Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ayuh Malaysia!! 178 Atlet Bawa Cabaran Negara Ke Sukan Komanwel

Liana|12-3-2018 11:15 AM |Dilihat:312| Komen: 0

Ayuh Malaysia!! Satu lagi cabaran buat atlet negara bakal bermula dan 178 atlet sah akan membawa cabaran kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel 2018, di Gold Coast Australia bulan depan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM.

Berita gembira turut diumumkan, 6 atlet negara yang sebelum ini merayu telah dimasukkan dalam senarai.

Sumber Google

Atlet yang berjaya ialah ialah Zaidatul Husniah Zulkifli dari sukan olahraga.

Muhammad Danieal Haikkal (basikal), Abraham Eng Wei Jin dan Charles Chen Seong Fook dari sukan menembak.

Dua lagi adalah Ho Ying untuk acara pingpong danYang Chen Yin bagi acara Triathlon.

Sumber Google
Kesemua mereka disenaraikan dalam kontinjen negara akan beraksi pada 4 hingga 15 April depan, berikutan beberapa kuota tambahan telah diberikan jawatankuasa penganjur kepada Malaysia.

Bagaimanapun Lembaga Eksekutif MOM bersetuju tidak menghantar atlet dalam sukan tinju selepas satu-satunya wakil mereka, Fuad Redzuan masih mengalami kecederaan keretakan tulang pipi kiri. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.100775s Gzip On
To Top