Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Peta Dunia Pada Seat Kereta? Hapuskan Dengan Hanya 2 Bahan Dapur!

13-3-2018 12:54 PM|Oleh: Amiey | Dilihat: 1441| Komen: 10

Ramai yang merungut 'seat' kereta mereka kotor selepas beberapa tahun digunakan. Lebih-lebih lagi bagi 'seat' kereta yang berwarna cerah. 

Tompokan air jelas kelihatan dan hampir membentuk peta dunia pula.


Lebih teruk lagi apabila anak kecil muntah di dalam kereta. Aduh, pening kepala dibuatnya! 

Nak upah orang untuk mencuci 'seat' kereta pula kosnya agak tinggi dan mencecah harga ratusan ringgit. Bagi yang mampu, mungkin bukan masalah yang besar. 

Tetapi bagi yang cukup-cukup makan, seratus ringgit pun dirasakan sangat mahal, apatah lagi lebih dari itu. Ye tak?

Foto: Carian Google
Mungkin ada yang tidak tahu atau mungkin tidak berani untuk mencuci 'seat' kereta mereka sendiri kerana kuatir akan menjadi lebih teruk. 

Oleh itu, menerusi laman Era, kami kongsikan cara mudah untuk mencuci 'seat' kereta yang hanya menelan belanja kurang dari RM10. Betul ke?

Tak percaya? Jom lihat bahan yang diperlukan dan cara-caranya:

Bahan-bahan:
  • 2 sudu makan cuka (mana-mana cuka. Tapi seeloknya cuka buatan putih kerana baunya yang kurang menyengat dan lebih murah berbanding dengan cuka epal)
  • 1 sudu teh baking soda
  • Secawan (kecil) air suam
Foto: Carian Google

Cara penyediaan:

1. Bancuh baking soda dan cuka bersama air suam

Foto: Carian Google
2. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam botol spray
3. Spray rata pada 'seat'yang kotor (jarak 6-8 inci dari seat)
4. Gosok bahagian yang kotor menggunakan berus lembut atau berus gigi sehingga bersih

Foto: Carian Google
5. Lap dengan menggunakan kain bersih yang sudah dibasahkan dengan air suam.
6. Ulang langkah 3-6 sehingga betul-betul bersih. 
7. Keringkan menggunakan vacuum atau guna tuala 'microfiber' sehingga kering. 

Mudah sahaja kan? Yang penting jangan putus asa. Ianya mungkin mengambil sedikit masa namun anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya nanti. 
Foto: Carian Google
Hasil mungkin berbeza mengikut tahap kotoran dan juga material 'seat' kereta masing-masing ye. Apa pun, selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan hasilnya dengan kami. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
13
Marah
3
Terkejut
4
Sedih
5
Lawak
2
Bosan
5
Komen: 10
Komen

Previous : Euww, Gelinya Lipas! Jom Lihat 6 Tips Halau Makhluk Menggelikan Ni...

Next       : Muak Dengan Media Sosial? Jom Berkampung Di 6 Laman Web Pelik Ini Pula!

Komen Terbaru

Quote lululun 14-3-2018 05:13 PM
Cari-Amiey replied at 14-3-2018 03:45 PM
Wah, thank you! Thank you! boleh cuba yg ni pulak

Hihi. Cara saya buat ni takde sental2.

Lain-lain Komen

Quote aleesyasofia 13-3-2018 01:30 PM
boleh la iolss cuba.. hrp mnjadi
Quote grizz 13-3-2018 01:54 PM
gigih lak nak keringkan..silap2 peta ilang, bau kepam plak..
Quote Ambola 13-3-2018 05:37 PM
Tkt peta hilang cendawan pulak tumbuh
Quote aku_statik 13-3-2018 07:06 PM
Balut leather.. Setel masalah.. Cuma tambah ongkos.. Hihihi
Quote lululun 14-3-2018 12:12 PM
Cara saya pulak, cuka tu campur air sikit. Ikut nisbah 2 cuka: 1 air. Sembur generously atas surface yg nak dibersihkan. Pastu taburkan soda bikarbonat rata2. Dah kering, terus vakum. Masa proses keringkan tu elok la bg kipas jalan atau kereta tu bg tempat panas. Kalau tak berjanggut le tunggu kering. Cara yg sama boleh digunakan utk bersihkan tilam yg terkena kencing anak. Boleh hilang bau dan rupa.
Quote Cari-Amiey 14-3-2018 03:45 PM
lululun replied at 14-3-2018 12:12 PM
Cara saya pulak, cuka tu campur air sikit. Ikut nisbah 2 cuka: 1 air. Sembur generously atas surface ...

Wah, thank you! Thank you! boleh cuba yg ni pulak
Quote Cari-Amiey 14-3-2018 03:46 PM
aku_statik replied at 13-3-2018 07:06 PM
Balut leather.. Setel masalah.. Cuma tambah ongkos.. Hihihi

hihi mintak ongkosnya bukk
Quote Cari-Amiey 14-3-2018 03:47 PM
Ambola replied at 13-3-2018 05:37 PM
Tkt peta hilang cendawan pulak tumbuh

haha keringkan cepat2, buat masa cuaca panas. InshaAllah ok
Quote Cari-Amiey 14-3-2018 03:48 PM
grizz replied at 13-3-2018 01:54 PM
gigih lak nak keringkan..silap2 peta ilang, bau kepam plak..

Sembur sikit2 je, jangan tuang air pulak. InshaAllah sekejap je kering. Lepas tu jangan buat time hujan. Memang kepam la nanti. heheh
Quote lululun 14-3-2018 05:13 PM
Cari-Amiey replied at 14-3-2018 03:45 PM
Wah, thank you! Thank you! boleh cuba yg ni pulak

Hihi. Cara saya buat ni takde sental2.

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.040048s Gzip On
    To Top