Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Apa Yang Buat Putera Arab Saudi Ini Nampak Cool?

12-3-2018 05:30 PM|Oleh: Ain | Dilihat: 2104| Komen: 12

Dari kejauhan, kerabat diraja dilihat sangat beruntung hidup dalam kemewahan yang melimpah-ruah, ditambah pula dengan kelebihan yang diterima.

Pun begitu, dilahirkan sebagai ahli keluarga diraja bukanlah sesuatu yang diminta dan hidup mereka bukan sesuatu yang mudah. Menjadi keluarga diraja bukan sekadar mewarisi gelaran keluarga semata-mata, malah besar tanggungjawab yang perlu dipikul dan banyak protokol serta prosedur perlu dipatuhi.

Dalam ramai-ramai putera raja, Putera Fahad Al Saud mendapat perhatian dunia. Memetik Step Feed, dia bukan sahaja memiliki paras rupa yang boleh buat wanita cair, putera raja dari Arab Saudi ini memiliki kepakaran dalam bidang teknologi dan media.

Jom tengok apa lagi yang membuatkan putera raja dari Timur Tengah ini dikatakan cool!




1. Karier teknologi

Foto: IG Putera Fahad Al Saud

Jauh daripada kehidupan mewah seorang putera, Fahad Al Saud mengambil keputusan membantu negara tercinta dengan memanfaatkan media sosial serta teknologi.


2. Ada perniagaan digital sendiri


Pada 2013, putera itu melancarkan syarikat digitalnya sendiri iaitu New Arab Media atau Na3am yang bermaksud 'Ya' dalam bahasa Arab dengan tujuan membantu negara itu berkembang lebih maju dari segi teknologi, permainan video (video game) dan komik.

Oh, tak lupa juga syarikat ini memenangi beberapa anugerah tau!

Selain menghasilkan komik dengan wanita sebagai watak utamanya, Na3am juga mengeluarkan permainan video berbentuk pendidikan yang menghiburkan serta menyebarkan imej positif di rantau itu.


3. Aadi wira wanita pertama Arab Saudi, Latifa

Foto: New Arab Media

'Latifa' juga mempunyai permainan videonya sendiri yang dilancarkan pada 2017 ketika Comic-Con pertama di negara itu.


4. Ketua operasi Facebook di Arab

Foto: IG Putera Fahad Al Saud

Selepas tamat pengajian di Stanford University dengan ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal, Sains Pengurusan dan Kejuruteraan, serta Pengajian dan Kesusasteraan Timur Tengah, putera itu memilih bekerja dengan Facebook dan menolak peluang untuk meneruskan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Pada 2009, dia dilantik sebagai Ketua Operasi Pengguna untuk Facebook Arab dan membantu melancarkan versi Arabnya.


5. Suka haiwan

Foto: IG Monarch


First day in my new home 💖💖💖 #Monarchthecat

A post shared by PrinceMonarch (@monarchthecat) on



Aww, kucing kesayangan dia yang comel bernama Monarch ini pun ada akaun Instagram sendiri! Tapi, tak tahu kenapa akaunnya baru ada satu post sahaja.Macam mana? Walaupun kerabat diraja, Fahad nampak biasa-biasa sahaja seperti orang lain yang berkerjaya hebat. Rupa ada, bijak pula tu, kan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 12
Komen

Previous : Lelaki - Perlu Solek Atau Biar Ja Ori Dengan Parut Di Muka?

Next       : Kalah Perempuan! Lelaki Ini Lebih Yakin Pakai Stiletto Pergi Kerja

Komen Terbaru

Quote dani-rox 20-3-2018 11:11 PM
ummah lemari ke sis



Lain-lain Komen

Quote Andyscenes 12-3-2018 07:54 PM
Dia kaya hanat
Quote kimchipedas 12-3-2018 08:06 PM
Kaya, bijak cari peluang ok I like..
Quote Choc-chip 12-3-2018 08:33 PM
Memang bijak...

Tak nampak gambar kucing prince pun...
Quote BoongaKertas 13-3-2018 09:04 AM
ni baru betul inspiring!
Quote qistiena 13-3-2018 09:06 AM
boleh dijadikan contoh...
Quote fushimi 13-3-2018 09:22 AM

sis berminat ke
Quote BoongaKertas 13-3-2018 09:48 AM

iols ukur baju badan sendiri sis. tak mampooooo lah chuols....
Quote orgsepang 13-3-2018 10:50 AM
Muka dia ada macam lukisan purba dalam piramid tu ke atau akak yang perasan sorang
Quote Burong_Hantuk 13-3-2018 11:00 AM
Tetap sanjungi raja nazrin syah




Quote siape_aku 14-3-2018 08:51 AM
rupe heols mcm ade nigger touch sket....... aummm sgt!
Quote babynina30 20-3-2018 02:56 PM
Mata dia mcm marcell.  
Quote dani-rox 20-3-2018 11:11 PM
ummah lemari ke sis



Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.048717s Gzip On
    To Top