Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Disangka Amal Sihir, Lelaki 'Sembelih' Nenek Tiri

14-2-2018 02:16 PM |Dilihat:1837| Komen: 12
Lelaki penghidap masalah mental 'paranoid schizophrenia' mengelar leher nenek tirinya kerana menyangka mangsa seorang 'perempuan sihir'.

Portal Metro melaporkan, Jonathan Griffiths, 23, mengaku bersalah membunuh Janice Griffiths, 59, di kediaman mereka di Taffs Well berhampiran Cardiff pada 12 Jun 2017.



Mangsa yang juga dikenali sebagai Rose merupakan penjaga Jonathan yang sah dan membesarkannya sejak dia bayi lagi.

Hakim Eleri Rees berkata, ia merupakan sebuah insiden tragis kerana mangsa maut di tangan lelaki yang 'ditatangnya bagai minyak yang penuh'.

Pendakwa raya Michael Jones QC berkata, sebelum kejadian tukang pasang karpet Dennis Martin Jones yang tiba untuk memasang karpet berasa tidak selesa dengan sikap pelik ditunjukkan Jonathan.

Dennis kemudian cuba membantu selepas terdengar mangsa menjerit meminta bantuan apabila diserang cucunya ketika sedang duduk di atas sofa.

Rose meminta Dennis menghubungi talian kecemasan selepas tertuduh mengelar lehernya dengan pisau sepanjang 18.7 sentimeter.


Foto: Metro

Tertuduh bergelut dengan Dennis yang cuba menariknya daripada mangsa dan meneruskan serangannya dengan memulas leher mangsa seolah-olah cuba mematahkannya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Universiti Wales di Cardiff dengan ambulans udara, namun meninggal dunia keesokannya akibat kecederaan serius pada otak.

Ketika ditahan, Jonathan yang didakwa mengalami halusinasi dan menggumamkan petikan dari Bible memberitahu anggota polis bahawa dia mahu 'memenggal' kepala mangsa kerana 'mengamalkan sihir'.

Jonathan kini ditahan di Hospital Ashworth, Liverpool. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
10
Terkejut
4
Sedih
6
Lawak
1
Bosan
5
Komen: 12
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chazey 19-2-2018 08:43 AM
samasam90 replied at 14-2-2018 09:02 PM
ummah kokesen masih ada yg purrcaya sihir?? ingatkan kat thailand ala2 cerita hantu cikgu makan dagi ...

Deyols lagi taksub dengan witchcraft segala ni. Tu belum kira ummah yang sembah syaiton, literally.

Lain-lain Komen

Quote multinicky 14-2-2018 03:41 PM
ohhh ginger!!
Quote Burong_Hantuk 14-2-2018 04:16 PM
ini amat menyedihkan dan menakotkan
Quote jazaa100 14-2-2018 05:16 PM
Kuss semangat....nasib baik kat luar negeri.....

aku  ingatkn kat N9 le tadi....
Quote kroit92 14-2-2018 08:54 PM
mental illness.. kesian..
Quote matamata 14-2-2018 09:00 PM
Beautiful Mind
Quote samasam90 14-2-2018 09:02 PM
ummah kokesen masih ada yg purrcaya sihir?? ingatkan kat thailand ala2 cerita hantu cikgu makan daging anak murid yg menyihir nya. .
Quote Artemesiaa 15-2-2018 12:49 PM
Kat mana2 negara dan bangsa sama je ada je yang jenis gila isim dan sanggup bertindak kejam cam dia ni
Quote Dwdrum 17-2-2018 09:53 AM
Kalau berlaku di zaman dahulu ... Darjat beliau akan di angkat
Quote edee_91 17-2-2018 12:04 PM
Dwdrum replied at 17-2-2018 09:53 AM
Kalau berlaku di zaman dahulu ... Darjat beliau akan di angkat

menjadi nabi.          

Quote yangsemb 18-2-2018 01:14 PM
Bahayanya...& takziah to keluarga mereka {:question
Quote Ferr_Remy 19-2-2018 08:32 AM
Plot twist, sbenarnye betul. Klu tgk movie, biasenye kes2 cmni end up yg pembunuh tu yg giler sbb no one x prcaya sihir tu wujud hahahahaha.
Quote chazey 19-2-2018 08:43 AM
samasam90 replied at 14-2-2018 09:02 PM
ummah kokesen masih ada yg purrcaya sihir?? ingatkan kat thailand ala2 cerita hantu cikgu makan dagi ...

Deyols lagi taksub dengan witchcraft segala ni. Tu belum kira ummah yang sembah syaiton, literally.

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.081809s Gzip On
To Top