Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Ah, Sudah! Susah Nak Tidur Bila Terjaga Tengah Malam? Cuba Cara Ini

12-3-2018 11:34 AM|Oleh: Has | Dilihat: 1400| Komen: 22

Semua orang menginginkan tidur yang cukup disamping dapat menghilangan lelah setelah seharian penat bekerja. Barulah tidur itu berkualiti.

Mungkin tak semua, tetapi segelintir daripada kita merasakan ia suatu perasaan yang menjengkelkan sekiranya terjaga di tengah malam dan sukar untuk kembali tidur. Mulalah mata terkebil-kebil sambil mencari posisi tidur yang selesa.


Foto Tenor

Lagi susah hati jika anda perlu bangun awal untuk meneruskan kerja pada keesokkan harinya. Arghh, stres! Macam mana nak tidur semula ni?

Memetik Vemale, ada beberapa cara dapat menyelesaikan masalah ini:


1) Meditasi

Foto: Yana-kiev-ua

Kelihatan remeh saja, kan? Namun, tak salah berikhtiar dengan cara ini. Apa kata apabila anda terjaga dan susah untuk melelapkan mata semula, cuba duduk bersantai dan tarik nafas dalam-dalam. Kemudian, hembuskan dengan perlahan-lahan. Jangan berhenti selepas membuat sekali sahaja ya. Cuba untuk lakukannya sehingga tubuh menjadi relaks dan terlelap kembali.


2) Latihan bernafas

Foto: Ph.hair-action.com

Latihan ini sangat mudah! Tak perlu bangun, sambil berbaring pun boleh melakukannya.

Anda hanya perlu menarik nafas panjang dan menahan untuk beberapa detik sebelum menghembuskan melalui mulut. Lakukan sehingga anda berasa tenang. Anda juga boleh mengubah keadaan bilik dengan menurunkan suhu bilik menjadi lebih dingin.


3) Baca buku

Foto: Goodereader.com

Tak suka membaca kerana ia sangat membosankan? Perasan tak anda akan menguap apabila terasa bosan? Ha, samalah dengan membaca! 

Sediakan sahaja buku 'paling membosankan' yang anda ada di tepi katil anda agar dapat digunakan disaat anda memerlukannya. Bagi pelajar, jangan pula tertidur ketika menelaah di tengah malam!


4. Mandi air hangat

Foto: Huffington Post

Menurut Business Insider, kajian mendapati mandi air hangat sebelum tidur akan membuat anda mudah melelapkan mata dan tidur lebih nyenyak! 


5. Angan-angan Mat Jenin

Foto: Playtech

Hasil kajian menemui, penghidap insomnia kerap mengadu fikiran terganggu atau bayangan tidak menyenangkan membuat mereka sukar untuk tidur. Jadi, penyelidik menyarankan untuk 'membayangkan' perkara atau tempat yang menyeronokkan serta membahagiakan supaya otak dan tubuh menjadi tenang hingga anda melelapkan mata.


Penulis pernah dengar orang kata, minum susu panas boleh buat kita tidur nyenyak, betulkah? Apapun, jika keadaan berterusan hingga boleh memudaratkan kesihatan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih tepat, okey. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
4
Bosan
1
Komen: 22
Komen

Previous : Baru Tahu! Cuka Epal & Minyak Kelapa Boleh Dijadikan Remedi Untuk Buasir!

Next       : Jangan Degil! Kalau Nak Sihat, Jangan Minum Teh Ketika Perut Kosong

Komen Terbaru

Quote pia250110 18-5-2018 09:28 AM
aku kalau x dpt tido..aku p kemas rumah..biase bangun kul 2 pagi kemas umah sampai habis pastu kroh2..huhuhhuh

Lain-lain Komen

Quote salmon-suki 12-3-2018 12:11 PM
Salunye tsedar kol 3am,pstu time tu jgk dgr org tarik kerusi,men ketuk2 dnding,jln kaki dsb..tp bkn kt umah ni,tp org atas y smpai skrg misterius akn kewujudannya..tgk rumah mcm xde org sewa sbb gelap je dr pg  smpai mlm
Quote vanillaninja 12-3-2018 12:50 PM
I bernasib baik sebab jarang terjaga tengah malam and kalau terjaga pun I senang tidur balik
Quote saviour_09 12-3-2018 01:27 PM
salmon-suki replied at 12-3-2018 12:11 PM
Salunye tsedar kol 3am,pstu time tu jgk dgr org tarik kerusi,men ketuk2 dnding,jln kaki dsb..tp bkn  ...

definitely 'them'
Quote haryatie 12-3-2018 01:45 PM
salmon-suki replied at 12-3-2018 12:11 PM
Salunye tsedar kol 3am,pstu time tu jgk dgr org tarik kerusi,men ketuk2 dnding,jln kaki dsb..tp bkn  ...

kalau mcm tu org kata ada benda tu..
ntah laaa...
Quote haryatie 12-3-2018 01:51 PM
sebb tu aku x bleh tido awal sgt
kalau nak tido mesti selps kul 10...tu pun selalu nya terjaga kul 2@3 am
pastu susah nak tido..
awal bulan 2 tu ari aku x bleh nak tido..mmg x rsa ngantuk
byk ari pulak tu..sampai aku sendiri risauuu...
gi klinik doc bg ubat tido..dia kata aku stress
mmg pun time tu aku stress sikit la..
tp aku x makn ubat tido tu pun
aku try mandi guna air batu
mlm tu aku tido lena sgt
tp aku mmg yg jenis selalu terjaga tengah malam
sedih betulll...
susah nak dpt tidor yg lena..
Quote idadzira 12-3-2018 01:58 PM
Allah panggil suruh solat tahjud tu.
Quote qistiena 12-3-2018 02:26 PM
idadzira replied at 12-3-2018 01:58 PM
Allah panggil suruh solat tahjud tu.

mungkin kot......
banyakkan berzikir...in shaa Allah senang tido balik...
Quote salmon-suki 12-3-2018 04:54 PM
saviour_09 replied at 12-3-2018 01:27 PM
definitely 'them'

Hahaha..sy pn pk gitu gk..kekeke~ bertabah sajalah gitu
Quote salmon-suki 12-3-2018 04:56 PM
haryatie replied at 12-3-2018 01:45 PM
kalau mcm tu org kata ada benda tu..
ntah laaa...

Tulaa..mmg salu bunyi2 tu ada..housemate pn dgr gk smpai tkt budak tu..that's why kot dia cri org utk share bilik dia..kekeke~

Salu gk intai kt balkoni rumah ats tu,penuh ngn.tumbuhan mjalar jer..salu gk ler daun kering tu jatuh kt balkoni ktorg..hampeh je tpkse kemas..
Quote amyfiq 12-3-2018 06:23 PM
salmon-suki replied at 12-3-2018 12:11 PM
Salunye tsedar kol 3am,pstu time tu jgk dgr org tarik kerusi,men ketuk2 dnding,jln kaki dsb..tp bkn  ...

selalunye gitu umah kite yg ade jin
hehehe
Quote salmon-suki 12-3-2018 06:45 PM
amyfiq replied at 12-3-2018 06:23 PM
selalunye gitu umah kite yg ade jin
hehehe

Ohemgeeee..betul ke?hehe..sbb dgr dr umah atas..sy stay kt apartment ni..?
Quote amyfiq 12-3-2018 06:49 PM
salmon-suki replied at 12-3-2018 06:45 PM
Ohemgeeee..betul ke?hehe..sbb dgr dr umah atas..sy stay kt apartment ni..?

ye umah i pong sama
i selalu terjaga jam 5am sbb nak g keje en
pastu dengar la bunyi org kemas perabot
5am? what do u expect?
Quote orgsepang 12-3-2018 07:15 PM
Masa bujang akak buat yang nombor tiga tapi dah kahwin buat yang kelima sebab suami suka tidur lampu kelam je
Quote TipinTakTipu 12-3-2018 08:49 PM
Try cara ni..

4-7-8 method

A deep breathing trick can make insomniacs drop off to sleep in under one minute, a health expert has claimed.

The method involves making a loud whooshing noise with the mouth then holding the breath in stages.

Called the 4-7-8 method, it has been pioneered by the US sleep expert Dr Andrew Weil who claims that the technique works by calming the mind and relaxing the muscles.

Start practicing 4-7-8 method with these steps:

1. Exhale completely through your mouth, making a whoosh sound.

2. Close your mouth and inhale quietly through your nose to a mental count of four.

3. Hold your breath for a count of seven.

4. Exhale completely through your mouth, making a whoosh sound to a count of eight.

5. This is one breath. Now inhale again and repeat the cycle three more times for a total of four breaths
Quote Orix 13-3-2018 04:11 PM
I prefer mandi air sejuk lepastu tidoo........ so nicee
Quote mziskandar 13-3-2018 04:18 PM
salmon-suki replied at 12-3-2018 12:11 PM
Salunye tsedar kol 3am,pstu time tu jgk dgr org tarik kerusi,men ketuk2 dnding,jln kaki dsb..tp bkn  ...

Tu time rumah atas main guli.. tik...tik.. tiktiktiktikkkkk... terabur. Masa rumah atas tu blum ada penyewa lagi.
Quote salmon-suki 13-3-2018 06:55 PM
mziskandar replied at 13-3-2018 04:18 PM
Tu time rumah atas main guli.. tik...tik.. tiktiktiktikkkkk... terabur. Masa rumah atas tu blum ad ...

Org men guli,tarik perabot salu dgr zmn study dulu,walhal bilik hostel sy tu paling atas..

Ni duk umah sewa pn ada sama,smlm lg teruk,kuat giler bunyi dia,pstu ada bunyi dengusan lak..dia saja nk tarik phatian kot sbb duk gelak xhengat time tgk citer smlm.kekeke~
Quote estrelle 13-3-2018 10:00 PM
I biasa terjaga sebab nak pegi toilet je.Pastu dengan senang hati tido balik.Banyak sangat minum air kot
Quote Ceqnok 10-5-2018 03:52 PM
Mungkin juga Allah yg mbangunkan kita disepertiga malam spy kita boleh bertahjud kpd Nya...

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.057204s Gzip On
    To Top