Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Warga Emas Terjun Tingkat Dua

14-3-2018 10:30 AM |Dilihat:943| Komen: 8
Warga emas berbangsa Cina maut selepas dipercayai terjun dari tingkat dua bangunan kedai BB Bazaar Melaka, Bukit Beruang, Melaka, petang semalam.




Memetik BH Online, dalam kejadian 3 petang itu, pengawal keselamatan bertugas menemui mayat Gan Lian Heng, 69, berhampiran kedai dobi layan diri selepas mendengar bunyi dentuman kuat.

Sejurus itu, pengawal keselamatan berkenaan keluar dari bangunan dan mendapati mayat seorang lelaki sudah tertiarap di lantai kaki lima bangunan.

"Mangsa dipercayai terjun dari tingkat dua bangunan dan siasatan awal menemui sepasang selipar dipercayai miliknya di tingkat dua," kata sumber.


Foto: BH Online

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad mengesahkan kejadian dan berkata, ada saksi yang nampak mangsa terjatuh dari atas bangunan berkenaan.

Menurutnya, mayat dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat.

"Polis masih melakukan siasatan mengenai motif kejadian. Buat masa sekarang, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
5
Komen: 8
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ambola 26-3-2018 11:57 AM
Tekanan hidup kot

Lain-lain Komen

Quote prizadane 14-3-2018 10:45 AM
kenapa bunuh diri? takde family ke? sebatang kara ke? kesian..
Quote moonbug 14-3-2018 11:09 AM
Umur dah 69 tak sanggup nak hidup dah. Ada masalah besar mungkin
Quote Burong_Hantuk 14-3-2018 11:12 AM
mungkin mengalami masalah mental,atau beban hutang ah long
Quote Bujat 14-3-2018 12:38 PM
Motip angkel ni bukak selipar bagai sebelom terjun?
Ingat nak terjun sungai ke apa?
Quote mieymiey 14-3-2018 03:14 PM
Dah kenapa pakcik?
Ahli keluarga pakcik ni mana?
Quote Modngengade 14-3-2018 03:27 PM
berita biasa2 je.....jinjang dan bunuh diri bagai aur dgn tebing kan
Quote kucen_miang 15-3-2018 03:00 PM
seram pulak org nak mendobi mmlm kat situ
Quote Ambola 26-3-2018 11:57 AM
Tekanan hidup kot

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.088698s Gzip On
To Top