Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Empat Tahun Kerja Keras, Ruhainies Dah Mampu Beli Kondo Dan Mercedes

7-3-2018 01:12 PM|Oleh: Amirah | Dilihat: 8184| Komen: 105

Akhirnya Ruhainies berasa lega dan bangga dengan pencapaian dirinya yang selama ini telah bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memiliki harta sendiri.

Kejayaannya memiliki rumah sendiri dan sebuah kereta Mercedes Benz dikongsi dengan keluarga dan peminat yang selama ini menyokong perjalanan kariernya dalam industri seni.

Foto: IG Ruhainies
"Alhamdulillah, berkat usaha dan kerja keras, saya sudah mampu memiliki rumah dan kereta sendiri.

"Akhirnya penat lelah selama ini berbayar dan puas hati kerana dua impian ini memang sudah lama saya impikan sejak memulakan kerjaya sebagai anak seni," katanya kepada mStar Online.

Foto: IG Ruhainies
Rumah kondominium dan kereta tersebut bukanlah untuk kegunaannya seorang namun dia sudah berniat lama untuk membawa ibu bapanya tinggal bersama di Shah Alam.

"Kalau dulu famili saya tinggal di Selayang, jadi selepas ini bolehlah mereka pindah ke rumah saya di Shah Alam.

Foto: IG Ruhainies
"Rezeki yang saya dapat ini adalah atas doa ibu bapa, jadi mereka juga harus merasa apa yang saya perolehi ini," katanya.

Ditanyakan pula tentang perancangan dirinya akan datang, Ruhainies enggan berkongsi lagi kerana ianya masih belum dicapai.

Dia hanya akan dedahkan apabila impiannya itu sudah tercapai dan bukan sekadar cakap kosong.

Foto: IG Ruhainies
"Sejujurnya, saya ada beberapa impian lagi, tapi biarlah ia hanya menjadi rahsia. Saya tak berapa gemar berkongsi sesuatu perkara yang tidak pasti.

"Nanti orang mengata pula, cakap saja lebih, tapi tak ada pun. Jadi lebih baik kalau dah tercapai baru saya kongsi dengan peminat," kata adik kepada pelakon Nur Risteena ini.

Bagus Ruhainies! Doa ibu bapa menjadi punca titik tolak kejayaan Ruhainies dalam bidang seni. Teruskan terbang tinggi! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 105
Komen

Previous : "Awak Sabar Ya," -Aliff Syukri Tampil Mahu Bantu Intan Liana Saleh

Next       : Mira Filzah Dan Vivy Yusof Macam Kembar Ke? Sampai Peminat Pun Tersilap

Komen Terbaru

Quote ReginaGeorge 12-3-2018 07:35 PM
Cash ke sis? Ke ccm macam kitaorang jugak? Pastikan bayar ikut due date eh..

Lain-lain Komen

Quote sharlenetexas 7-3-2018 01:14 PM
risteena tak simpan harta jugak ke?


Quote friedfishsoup 7-3-2018 01:17 PM
cari reporter pun credits -2?
Quote pukulrata 7-3-2018 01:28 PM
sharlenetexas replied at 7-3-2018 01:14 PM
risteena tak simpan harta jugak ke?

ke xde yg membela ?
Quote doubleA 7-3-2018 01:38 PM
pelakon baru kiranya sheols & janna nick la dah ada aset? wow. I wonder pelakon lama dan top lagi la sepatutnya ada aset jugak
Quote pngky 7-3-2018 01:43 PM
elok ler tu, beringat untuk hari tua
Quote rayna_raynes 7-3-2018 01:45 PM
Bukan dia ni mmg anak org berduit ke?
Quote palmolive 7-3-2018 01:46 PM
ooo..duk selayang dulunya
Quote kakiah12 7-3-2018 01:48 PM
Dia ni tah la sedaya upaya tiru gaya ND utk nampak cam ND..tp still takde aura.
Quote BookerT 7-3-2018 01:53 PM
baru beli je kan..belum habis bayar kan nyah? mak tengok mak hayam ni banyak berlakon drama rtm je nyah...tak sempat laku keras dah muncul ramai pelakon baru dari dfkl...macam tak percaya dia mampu beli property dan kerta mercedez nyah...
Quote mieymiey 7-3-2018 01:53 PM
Alhamdulillah.
Sebab hasil titik peluh penat lelah sendiri.
Quote zeitabaei 7-3-2018 01:54 PM
Pelik DIA ni, hidup mewah cuti overseas je, handbag mewah , berlakon xda la byk mana. Banyak naw income eh . .btl ke XDa daddy Manis?
Quote Orgkgdukobesi 7-3-2018 02:07 PM
Bagus beli hartanah muda2 ni
Quote melinda_kerr 7-3-2018 02:11 PM
beli cash beli hutang? kalau buat loan sampai 30 tahun takyah gebang masuk
gossip news lah.
Quote hotmak 7-3-2018 02:15 PM
wow hebat ke income pelakon ni sampai mampu beli rumah bagai, kalau dia ni level2 pelakon A list tak hairan lah, kira kuat menyimpan duit jgk lah ye
Quote munchkin 7-3-2018 02:40 PM
alhamdulillah tahniah ruhainies. jangan tiru nora ok.
Quote Burong_Hantuk 7-3-2018 02:45 PM
bagos lah.usah rampas suami orang sudah lah yer
Quote GigaMom 7-3-2018 03:01 PM
Apapun ai respect anak yg nk bawa mak ayah tgal sama2
Quote PongKang 7-3-2018 03:08 PM
melinda_kerr replied at 7-3-2018 02:11 PM
beli cash beli hutang? kalau buat loan sampai 30 tahun takyah gebang masuk
gossip news lah.

ntah2 ada sugar dady...
Quote shailyvelera 7-3-2018 03:14 PM
rezeki kau la dik oiii....akak sampai skang x mampooo beli umah..kemain mahallll

Lihat semua komen(105)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.069477s Gzip On
To Top