Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Teruja Hamil! Tapi, Tahu Tak Apa Tanda Awal Bersalin? Suami Pun Kena Tahu

14-3-2018 11:19 AM|Oleh: Has | Dilihat: 469| Komen: 0

Kehadiran anak dapat membuktikan cinta dan kasih sayang setiap pasangan dan semestinya menyerikan lagi rumah tangga!

Jadi, buat bakal ibu yang bakal melahirkan anak sulung dalam keluarga perlu mengetahui apakah tanda-tanda yang akan dialami ketika ingin melahirkan seperti dipetik dari AsyikHeboh.bid ini.


Tanda-tanda awal yang anda akan alami ialah:

1) Kandungan makin kebawah

Foto: Zuriat.my

Eh! Makin kebawah? Macam mana tu? Ia bermaksud anda akan mengalami rasa yang bayi anda makin ke bawah sedikit iaitu di bahagian pelvis. Hal ini akan terjadi apabila usia kandungan mencapai dua hingga empat minggu sebelum kelahiran. Semasa tanda ini juga anda akan lebih kerap membuang air kecil dan kerap berasa tidak selesa di bahagian ari-ari.


2) Kerap kejang dan sakit belakang

Foto: Zenparent.in

Selain sakit di bahagian pinggang, anda akan berasa kejang seperti kontraksi. Bagaimanapun, tahap kesakitan adalah sederhana jika nak dibandingkan sakit ketika ingin melahirkan.


3) Sendi longgar

Foto: Bukalapak.com

Di saat ingin melahirkan juga, sendi anda akan merasa seperti longgar dan lebih tenang. Ini kerana tubuh akan merembeskan hormon 'relaxin' yang bertujuan membuatkan sendi terasa lebih longgar daripada biasa untuk memberi ruang pada bayi 'yang dah tak sabar' nak keluar melihat dunia.


4) Kerap membuang air besar

Foto: Siraplimau.com

Hormon yang dirembeskan turut memberikan kesan kepada sistem perkumuhan, sekali gus menyebabkan anda lebih kerap ingin ke tandas.


5) Berat badan berkurang

Foto: Br.pinterest.com

Anda juga dapat menurunkan berat badan disebabkan perubahan hormon. Mana taknya, dah kerap membuag, pasti berat akan berhenti menaik kalau tak menurun, kan? Tapi, jangan pula anda risau kerana keadaan ini tak menjejaskan kandungan.


Semoga dapat membantu ibu-ibu di sini dalam memudahkan proses kelahiran nanti! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 0
Komen

Previous : Potret Artistik - Lawa Tapi Banyak Mata Lah Pula. Anda Pening Atau Kagum Melihatnya?

Next       : Cepat Tengok Warna Lipstik Orang Sebelah! Sama Tak Dengan Personalitinya?

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.043278s Gzip On
    To Top