Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

13-3-2018 10:21 AM |Dilihat:1867| Komen: 39
Budak perempuan berusia 4 tahun 'lunyai' dikerjakan kenalan ibunya di sebuah rumah di Pandan Perdana, Kuala Lumpur, semalam.

Harian Metro melaporkan, mangsa mengalami pendarahan serius di kepala dipercayai didera dan dihantar ke Hospital Ampang kira-kira jam 6.30 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.



Pemeriksaan menemui kesan lebam pada dahi, dada dan betis kanan kanak-kanak malang itu. Manakala, hasil siasatan mendapati dua lelaki yang menghantar mangsa ke hospital mengaku sebagai kenalan ibu kanak-kanak berkenaan.

Menurut mereka, mangsa mengalami sawan dan terjatuh ketika hendak membuang air besar di dalam tandas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, mangsa diserahkan kepada suspek, 56, untuk dijaga sementara ibunya juga warga Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah di Kampung Cheras Baru.

"Ketika mangsa berada dalam jagaan suspek, ibunya ada membuat panggilan video pada 18 Februari lalu dan mendapati anaknya tidak ceria serta terlihat kesan lebam pada tubuhnya.

"Dan semalam, wanita berusia lingkungan 40an itu dihubungi oleh suspek memberitahu anaknya jatuh sendiri dalam bilik air sewaktu hendak membuang air besar," katanya.

Tambahnya, suspek dipercayai menutup telefon bimbitnya selepas memberitahu mangsa berada di hospital kerana ibu mangsa gagal menghubunginya semula.

"Usaha untuk mengesan dan menangkap suspek kini sedang dilakukan dan buat masa ini, mangsa belum sedarkan diri dan masih menerima rawatan.

"Kita juga masih menjalankan siasatan lanjut berhubung tindakan ibu mangsa meninggalkan kanak-kanak itu dalam jagaan suspek," jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan penderaan kanak-kanak. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 39
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote marumaru 16-4-2018 02:22 PM
gigihnya nak jadi warganegara mesia... bersyukurlah rakyat mesia sekalian....

Lain-lain Komen

Quote noor2 13-3-2018 09:09 AM
Naik.darah pula baca berita ni pagi2. ...
Quote prizadane 13-3-2018 09:10 AM
Edited by prizadane at 13-3-2018 09:17 AM

motif ibu biarkan anak perempuan tinggal dengan kenalan lelaki? awat tak jaga anak tu sendiri? banyak je kerja lain kat KL ni yang boleh maknya cari.. kerja cleaner ke..siang cari la pengasuh
Quote Modngengade 13-3-2018 09:11 AM
lahanat punya jantan....yg emak indon ni tau beranak je...entah2 ank hasil selingkuhan itu yg dibiarkan saja ank itu dijaga oleh bangsat2 dua ekor ni
Quote Pixie902 13-3-2018 09:14 AM
Tak tau nak cakap apa dah...terlalu banyak kes penderaan...

Ibunya tak boleh ke minta kebenaran majikan nak bawa anak bersama ke tempat kerja, pembantu rumahkan...yang pergi tinggal pada kenalan lelaki tua ganyut tu buat apa...silap2 kena dera secara seksual...
Quote shernazz 13-3-2018 09:25 AM
Jilaka
Cek lg.pls.kot kena cabul ke apa
Iols br kesedihan.tgk cite mother tu
Budak pompuan tu nak cari mak angkat dia
Pon kene dera dgn pakwe mak dia.juga dedolu
Kesiannnn
Iols.is nangis je tgk cite tu..
Sebab teringat anak iols
Quote pittjie 13-3-2018 10:15 AM
ee kenapa masih ada lagi berita2 mcm ni aaa?? pagi2 dah buat meols kemurungan.
Quote ~boolean 13-3-2018 10:21 AM
Pixie902 replied at 13-3-2018 09:14 AM
Tak tau nak cakap apa dah...terlalu banyak kes penderaan...

Ibunya tak boleh ke minta kebenaran m ...

Kita yang kerja dalam ofis syarikat besar pun bukan semua sediakan nursery atau beri bawa anak...

Ini kan pula kerja pembantu rumah gaji ciput..macamlah semua majikan dalam malaysia ni baik2 orangnya..kalau baik tak adalah asyik kes dera maid..
Quote prettyuglybabe 13-3-2018 10:22 AM
dah takde penjaga pompuan ke ko hantar kat penjaga laki..
silap-silap mak budak ni permit pun tak ada..
Quote ~boolean 13-3-2018 10:24 AM
Kita senang cakap bila kita ada pelajaran, boleh pilih kerjaya, hidup pun alhamdulillah boleh sewa rumah, boleh beli kereta..

Lepas tu bila tengok kesusahan orang lain sedap kita aja kan suruh dia pilih kerja itu ini, buat itu ini sedangkan hidup dia tak sama senang macam kita..

Dalam bahlol2 si emaknya pergi hantar ke jantan keparat, terkadang aku terfikir apa lagi pilihan maknya ada...
Quote Cicisweets 13-3-2018 10:27 AM
Sakit hati betul baca cerita camni
Quote haryatie 13-3-2018 10:28 AM
haisshhh...
nak kasi ank kat org jaga kena tengok jugak la siapa makhluk tu
jgn asal boleh jerk
Quote SLAManya 13-3-2018 10:33 AM
maknya kerja cleaner dengar kat radio pagi tadi
Quote myakayina 13-3-2018 10:48 AM
stress baca news mcm ni..
Quote jahcomel 13-3-2018 10:58 AM
~boolean replied at 13-3-2018 10:21 AM
Kita yang kerja dalam ofis syarikat besar pun bukan semua sediakan nursery atau beri bawa anak...
...

sayu hati sy baca teks akak nih.....stakat mana je gaji jd makcik cleaner maybe itu je pilihan y dia ade dlm keadaan terdesak..tp mmg haiwan lh si saspek nih
Quote Burong_Hantuk 13-3-2018 11:48 AM
moga mereput dalam api neraka
Quote mawarika 13-3-2018 11:52 AM
4 tahun umurnya.... tinggal dgn lelaki. Adoi tgh gebu tu..otak tak bole pikir baik. Bodoh maknya.. sorry.
Quote lexania 13-3-2018 11:53 AM
Kesian sgt budak perempuan ni. Mengalir air mata. Terbayang saat dia kena dera tu mesti ingat dgn mak dia. Kecik lagi 4 tahun. Kenapa ada manusia busuk hatu sangat
Quote ninja boy 13-3-2018 12:14 PM
Mujurla anak org indon
Quote krustykrab 15-3-2018 12:46 PM
~boolean replied at 13-3-2018 10:24 AM
Kita senang cakap bila kita ada pelajaran, boleh pilih kerjaya, hidup pun alhamdulillah boleh sewa r ...

well said sis



Lihat semua komen(39)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.087899s Gzip On
To Top