Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Liverpool Kalah, Carragher Ludah Ke Muka Remaja 14 Tahun

Oleh: Liana|13-3-2018 11:10 AM |Dilihat:807| Komen: 7
Sumber Google
Kekecewaan atas kekalahan dengan Manchester United di Old Trafford, Sabtu lalu, menyebabkan bekas pemain Liverpool Jamie Carragher gagal mengawal kemarahan dan bertindak meludah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Dalam sebuah rakaman video oleh Daily Mirror, Carragher yang juga bekas pemain pertahanan England itu dilihat meludah remaja berkenaan dari dalam keretanya.

Memetik laporan Daily Mail, difahamkan remaja tersebut sedang berada dalam kereta bersama bapanya, yang pada ketika itu sedang bertelagah dengan Carragher mengenai perlawanan Manchester United dengan Liverpool itu.

Carragher yang berang mendengar keputusan perlawanan itu diulang-ulang, terus meludah dan terkena muka gadis berkenaan, membuatkan remaja itu menangis.

Bagaimanapun Carragher, 40 tahun, telah menghubungi keluarga remaja tersebut dan memohon maaf berhubung kejadian itu yang disifatkannya sebagai tidak terkawal dan benar-benar tidak boleh diterima.

Carragher memuat naik posting dalam twitter, memohon maaf

Dia juga telah memuat naik posting di Twitter menyatakan permohonan maafnya.

Sabtu lalu, Marcus Rashford menjadi wira apabila meledakkan dua jaringan untuk membantu Manchester United mencatat kemenangan 2-1 ke atas Liverpool.

Keputusan itu mengekalkan United di tangga kedua liga, namun terpisah 13 mata daripada pendahulu Manchester City. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
4
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote edee_91 13-3-2018 09:34 PM
well, pepatah orang tua-tua ada mengatakan, lelaki bodoh kerana bola.

Lain-lain Komen

Quote dcruins 13-3-2018 11:13 AM
Typical laaa scouser's ni, bandar comedian, buat malu Beatles jerrrr......
Quote dcruins 13-3-2018 11:16 AM
rival keras nyerrr pasal, Scouser's tuduh Mancunian nyerrr city banyak pencuri kereta, Mancunian pulak tuduh Scouser's bandar comedian dengan accent pelik....
Quote zulka 13-3-2018 12:19 PM
padan muka kena ludah... ejek la lagi
Quote alesandra 13-3-2018 01:32 PM
pangai sakai  liverfool bladifool ni mmg tak bertepi
Quote saiko_mantis 13-3-2018 02:31 PM
lol carragher
you'll never walk alone
Quote bulalof 13-3-2018 02:47 PM
lameeeeeeeeeeee......
Quote edee_91 13-3-2018 09:34 PM
well, pepatah orang tua-tua ada mengatakan, lelaki bodoh kerana bola.

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.096139s Gzip On
To Top