Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Bila Budaya 'Copy&Paste' Dianggap Biasa Pada Hari Ini..

26-2-2018 09:06 PM |Dilihat: 1306| Komen: 5

Dunia informasi bukan seperti dulu. Kini amat mudah untuk menulis dan menyalin teks orang lain lalu menyebarkannya semula atas nama sendiri. Ia kini popular sebagai Copy&paste. Manakala dalam istilah penulisan, ia disebut plagiat. Isu plagiat ini bukan baru tetapi dengan kemajuan teknologi, ia seperti mudah untuk dilakukan.

Daripada petikan, artikel, sajak, cerpen, novel dan bahan ilmiah, semuanya mempunyai risiko untuk diplagiat. Tahukah anda bahawa tindakan memplagiat itu sama seperti mencuri? 

Bagaimana mahu menulis tanpa plagiat?

Untuk menyalin idea orang lain, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan dengan betul dan beretika.

Foto: Mobile cuisine

1.Mencari poin penting dan mengolah semula
Hal ini adalah lumrah. Sesiapa pun yang menulis akan membuat beberapa rujukan daripada artikel atau karya oleh lain. Tidak salah mengambil poin penting dan mengolahnya mengikut gaya bahasa anda. Anda layak meletak nama anda sebagai penulisnya (contoh: Ditulis oleh Liza Ali).

2.Meminjam perkataan-perkataan bombastik dan menarik
Salah satu cara untuk menggayakan kosa kata anda ialah dengan membaca tulisan orang lain. Anda boleh kutip seberapa banyak perkataan yang bombastik dan menarik untuk digunakan semula dalam artikel anda. Anda juga layak meletakkan kredit nama anda sebagai penulisnya  (contoh: Ditulis oleh Liza Ali).

3.Mengambil petikan dalam bentuk ayat penuh
Dalam artikel ilmiah misalnya, adalah menjadi lumrah mengambil petikan penuh dalam beberapa ayat atau paragraf daripada tulisan atau buku orang lain. Bagaimanapun anda perlu meletakkan nombor  (jika banyak petikan) dan nota kaki untuk mencatatkan sumber petikan yang anda pinjam itu. Sumber tersebut bermaksud nama pengarang, tajuk buku dan tahun diterbitkan. 

4.Mengambil sepenuhnya tulisan orang lain (C&P)
Makin ramai yang berani melakukan hal ini secara terbuka. Jika tidak mahu dituduh memplagiat, sila letakkan kredit nama penulis asal iaitu: Petikan daripada Si Polan bin Si Polan (contoh). Dengan membiarkan artikel itu tanpa kredit penulis asal, menjadikan seolah-olah anda penulisnya. Awas, anda boleh disaman.

5.Menterjemah atau menyusun semula tulisan
Menulis artikel terjemahan dan susunan semula dengan mencantikkan bahasanya atau meringkaskan sedikit tulisannya, tetap tidak melayakkan anda mengakui bahawa anda adalah penulis asal. Masih ramai yang salah faham dalam hal ini termasuklah di kalangan penulis baru. Sila letakkan kredit nama anda seperti ini: Disusun oleh Liza Ali (contoh). 

Foto: Prepostseo

Dengan beberapa contoh yang diberi di atas, saya harap dapat membantu anda untuk lebih bertanggung jawab terhadap artikel yang anda tulis atau gunakan. 

Bagi kes nombor 3&4, diharamkan anda menyertai mana-mana pertandingan kerana artikel tersebut bukan artikel atau karya anda. Anda adalah pembohon besar jika anda menghantar artikel atau karya orang lain dengan mendakwa ia tulisan anda. 

Jika anda menang, karya anda akan dipertikaikan dan kemenangan anda akan ditarik balik. Di mana anda mahu letakkan muka anda? Itu pun jika anda masih ada maruah (maaf cakap). 

Saya akan kupas tentang Akta Hak Cipta 1987 dan bagaimana mahu memohon maaf dalam artikel akan datang.

Fikirlah dahulu sedalam-dalamnya sebelum anda mula menulis kerana tanggungjawabnya berat. Semoga anda mampu menjadi insan yang bermanfaat. Salam hormat. 

Liza Ali
Facebook: Liza Ali
www.123mamanet.com

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Reply: 5
Komen

Komen Terbaru

Quote cairel_azlie 28-2-2018 03:31 PM
zaman sekarang kat malaysia semua orang nak survive...depa sanggup buat apa sajer...haha

Lain-lain Komen

Quote aku_statik 26-2-2018 09:12 PM
Terima kasih atas perkongsian madam
Quote chinta89 28-2-2018 08:19 AM
nice info            
Quote Kak-Leen 28-2-2018 09:02 AM
Akak pernah sentap bila ada kawan ni dia c&p post akak sebiji2 selepas seminit dia like post akak tu.. Dia ni mmg suka c&p and claimed its hers. Buat malu je cikgu mcm tu.. Kalau anak murid meniru karangan kawan dia, kau pandai lak nak marah budak tu!
Quote Artemesiaa 28-2-2018 02:55 PM
Betul ramai je buat cam ni sebab gigih nak dapat banyak like
Quote cairel_azlie 28-2-2018 03:31 PM
zaman sekarang kat malaysia semua orang nak survive...depa sanggup buat apa sajer...haha

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041597s Gzip On
To Top