Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Nak Hantar Cikgu Pergi Alam Mana Tu Dik?" - Opps Tersilap Baca Doa Pula!

Oleh: Khair|13-3-2018 04:00 PM |Dilihat:2470| Komen: 21

Pasti ramai yang pernah mempunyai perasan gugup apabila diminta menjadi pengacara majlis ataupun pembaca doa ketika perhimpunan sekolah. Tambahan pula, bila ramai orang ketika perhimpunan tersebut dan kebarangkalian untuk tersilap menyebut sesuatu itu tinggi.

Kejadian sama berlaku kepada Amirul iaitu adik kepada Nur Alya Amirah apabila dia tersilap membaca doa ketika perhimpunan sekolahnya baru-baru ini. Kesilapan adiknya itu sempat dirakam Nur Alya dan dikongsikan di Twitternya (@nuralyaamirah).



Perhimpunan tersebut diadakan bersempena meraikan majlis perpisahan para guru sekolah tersebut yang akan berpindah ke sekolah lain dan Amirul dipilih untuk membaca doa pada majlis berkenaan.

Pada awal doa, elok saja dia membaca sama seperti doa-doa lain. Tetapi, mungkin kerana gugup Amirul telah tersilap menyebut "meraikan majlis perpisahan guru-guru kami yang akan berpindah ke alam yang lain". 



Walaupun melucukan, satu yang wajib dipuji adalah dia tidak cepat melatah dan 'menutup kesalahannya' dengan meneruskan doa itu sehingga habis. Baik punya cover!

Menurut Alya, semua orang yang berada di tapak perhimpunan itu menahan rasa ingin ketawa kerana kesilapan dilakukan adiknya.

Selain itu, netizen turut berasa geli hati melihat video yang dikongsikan berkenaan dan terhibur seketika.


Foto: Twitter

Jadi untuk mereka yang akan menjadi pengacara majlis atau pembaca doa, pastikan anda bertenang dan berlagak cool saja jika melakukan kesilapan tak disengajakan seperti ini. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
9
Marah
11
Terkejut
7
Sedih
4
Lawak
4
Bosan
3
Komen: 21
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Zaien 14-3-2018 10:28 AM
hahahahahahaa..
mesti lepas ni cikgu aimmmm je dak ni....

Lain-lain Komen

Quote haryatie 13-3-2018 04:08 PM
..adoiiiiiiiiiii
Quote Orix 13-3-2018 04:08 PM
Alam mana dekk ko nak hantar cikgu ko tu ??? Husnuzonn maybe alam Alice in Wonderland {:smile
Quote Artemesiaa 13-3-2018 04:36 PM
Cakap biar terang dek sebab boleh bawak kesalahfahaman
Quote saviour_09 13-3-2018 04:42 PM
budak ni dah lama dendam kat cikgu la ni
haluusss je dia balas
Quote qistiena 13-3-2018 04:45 PM
lawakkkk....hahaha
Quote Lollipop111 13-3-2018 05:00 PM
alam bunian ke dik???
Quote lindarafee 13-3-2018 05:06 PM

alam barzakhhhhh
Quote orgsepang 13-3-2018 05:22 PM
Kalau dah gementar apa2 pun boleh jadi
Quote Ambola 13-3-2018 05:24 PM
Haha br terbeliak mata semua kat situ dgr
Quote imransulaiman 13-3-2018 07:02 PM
Hahahaha! Teringat kawan masa study kolej dulu.. Dia cakap - kita akhiri majlis ini dengan membaca surah al-baqarah {:thief
Quote iszablack 13-3-2018 07:06 PM
Bagussss dikk.. berlagak cool tu pentingg hihihi
Quote lumie 13-3-2018 07:27 PM
Haha.. Nasib baik pamdai cover{:hooray
Quote jazaa100 13-3-2018 10:48 PM
imransulaiman replied at 13-3-2018 07:02 PM
Hahahaha! Teringat kawan masa study kolej dulu.. Dia cakap - kita akhiri majlis ini dengan membaca s ...

Ha..ha...surah Al-baqarah...

Quote gummiebear 13-3-2018 11:34 PM
imransulaiman replied at 13-3-2018 07:02 PM
Hahahaha! Teringat kawan masa study kolej dulu.. Dia cakap - kita akhiri majlis ini dengan membaca s ...

Jenuhh la nak habiskan surah al- baqarah tu
Quote zetty1978 14-3-2018 03:39 AM
Edited by zetty1978 at 13-3-2018 10:42 PM

Ya ampun .. takut cikgu2 ko nk pindah dek .. karang berpisah ke alam yg lain jdnya ...
Quote fish 14-3-2018 08:44 AM
kesian budak tu kena viral mcmni, stress dia nanti
mcm2 perkataan alam org biasa guna kot, alam persekolahan, alam perkahwinaan, alam pekerjaan...
Quote mizruncing 14-3-2018 09:09 AM
haha yg penting kau berani dik. salute
Quote BebeQ 14-3-2018 09:16 AM
sekarang murid boleh bawa hand phone ye ke sekolah?

aku speku benda ini sudah dirancang sebab budak tu baca terus je tanpa berhenti.
Quote nadna 14-3-2018 09:23 AM
Ha ha aha gugup kali ni

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.102322s Gzip On
To Top