Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Mirip Azizulhasni, Shaheizy Sam Bawa Watak The Pocket Rocketman

20-2-2018 03:41 PM|Oleh: Suzy | Dilihat: 1222| Komen: 11

Foto : Astro Gempak
Akhirnya tanda tanya siapa yang akan menerajui watak utama filem biografi berkisar pelumba basikal negara terjawab apabila pengarah Raja Mukhriz Raja Ahmad mengumumkan pelakon versatil, Shaheizy Sam memikul watak tersebut. 

Filem itu akan diterbitkan oleh UniTalent Sdn Bhd dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama syarikat pengurusan Azizulhasni, ThreeSixty Management.

Foto: BHarian Online
Pengarah filem yang akan menelan belanja RM6 juta itu menyambut baik respon yang diberikan oleh Sam yang kelihatan sangat bersemangat untuk menjayakan watak Azizul. 

“Saya akui Sam seorang pelakon yang baik. Malah, kalau hendak dilihat daripada sudut fizikal tidak dinafikan dia paling mirip dengan Azizul.

“Cuma dalam situasi sekarang secara psikologinya pihak produksi masih dalam proses membuat penyelidikan dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan,” katanya.

Menurut Raja Mukhriz lagi, Sam adalah pilihan yang tepat untuk menjayakan watak Azizul dari  sudut kemampuan bakat dan lakonannya.

“Saya beberapa kali melihat gambar Sam dan Azizul, mereka hampir sama. Dari sudut fizikal pula, tidak banyak sangat perkara perlu diubah.

Foto: Astro Gempak
Menurut Mukhriz lagi, pihak penerbitan turut mengadakan sesi ujibakat bagi membuka ruang dan peluang kepada semua pihak termasuk penerbit sendiri agar apa yang mahu dilakukan tepat.

Sewaktu sidang media pengumuman filem biopik Azizulhasni Awang berlangsung minggu lalu, beberapa rakan media mencadangkan agar pihak penerbit melamar Sam memandangkan kedekatan ada pada aktor itu dengan jaguh lumba basikal velodrom negara itu. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 11
Komen

Previous : Drama Rantaian Promosi Pedofilia?

Next       : Chadwick Boseman Belajar Silat Untuk Black Panther

Komen Terbaru

Quote SayangSalmah 16-4-2018 03:25 PM
sam mampu bwak mcm2 jenis karakter...hope film ni menjadi

Lain-lain Komen

Quote mieymiey 20-2-2018 03:46 PM
Raja Mukhriz Raja Ahmad mengumumkan pelakon versatil, Shaheizy Sam memikul watak tersebut

pihak produksi masih dalam proses membuat penyelidikan dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan


Sorang kata dah confirm. Lagi satu masih dalam proses?
Quote BookerT 20-2-2018 03:48 PM
mak hayam shalin zulkifli yang living legeng tu pun tak ada wayang biografi dia nyah...
Quote nunuiman 20-2-2018 03:54 PM
kalau shalin mungkin haliza misbun paling mirip kot
Quote paz 20-2-2018 03:57 PM
All Rasid dari yogaonethatiwant tu lagi mirip. Tapi dia bukan pelakon kan.
Quote goss79 20-2-2018 04:18 PM
nape i rasa x berapa mirip pong..
Quote Mary_jane 20-2-2018 04:22 PM
I tak kenan kalau shaheizy ni berlakon. So next.
Quote tomaz 20-2-2018 04:24 PM
Baik ambik shafie naswip. Muda lg. Kuat lg nak merempit basikal
Quote lonso 20-2-2018 04:24 PM
okeylah asal bukan kayu... turn off kalo kayu mayu...
Quote giyomi 20-2-2018 05:50 PM
hurmmm...selain isu pelakon, pilem2 biografi cengini ada ker nak penuhkan panggung???
Quote kiambang 20-2-2018 06:34 PM
Aku prefer tuan punya badan yang berlakon ... mana tau watak terpendam ...
Quote SayangSalmah 16-4-2018 03:25 PM
sam mampu bwak mcm2 jenis karakter...hope film ni menjadi

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.037035s Gzip On
To Top