Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Ini Rahsia Amalina Che Bakri Fasih Berbahasa Inggeris. Boleh Cuba Praktikkan Lepas Ni!

14-3-2018 12:23 PM|Oleh: Amiey | Dilihat: 2453| Komen: 38

Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar yang penting kerana ianya digunakan secara meluas di seluruh dunia. Sungguhpun di negara kita, bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi, namun bahasa Inggeris amat penting dan sangat dititikberatkan.

Ramai yang sudah mula sedar akan kepentingan Bahasa Inggeris dan berusaha untuk fasih dalam bahasa tersebut. 


Menyedari hakikat tersebut dan sebagai respon kepada soalan yang sering dilontarkan kepadanya, Dr Amalina Che Bakri berkongsi 4 cara mudah yang diamalkannya sehingga fasih berbahasa Inggeris. 

Berikut merupakan 'posting' penuh Dr Amalina yang pernah mengejutkan negara dengan keputusan cemerlang SPM nya:

"Ramai yang tanya saya macam mana saya boleh fasih berbahasa Inggeris. Ini cara saya melalui pengalaman saya sebagai kanak-kanak."
Foto: Era 

Latihan secara berterusan.
"Pedulikan 'grammar' yang penting yakin dan bercakaplah dalam bahasa Inggeris."

Abaikan kata-kata orang lain
"Sekiranya ada yang menyindir "alah, berlagak nak cakap inggeris," abaikan sahaja mereka. Saya pun selalu diperli sebegitu semasa bersekolah di Malaysia dulu. Mungkin sebab kebanyakan rakan saya berbangsa Cina dan India, jadi kami banyak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Dan semestinya ramai yang tidak suka bila kami banyak bercakap dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu."

Foto: Era

Berkawan dengan 'English native speaker'
"Ada banyak 'platform' seperti MSN messenger, Yahoo Messenger dan MIRC. Gunakan itu sebagai 'platform' untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dari negara luar seperti United Kingdom (UK) dan United State (US). Saya juga menulis surat kepada mereka dan turut serta dalam 'educational groups online'. Saya mula lakukan semua ini semenjak dari usia saya 12 tahun lagi. Anda sangat bertuah yang sekarang terdapat banyak sumber 'online' yang boleh dijadikan rujukan.

Foto: Era
Drama, rancangan TV dan lagu Inggeris
"Tonton drama atau rancangan Inggeris, banyakkan mendengar lagu berbahasa Inggeris dan praktis. Bila dengar perkataan baru, cuba praktikkan dan sebut perkataan tersebut dengan kuat."

Banyakkan berlatih
"Akhir sekali, praktis praktis praktis! Dan berkawanlah dengan mereka yang fasih berbahasa Inggeris agar mereka dapat betulkan sekiranya kita tersilap. Tapi jangan rasa menyampah pula ok! Selamat berjaya!"

Foto: Era
Mudah je kan? Sebenarnya tak sukar pun nak fasih 'speaking' ni. Yang penting banyakkan berlatih dan jangan pedulikan sindiran orang lain. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
2
Terkejut
4
Sedih
1
Lawak
7
Bosan
3
Komen: 38
Komen

Previous : Guna Telefon Mahal Tapi Gambar IG Tetap Buruk? Ini 9 Tip Daripada Instafamous!

Next       : Pilihan Raya Yang Tidak Dimenangi Oleh Manusia, Haiwan Pun Boleh Jadi Datuk Bandar

Komen Terbaru

Quote dani-rox 16-3-2018 04:03 AM
Drama, rancangan TV dan lagu Inggeris
"Tonton drama atau rancangan Inggeris, banyakkan mendengar lagu berbahasa Inggeris dan praktis. Bila dengar perkataan baru, cuba praktikkan dan sebut perkataan tersebut dengan kuat."


ni ai selalu buat... siap ajuk accent sekali wpun terasa hauk jah bunyinya.

Lain-lain Komen

Quote pearl.silver 14-3-2018 12:43 PM
Bab kawan dengan chinese indian utk converse english tu betul sangat..i pun suka gak
Quote jazaa100 14-3-2018 01:24 PM
Aku dulu kwn dgn indian yg tak reti sgt ckp melayu....best je...
Quote RatuDunia94 14-3-2018 01:25 PM
Mcm ulang tayang je thread ni..
Quote amyza 14-3-2018 01:44 PM
Dulu beriya2 nyanyi lagu inggeris wpun tak faham sangat. {:shy
Quote saviour_09 14-3-2018 03:01 PM
practice makes perfect
Quote Artemesiaa 14-3-2018 03:22 PM
Thread ulang tayang ler ni
Quote nafham 14-3-2018 03:32 PM
Dulu iols bongok english. Maklumlah dibesarkan kat kampung, dr kecik dah di brain wash hidup mati kau di kampung jua. Tak payah nak blajar english bagai sbb takkan ke mana nya. Gitu lah pegangan iols. Dr kecik xde kesedaran akan pentingnya english. Bila exam boleh dpt str8 A's kecuali mesti English. PMR dpt D, SPM dpt C6 {:shy{:shy

Bila dah msuk uni br lah gelupur. Kau pandai mcm mana pun kalau english kau bongok, mmg org takkan pandang kau. Sedeh kan.

Sudah nya dlm pd bongok2 english tu lah kau brani migrate ke Australia and skrg syukur dah 8 tahun berkuntum sini n dah jd manager pun wlupun dgn broken english, org terima iols seadanya{:kill
Quote Burong_Hantuk 14-3-2018 03:33 PM
sukor,keluarga memang gunakan bahasa inggeris
Quote krustykrab 14-3-2018 03:36 PM
nafham replied at 14-3-2018 03:32 PM
Dulu iols bongok english. Maklumlah dibesarkan kat kampung, dr kecik dah di brain wash hidup mati ka ...

ko keje apa kat sana dik...jgn kata kutip buah
Quote Cari-Amiey 14-3-2018 03:40 PM
nafham replied at 14-3-2018 03:32 PM
Dulu iols bongok english. Maklumlah dibesarkan kat kampung, dr kecik dah di brain wash hidup mati ka ...

Terbaik. Tapi betul kan, kalau orang tu terer speaking je, mesti orang puji dia pandai walaupun bnda2 lain dia biasa je
Quote Cari-Amiey 14-3-2018 03:41 PM
pearl.silver replied at 14-3-2018 12:43 PM
Bab kawan dengan chinese indian utk converse english tu betul sangat..i pun suka gak

Kann...
Quote Cari-Amiey 14-3-2018 03:42 PM
Edited by Cari-Amiey at 14-3-2018 04:02 PM
Artemesiaa replied at 14-3-2018 03:22 PM
Thread ulang tayang ler ni

yeke? Takde pulak tengok writer lain buat lagi.. hehe
Quote Cari-Amiey 14-3-2018 03:44 PM
Edited by Cari-Amiey at 14-3-2018 04:01 PM
RatuDunia94 replied at 14-3-2018 01:25 PM
Mcm ulang tayang je thread ni..

Ye meh? Dah check takde pun writer lain buat? ehhehe.
Quote prizadane 14-3-2018 04:13 PM
setuju bab berkawan dengan chinese n indians tu. tapi sebenarnya, dengan melayu pun okay je. aku dulu sekolah convent, mixed races kekdahnya. n kitorang memang banyak bercakap in english..
aku notice kawan-kawan aku yang sekolah kebangsaan, penguasaan bahasa inggeris diorang kurang.
tapi selagi ada kemahuan n usaha untuk belajar, teruskan.. broken english pun takpe asalkan orang faham
Quote makkenits 14-3-2018 04:52 PM
lagi 1, cari buku or lirik lagu bahasa inggeris .. study sampai paham maksud setiap perkataan..

pengalaman aku.. aku dulu bongok BI ni sampai tahap cikgu BI aku baling buku aku ke lantai.. dengan keadaan bongok BI ni tetiba aku kena pi sekolah di oversea.. kat sana mmg aku punya rebel sampai org ingat aku bisu n bodoh sbb benda simple pun aku x paham.. then one day, aku terjumpa 1 buku yg nampak menarik pd mata aku.. buku 365 disney's stories.. buku tu actually utk budak 9 thn ke bawah.. tp aku yg umo 14 tahun ni baru merangkak2 nak baca n paham... tp tu lah point aku berubah utk improve english aku.. sbb aku mmg suka baca (sblm ni mmg 100% reading materials aku in malay) dan bila pi sana, aku jumpa bnyk buku yg menarik tp dlm bhs inggeris.. so, demi minat membaca, aku paksa diri belajar bhs inggeris... puas ati bila dapat perabih baca semua buku yg aku minat.. bab bercakap, well, lidah melayu aku ttp x blh ikut slang mat salleh... but most of westerners yg aku sembang blh paham apa aku cakap.. so that's fine with me..
Quote Artemesiaa 14-3-2018 05:27 PM
Cari-Amiey replied at 14-3-2018 03:42 PM
yeke? Takde pulak tengok writer lain buat lagi.. hehe

Cerita sama tajuk berbeza je
Quote Artemesiaa 14-3-2018 05:27 PM
Cari-Amiey replied at 14-3-2018 03:42 PM
yeke? Takde pulak tengok writer lain buat lagi.. hehe

Cerita sama tajuk berbeza je
Quote sonatalady 14-3-2018 05:55 PM
Pengalaman saya..x pandai BI
suasana kerja dan cust memaksa saya belajar.ckp aje..tunggang langgang pn x pe..cust faham..boss saya ckp(bos chinese).
Skg..anak pn saya suruh mcm tu
janji jgn takut salah @ org kata.
Quote LautBiru52 14-3-2018 06:30 PM
Setuju sgt bab grammar. Meleis ni sibuk sgt dgn grammar padahal omputih tu grammar pun terabur kekadang. {:smile

Lihat semua komen(38)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.043427s Gzip On
    To Top