Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Anak Tak Nak Ikut, Salah Aku Ke?" - Lelaki Berang Keluarga Bekas Isteri Campur Tangan

Oleh: Ain|12-3-2018 02:23 PM |Dilihat:2530| Komen: 17
Apabila 'barah' dalam sesebuah perkahwinan sudah berada di tahap terakhir dan tidak boleh dirawat lagi, berpisah selalunya merupakan jalan terakhir yang akan dipilih.

Pun begitu, anaklah insan yang paling terkesan apabila ibu bapa berpisah. Lebih parah, mereka menjadi mangsa keadaan apabila persengketaan ibu bapa berterusan walaupun sudah membawa haluan masing-masing.

Yang sering menjadi masalah selepas perceraian adalah isu hak penjagaan anak.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial memaparkan seorang lelaki berdepan keluarga bekas isteri yang hadir ke rumahnya bagi menjemput anaknya yang bermalam di situ.



Video: MYNEWSHUB

Masalahnya di sini, mereka telah melanggar pertintah mahkamah yang tidak membenarkan campur tangan pihak ketiga ketika proses jagaan dan lawatan anak.

"Sekarang pihak ketiga campur tangan, kan? Kau tak baca ke surat (mahkamah)?"
kata Abdul Kahlid A Hamid.

Malah, bekas isterinya juga tidak hadir ketika keluarganya menjemput kanak-kanak itu.



Menerusi video itu, kedengaran abang bekas isteri Kahlid iaitu Rizal mendakwa dia seorang bapa yang tidak bertanggungjawab dan dipercayai 
Kahlid pernah dihalau ketika mahu menjemput anaknya di rumah bekas isteri.

"Anak tak nak ikut, aku ke yang salah?"
katanya.

Akhirnya, mereka mengambil juga kanak-kanak itu secara paksa tanpa menghiraukan tangisannya.

Rata-rata netizen bersimpati di atas nasib kanak-kanak malang yang menjadi mangsa keadaan itu.

"Minawe keluarga perempuan, anak tu dah peluk kaki ayah tapi tetap direntap dan dipaksa-paksa,"
komen netizen.

 


Pun begitu, masih ada segelintir yang percaya keengganan kanak-kanak itu mengikut keluarga ibunya disebabkan hasutan bapanya sendiri.


Bapak bodo ajar anak benci keluarga belah ibu!


 


Dalam masa sama, ramai yang menggesa supaya Kahlid membuat tuntutan semula dengan menjadikan video sebagai bukti.


Ini dah kira kes culik

 
Foto: FB MYNEWSHUB

Kesian. Terisak-isak budak kecil itu menangis tak mahu meninggalkan bapanya. Apapun, semoga Kahlid dapat menyelesaikan masalahnya dengan baik. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 17
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote KucingKedai 13-3-2018 12:50 PM
Kesiannya budak tu ya Allah.. semoga diorg berdamai. Kesian kat budak {:cryrun

Lain-lain Komen

Quote Suhainurraysa 12-3-2018 03:24 PM
Kesiannya..makpak bermusuh, anak yang jadi mangsa..{:cryrun
Quote haryatie 12-3-2018 03:59 PM
dendam@marah mcam mana pun bila da bercerai
jgn jd kan ank2 mangsa keadaan
bawak2 la berbincang, bertenang
kesian ank2

Quote saviour_09 12-3-2018 04:02 PM
habis viral dah segala syarat2 jagaan anak, nama, ic yadayada
kesian anak tak bersalah jadi mangsa di tengah2
Quote vanillaninja 12-3-2018 04:39 PM
Muda2 dah bercerai. Kesian sangat dengan anaknya.
Quote eyansss 12-3-2018 04:44 PM
harap si bapa blurkan part ic tu... nanti kena charge lain pulak nanti...
Quote kroit92 12-3-2018 05:13 PM
2018

Bapaknya umo 33
maknya umo 26
anaknya lahir 2015, so umo beliau = 3 tahun

kesian budak ni, silap haribulan, better pihak berkuasa ke, JKM ke yang jaga sampai besar,
selagi dia kecik camni, main culik2 tak kesudah ler.. bergaduh, berkumpul bawak family, rebut anak, langgar perjanjian, perintah mahkamah,
psychological impact kat budak tu?? depression di usia muda

aku tak salahkan mana2 pihak sebab tak tau cerita sebenar,
just stating the possible outcomes
Quote rayray28 12-3-2018 05:38 PM
Kesiannya anak2 yg jd mangsa..g dh dewasa ni plak bergaduh mcm org x pernah sekolah lagi..kot ye pn dh bercerai cuba buat yg terbaik demi anak2..hai pincanglah mcmni
Quote jazaa100 12-3-2018 06:23 PM
Kawin kan je si bapak tu....
Dia dah memantat nanti, anak pun blh lupa....
Apa lagi nafkah anak....
Quote lasagnaklcc 12-3-2018 09:38 PM
Ex wife cousin I pon sejenis psycho jgk.

My cousin bwk anak dia tido rumah mertua baru, ex wife merempan tak bagi amik anak lagi dah. Masuk court, hakim tempik balik kat ex wife sbb menyusahkan pihak mahkamah. Dia yg nak cerai tapi tak blh move on ex husband dah nikah lain.
Quote Joannalee 12-3-2018 10:27 PM
Kesian nye budak tu... x Blh ke pujuk slow2 . Mesti ada sebb kenapa budak tu xnk ikut kot kene cubit dgn mak die ke ape ke ... kesian nye
Quote awanearisu 12-3-2018 10:51 PM
Nak sangat viral. Silap-silap JKM ambil terus. Baru nak menyesal.
Quote orsay 13-3-2018 06:13 AM
Bahaya pulak zaman smartphone ni. Semua nak rakam... dlm kes ni kesian budak tu, dia mangsa paling kesian sekali
Quote mawar_pink 13-3-2018 08:53 AM
kesian kat ank yg jd mangsa dek org dewasa yg gaduh...terdera emosi anak tu..
Quote kroit92 13-3-2018 09:15 AM
awanearisu replied at 12-3-2018 10:51 PM
Nak sangat viral. Silap-silap JKM ambil terus. Baru nak menyesal.

kan kedua2 tuan dan puan dalam video pendek ni je, from personal view, macam suasana tak sesuai untuk budak tu membesar
Quote zameyla 13-3-2018 10:28 AM
lasagnaklcc replied at 12-3-2018 09:38 PM
Ex wife cousin I pon sejenis psycho jgk.

My cousin bwk anak dia tido rumah mertua baru, ex wife m ...

hahaha...lawak pulak part hakim tempik tu...
ye la nyusahkan orang...
agaknya ex wife tu x move on lg kot...

Quote kerunai 13-3-2018 11:47 AM
free will macam haram jadah dalam kes famili isele takleh blah ni

Quote KucingKedai 13-3-2018 12:50 PM
Kesiannya budak tu ya Allah.. semoga diorg berdamai. Kesian kat budak {:cryrun

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.067343s Gzip On
To Top