappy replied at 26-3-2018 08:14 AM
kenapa ye.. omo.. anak iol ada g6pd jugak tu...

Yang baby girl dah baik sikit penyakit tu tinggal baby boy lambat sikit...doctor suruh elakkan...cuba Google
Quote ninjago 27-3-2018 04:54 PM
sekarang i dah stop pakaikan bedak2 kat anak. masa anak 1st aritu i beriya letak bedak.. tapi brand Pureen la sbb masa kecik2 dulu my mom pakaikan jenama tu je konon2 nak avoid rashes kt bontot, now no more, pakai Sudocream / Pureen Nappy Rash cream tu je. nak wangi2 letak yg Tropika oil in Lavender atau Rose. i wonder why they don't pull out from market talc powder semua nie kalau dah sah2 bahaya tuk manusia esp babies?

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.190843 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top