Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Suami Muncul Dalam Gambar Isteri Ketika Remaja - 18 Tahun Kemudian Mereka Berkahwin!

13-3-2018 12:49 PM|Oleh: Azza Rai | Dilihat: 2697| Komen: 24

Bagaikan dejavu!
Itulah yang berlaku terhadap pasangan suami isteri di Chengdu, China ini, Ye dan Xue yang telah berumah tangga sejak 2011, namun mereka sebenarnya telah ‘disatukan’ dalam sekeping gambar hampir 20 tahun lalu.

Cerita ini mendapat perhatian portal antarabangsa
Bagaimana ia boleh berlaku?
Ironinya mereka bertemu dan bercinta tujuh tahun yang lalu hingga dikurniakan anak kembar perempuan, tapi jodoh itu sudah ada dalam gambar tersebut sekian lama. Suratan atau kebetulan?

Media tempatan, Sina News melaporkan 4 Mac lalu, terbongkarnya rahsia ini pabila Ye membelek-belek gambar lama isterinya. Pada saat dia melihat sekeping gambar yang memaparkan isterinya sedang duduk di hadapan tugu arca, darahnya tiba-tiba berderau. Manakan tidak, nun di belakang sana, dia juga sedang bersedia untuk diambil gambarnya. Bermakna mereka telah ‘bertemu’ lebih lama dari yang disangka. Seperti drama TV pula rasanya.

Nyata tarikh, waktu dan lokasi yang sama adalah pembuka cerita mereka berdua.

Mengikut ceritanya, Xue telah ke dataran itu bersama ibunya yang sedang bercuti.
Manakala Ye pula bersama rombongannya yang turut bergambar di hadapan tugu arca yang menjadi tarikan di situ.

Mereka kini

Masing-masing bergambar tanpa mengetahui bahawa itu adalah pasangan yang dikahwininya 18 tahun kemudian!
Ye kemudian mencari semula gambarnya di dataran itu lalu mengesahkan situasi yang sama.


Bagi mereka, penemuan itu sangat istimewa dan membawa kegembiraan berganda dalam hidup mereka sekeluarga.
Kini kisah mereka sudah menjadi tular di China dan juga portal antarabangsa The Mirror. Ramai yang mengulas bahawa mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama!

Jadi, cuba lihat gambar remaja anda. Manalah tahu gadis atau pemuda yang lalu lalang di belakang anda itu sebenarnya jodoh yang dicari selama ini. Oh! Dan itu hanya untuk mereka yang masih solo ya. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
3
Komen: 24
Komen

Previous : Anjing Ini Jadi Trending Kerana Menyerupai Manusia. Seram Ke Kagum?

Next       : Genius! Lelaki Ini Buktikan Bapa Juga Boleh 'Menyusukan' Bayi, Nak Cuba?

Komen Terbaru

Quote sakinahxpdc 15-3-2018 12:02 PM
dejavu la tu

Lain-lain Komen

Quote fushimi 13-3-2018 01:37 PM
apa kata sis sis yang belum kawin kat dalam  porem ni pergi belek balik gambar gambar lama kot kot jodoh korang ada kat dalam

bukan ke ada budak poli ke yang hari tu sama kes dengan cite ni
Quote haryatie 13-3-2018 02:06 PM
kalau da jodoh...
nnti nak tengok la..kut2 adaaaa..
Quote fliphair8 13-3-2018 02:27 PM
Jap nak bukak album....hehehe
Quote AbukRokok 13-3-2018 02:39 PM
fushimi replied at 13-3-2018 01:37 PM
apa kata sis sis yang belum kawin kat dalam  porem ni pergi belek balik gambar gambar lama kot kot j ...

baru belek gambar lama kt ...tetiba nampak ada budak persis hanna delicous
Quote Elle_mujigae 13-3-2018 02:40 PM
sweetnya!... betul la...perihal jodoh ni mmg sukar nak dijangka...
Quote zulka 13-3-2018 02:41 PM
mcm aku pula no pekerja bersambung dgn wife..aku punya 456, wife aku 789
tak sangka plak disambungkan..
Quote ariean 13-3-2018 04:10 PM
ala...comeynye...
Quote batmana 13-3-2018 06:05 PM
budak2 skrg nk check gmba peningla

seminggu ada beribu gambar selfie, klu setahun?

pengsan
Quote BookerT 13-3-2018 06:16 PM
fushimi replied at 13-3-2018 01:37 PM
apa kata sis sis yang belum kawin kat dalam  porem ni pergi belek balik gambar gambar lama kot kot j ...

jodoh dalam gambar nya? ya robbana sedih campur tawa mak membacanya... baik kau belek gambar tahunan sekolah menengah kau je camtu nyah...
Quote aku_statik 13-3-2018 07:07 PM
So maneesss... Wo suweeet
Quote lumie 13-3-2018 07:52 PM
Uniknye cerita... Menarik
Quote Levespa 13-3-2018 08:56 PM
kebetulan yg sweet
Quote HannahMontana 13-3-2018 09:23 PM
cepatttt masing-maisng pergi cari gambar  
Quote RatuDunia94 13-3-2018 11:47 PM
So dah boleh sembah ke x tugu jodoh tu? Ala2 Jabal Rahmah gitu..
Quote Joannalee 14-3-2018 01:28 AM
La ... {:dotsweet nye
Quote afie_m 14-3-2018 08:43 AM
siapa sangka kan...
Quote rosasen 14-3-2018 09:11 AM
one in a million
Quote nadna 14-3-2018 09:26 AM
Jodoh memang sukar dijangka
Quote Burong_Hantuk 14-3-2018 09:36 AM
tak heran.jodoh ketentuan Allah

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.042660s Gzip On
    To Top