Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bakar Rumah Mertua Sebab Isteri Tak Nak Balik

26-2-2018 10:09 AM |Dilihat:1502| Komen: 11
Seorang lelaki bertindak membakar rumah bapa mertuanya dengan membaling botol berisi petrol.

Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di Kampung Melikai, Menumbok, Beaufort, pada jam 10.05 malam Khamis lalu. Difahamkan, suspek, 34, bertidak demikian akibat berang selepas isterinya enggan pulang ke rumah.

Kejadian menyebabkan pintu rumah dan kerusi terbakar, manakala lapan penghuni termasuk isteri dan dua anak suspek bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan.


Foto: BH Online

"Ketika pengadu (isteri suspek) menonton televisyen bersama kakaknya di rumah bapa mereka, tiba-tiba terdengar pintu dibaling sebelum api marak menyebabkan mereka menjerit dan berlari keluar untuk memadam kebakaran.

"Tiada sebarang kecederaan berlaku ke atas semua penghuni di rumah itu dan api berjaya dipadam," kata Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak.

Tambahnya, hasil pemeriksaan di lokasi menemui dua botol berisi petrol.

"Hasil soal siasat ke atas saksi mengatakan melihat seorang lelaki yang dikenali datang ke rumah pengadu 9.50 malam dalam keadaan mencurigakan. Lelaki itu adalah suami kepada pengadu.

"Siasatan lanjut mendedahkan pengadu dan suaminya mempunyai masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian.

"Suspek sebelum ini pernah memukul isteri dan mengugut untuk mati bersama jika tidak mahu pulang bersama suspek," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chinta89 27-2-2018 10:58 AM
mmg patut bini ko x mo balik oiiii

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 26-2-2018 10:45 AM
padan la bini nak cerai tak mo balik..
Quote cutieslilies 26-2-2018 10:54 AM
nasib  baik laa nak bercerai..kalau gini gayanya..mau mati kene bunuh ngan laki...
Quote MarryPottet 26-2-2018 11:22 AM
jantan hanat ni bila dah jatuh hukum nanti, jangan dihantar ke penjara tapi dihantar ke zoo. bagi dia duduk satu cage dengan harimau atau buaya
Quote gaara_X 26-2-2018 11:36 AM
memalukan kaum je mamat nie....
Quote Aerhys 26-2-2018 11:40 AM
Eloklah diceraikan sahaja lelaki mental seperti ini. Syabas kepada pihak isteri tersebut kerana berani mempertahankan hak sebagai manusia, wanita dan isteri. Semoga bertabah dan dipermudahkan urusan.
Quote Joannalee 26-2-2018 11:56 AM
Nak mati , mati je La sendr nk mati sama2 x dpt pg bakar Rumah org. Mmg radar jatan x gune
Quote ~boolean 26-2-2018 12:02 PM
Masuk penjara pun berapa tahun sangat...dah keluar buat khianat lagi dan lagi...kasi pancung terus
Quote missDollie 26-2-2018 02:21 PM
Mujur dia selamat kan diri dulu..
Quote cewekbopot 26-2-2018 02:37 PM
lahanat jua banar!
Quote chinta89 27-2-2018 10:58 AM
mmg patut bini ko x mo balik oiiii

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.097822s Gzip On
To Top