Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Well, Nak Privacy Dok La Makan Kat Rumah Berdua. Kan Senang?

Oleh: Whitney|13-3-2018 11:15 AM |Dilihat:3992| Komen: 121
Gambar sekadar hiasan
Dalam sebuah perkahwinan, kehadiran anak-anak dapat menceriakan suasana. Tanpa anak-anak, kehidupan terasa sunyi. Tetapi, saat yang paling genting bagi pasangan suami isteri yang bergelar ibu bapa adalah semasa hendak membesarkan anak-anak yang masih kecil. Waktu mereka kecil, ibu bapa perlu banyak bersabar melayan karenah anak-anak yang berlainan sifat dan karakter.

Lumrah bagi anak kecil, mereka gemar bermain dan amat suka bereksperimen serta meneroka sesuatu yang baru. Seorang pengguna Facebook bernama Sha Rini berkongsi pendapat tentang cabaran berhadapan dengan karenah anak ketika makan di luar. 

Ia sebenarnya tidak semudah yang disangka dan berharap agar mereka yang belum lagi mempunyai anak tidak memandang negatif kepada sesetengah ibu bapa tentang cara mereka mendidik dan melayan anak-anak.



Ramai netizen yang bersetuju. Mereka juga menghadapi masalah yang sama apabila membawa anak-anak keluar makan di restoran atau kedai makan.  Kalau ada 3 atau 4 orang anak, masing-masing ada ragam sendiri. 

Walau bagaimanapun, ibu bapa sebenarnya lebih tahu dan masak dengan perangai anak-anak mereka sendiri.


Netizen ini komen yang dia rupanya pernah terfikir seperti yang dikatakan oleh wanita tersebut. Sebelum berkahwin, dia bukan main lagi ingin mendidik anak-anaknya supaya patuh dan mendengar arahannya tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya selepas dia sendiri mempunyai anak.

Nampaknya ada juga netizen yang mengecam kerana tidak bersetuju dengan pendapat wanita tersebut yang mengatakan jika inginkan privacy, makan saja dirumah berdua. Netizen perlu tahu yang setiap kanak-kanak mempunyai perangai yang berbeza. 

Untunglah jika mempunyai anak yang patuh dan mendengar kata. Malah, restoran dan kedai makan adalah tempat awam yang bising dan ada pelbagai gangguan. Walau bagaimanapun, ibu bapa yang mempunyai anak-anak perlu memantau aktiviti anak-anak sebaiknya agak kelakuan mereka tidak keterlaluan.


Jadi, jangan terus memandang negatif dan menjeling perbuatan yang kita tidak suka. Boleh jadi, apa yang kita tidak suka sekarang akan menjadi sebahagian hidup kita pada masa akan datang. 

Tidak salah mendedahkan anak-anak dengan suasana makan di luar agar minda mereka lebih terbuka dan memberi pengalaman kepada anak-anak dan ibu bapa itu sendiri. Apa pendapat kalian? - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
5
Terkejut
6
Sedih
1
Lawak
5
Bosan
3
Komen: 121
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote senahitam 21-3-2018 03:26 PM
kakak aku anak 5 dah lama x makan kat luar sbb rasa x confident nak control anak2 dia. kalo x nak masak pun just tapau je makan kat rumah. xde la gigih nak suruh org phm dia mak anak ramai.

aku sendiri pun dah lama x tgk wayang sejak ada anak sbb takut mengganggu org. tunggu je kluar kat astro best. kang dia dah besar boleh la kot try bawak.

semlm p spital, kat playground tu pun budak2 buas bukan main sampai panjat kat tempat sepatutnya. mak pak pulak aku tgk ramai yg sibuk dgn phone masing2. last2 datang pakcik cleaner marah budak2 yg memanjat tu ha...padan muka. aku nak tegur x brani kang kena sound lak dgn mak pak ni kan. so aku monitor je la anak aku je. huhu

Lain-lain Komen

Quote bintangterang 13-3-2018 11:20 AM
i tak mkn luar masa anak tgh lasak..bukan susahkan org lain..sendiri nk mkn pn pyh
Quote munchkin 13-3-2018 11:25 AM
Korang lah makan kat rumah. Nak suruh org tolerate ngan anak ko yg buas.

Aku pernah nampak mak pak biar anak panjat atas kaunter dominos pizza. Ulang naik terjun pastu nak berak kat kaubter dah bukak seluar. So nak suruh semua ikut kepala hanat korang.

Mak pak dulu mana ada anak2 buas mcm ni. Ni sebab pemakanan orang dulu ngan sekarang lain. Attitide mak pak nenek atok dulu lain.

Sekarang ni kat mana 2 ada notis tolong kawal anak2 anda. Dulu mana ada!!!
Quote palmolive 13-3-2018 11:28 AM
munchkin replied at 13-3-2018 11:25 AM
Korang lah makan kat rumah. Nak suruh org tolerate ngan anak ko yg buas.

Aku pernah nampak mak p ...

mak bapak dia mesti tak larang kan...
kalo larang kan terbantut pembesaran
Quote ffbeauties 13-3-2018 11:35 AM
Pernah tengok satu video kot lupa dah. Parent ni gilir makan dalam restoran sbb anak meragam so sorang duk luar supaya tak ganggu pelanggan lain makan.
In the end ada sorang pelanggan yg turut makan bersama tu belanja dorang. Sbb effort parent ni sgt tinggi.
Ini semua adab.
Apa jenis la parent yg boleh cakap kat orang lain kalau nk privacy duk rumah.
Quote zameyla 13-3-2018 11:37 AM
munchkin replied at 13-3-2018 11:25 AM
Korang lah makan kat rumah. Nak suruh org tolerate ngan anak ko yg buas.

Aku pernah nampak mak p ...

tu dah tahap melampau tu...kat luar pun boleh buat macam tu, klu kat rumah tak tahu la camana...
Quote Iema5008 13-3-2018 11:42 AM
Tahun lepas makan kat restoran.
Budak ni panjat sana panjat sini teriak sana sini..
Mak pak dia makan smbil layan hp. Anak d sorong hp... sudahnya anak melalak..
Aku dan bos kat sblh dah bengang. Anak dia yg sorang lagi lari2. Adoih nak makan x aman.
Bila bos tegur sikit, akak tgl tgok anak akak takut langgar gelas atau brg kat restoran nnt masalah.. akak tu pulak jawab bos kasar.. siap ckp, aku bukn hakak ok. Aku masih muda... i was like, erk..
Quote nadna 13-3-2018 11:44 AM
Saya pilih makan kat rumah je
Quote aurorae 13-3-2018 11:44 AM
Edited by aurorae at 13-3-2018 11:46 AM

aku kurang setuju dengan penulis artikel sebab anak2 lasak cemana pun boleh dididik untuk behave semasa makan.   Anak2 aku 5 orang, pastilah ada yang lasak dan liar, ada yang pendiam dan pemalu.  dn sebagainya.    Pastikan anak2 oleh dikawal, kalau dah mengganggu orang lain atau membahayakan diri sendiri, baik makan kat rumah atau tapau je.

Mak2 yang kata takkan nak menjerit panggil anak tengah merayau masa makan, adakah itu cara kau mendidik anak di rumah?  Parent yang takut nak  disiplinkan anak diluar sebabnya ialah parent tu menggunakan cara kekerasan atau salah semasa di rumah, seperti menjerit @ maki hamun atau pukul, sebab tu di luar dan dihalayak ramai   dia tak boleh buat benda yang sama.  

Parent yang dah biasa disiplinkan anak secara baik dan berkhemah dirumah, pasti tiada masalah buat benda yang sama di luar.   
Quote CardiGans85 13-3-2018 11:48 AM
Since sy xde anak tp ada anak2 sedara yg boleh thn jugak peranganya..bila we all pegi jln2, mmg akan pergi x lama. Klu mls msk, bungkus n mkn kt rumah. That's it.
Quote kakigebang 13-3-2018 11:55 AM
sume  bajet bagus2 je jaga nak,, anak diala terbaik , behave la bijak la  .. hahahaha... bace je artikel tu takyah komen sgt...  cube la memahami org lain takyah la nak compare kita ni hebat dr org lain, kita la mak pak yg paling pandai didik anak...poyo je semua tu...masuk bakul angkat sendiri... bagi aku artikel  FB tu  ikhlas dan universal.
Quote keds 13-3-2018 11:56 AM
Table manners WAJIB ajar kak...
Quote keds 13-3-2018 11:56 AM
Table manners WAJIB ajar kak...
Quote kaki_jalan88 13-3-2018 11:58 AM
selalu alami. tapi since da besar sket 2 tahun lebih makin senang handle. pergi makan time die lapar so memang die akan focus makan je. just sepah2 sket tu agak susah sket nak kawal sebab dia memang suka makan n suap sendiri.

tapi anak xde la tahap berlariw dalam restaurant just nak belari ke luar mall tu je la
Quote pearl.silver 13-3-2018 12:00 PM
Isu yg hampir sama je dengan kisah bawa ank kecil tgk movie pastu ganggu audience lain

Pastu ayat bela diri, tunggu ko ada ank sendiri tgk mcm mana buas ank ko..

Tapi kan my sister tak pernah makan luar masa ank2 dia kecik ya..sama ada dia beli tapau mkn kt umh dgn ank2 kecil dia, ataupun pasrah masak je la sendiri..
Tengok wyg dgn budak2 tu pun masa diorg dah besar..dah sekolah rendah.
Quote idakamaruddin 13-3-2018 12:04 PM
munchkin replied at 13-3-2018 11:25 AM
Korang lah makan kat rumah. Nak suruh org tolerate ngan anak ko yg buas.

Aku pernah nampak mak p ...

ms anak sulung iols umur 2 thn ke 4 thn mmg jarang iols makan kt luar sbb nye anak iols suka sgt berlari tak tentu pasal haha stress sungguh..nk makan pn x kenyang sllu kalau makan kt luar iols pastikan hb iols makan dulu then br iols makan..
Quote idakamaruddin 13-3-2018 12:05 PM
pearl.silver replied at 13-3-2018 12:00 PM
Isu yg hampir sama je dengan kisah bawa ank kecil tgk movie pastu ganggu audience lain

Pastu ayat ...

iols pn x pnh tgk wayang bw anak... in fact dh lama sungguh tak tgk wayang..ada la sekali iols tgk fast 8 masa lunch hour.utk activity tgk wayang ngn anak2 tak mungkin la...si kecik br setahun lbh..nk bawa abg je sian plak si kecik..last2 tangguh je la niat nk tgk wayang ni.. anak2 pn bawa g aktiviti lain je
Quote realist_13 13-3-2018 12:15 PM
kakigebang replied at 13-3-2018 11:55 AM
sume  bajet bagus2 je jaga nak,, anak diala terbaik , behave la bijak la  .. hahahaha... bace je art ...

Artikel FB tu tak universal pon, artikel sampah.. balik2 highlight kisah unmarried and childless tak faham problem org ada anak... padahal ramai je anak2 yg behave di luar sana.. parenting failed and tak reti nak adapt bila life dah ada anak, then blame org lain... yucks!
Quote krustykrab 13-3-2018 12:18 PM
selfish sungguh penulis ni....ko la yg patut makan kat rumah sbb anak2 ko buas...

dah tau keturunan anak2 buas apesal nak beranak ramai2, pastu sibuk nk komen org suruh ikut kepala otak dia
Quote nuryakmal 13-3-2018 12:19 PM
diri sendiri la kena ubah. mana nak ubah org lain. ko da beranak ko jagala. apa nak expect org lain paham masalah ko kan.

#donedariyangbelumadaanak

Lihat semua komen(121)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.059192s Gzip On
To Top