Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

“Pontianak Tu Pakai Baju Sama Macam Saya” – Fazura

14-2-2018 11:54 AM|Oleh: Suzy| Komen: 16

Nampaknya cerita tentang Remy Ishak yang sering ternampak kelibat Pontianak di set penggambaran bukanlah hanya omongan kosong. 

Semasa menjalani penggambaran The Legend of Pontianak, watak utama filem tersebut, Fazura turut mengakui pernah ternampak makhluk halus itu. 

Menurut Fazura, ini adalah pengalaman pertama melihat sendiri kelibat makhluk yang dikatakan jelmaan wanita hamil meninggal dunia itu. Pengalaman mistik ini juga mengganggu fikirannya dan mengakui dia berasa takut. 

“Memandangkan kali pertama melihat perkara mistik sebegini memang menakutkan, ketika itu saya sedang makan dengan kru yang lain, dan puntianak itu berada jauh di belakang saya mengenakan pakaian yang sama seperti saya. Rambutnya panjang dilepaskan ke depan.

“Memang banyak kejadian mistik yang berlaku sebenarnya sepanjang penggambaran filem ini. Malah “dia” turut memerhati tetapi tidak mengganggu,” kongsinya.

 
Foto: ig missfazura

Sementara itu, berbicara mengenai filem untuk tayangan layar kaca Janji Zehan, Fazura menjelaskan kisah ini memberikannya peluang mempelajari satu lagi budaya baru.  

 “Jalan ceritanya juga berbeza tambahan ia menampilkan dua budaya dalam sebuah cerita.

“Ini juga merupakan kali pertama saya ke Iran, merupakan sebuah negara yang indah,” jelas Fazura yang memegang watak bernama Zehan.

Janji Zehan mengisahkan tentang percintaan dua individu yang baru berkahwin dan berbeza latar belakang, bahasa serta budaya. Ia diarahkan oleh Bernard Chauly dan Zabrina Fernandez. Antara nama lain yang terlibat adalah pelakon dari Iran iaitu Amir Rezazadeh. 

Fazura bersama pengarah Bernard Chauly. Foto: ig missfazura
Filem ini mengambil latar sepenuhnya negara Iran iaitu Shiraz, Kota Persepolis dan bandar tertua Yazd. Ia disiarkan mulai hari ini 14 Februari  menerusi saluran Astro First Eksklusif (480). - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
13
Terkejut
20
Sedih
18
Lawak
9
Bosan
9
0
0
Komen: 16
Komen

Previous : Iqram Dinzly Nak Ceroboh Persembahan, Nyaris Kena Tumbuk Dengan Altimet

Next       : Netizen Tak Puas Hati Faezah Elai Kata Travel Banyak Lebih Bijak Dari Belajar Tinggi

Komen Terbaru

Quote alexandria_iz 17-2-2018 09:26 PM
Serammm ooi mistik2 nie.  Nmpak plak depan mata.  Adoyaiii.

Lain-lain Komen

Quote chauky314 14-2-2018 11:56 AM
kenapa tak campak kat board derang je, kan ada board masing2
Quote Thanatus 14-2-2018 12:07 PM
dah dibincangkan kat thread pontianak sub-board sanaa tuu.

CARI buat sub-board untuk diaorg, tapi cari editor jugaklah yg gigih buat thread kat BG nii.
Nak kejar KPI ke hapa nii? Kosser
Quote mieymiey 14-2-2018 12:07 PM
Dah cerita tu memang pasal dia, so dia muncul la
Quote AbukRokok 14-2-2018 02:18 PM
dia sakit hati..buat citer dia tapi xajak dia berlakon
Quote manehnya 14-2-2018 02:57 PM
kak pon nk tengok takat mana je leh copy dia
Quote msdummy.2018 14-2-2018 03:24 PM
kak pon nk tau siapa lagi lawa. kak pon ker kak faz...hihihiihh
Quote giyomi 14-2-2018 03:53 PM
sudah2lah publisiti murahan. Asik citer camne jer dari dl smpi skrng kekonon terlihat kelibat itu ini tuk lariskan pilem...
Quote mizruncing 14-2-2018 05:15 PM
serius npk dgn mata pn blh takut mcm tu je? mcm x logik je
Quote jebatmaspunyer 14-2-2018 05:57 PM
mizruncing replied at 14-2-2018 05:15 PM
serius npk dgn mata pn blh takut mcm tu je? mcm x logik je

saya pernah nampak pocong kat ladang kelapa sawit.. nampak jer, pocong tu bukan dekat ngan saya pun tapi perasaan seram ngan takut tu mmg real..  That's the first and I hope the last time saya nampak benda2 cam tu.. nauzubillahiminzalik dari terjebak ngan alam2 mistik ni...
Quote kambinggila 14-2-2018 07:20 PM
AbukRokok replied at 14-2-2018 02:18 PM
dia sakit hati..buat citer dia tapi xajak dia berlakon

haha yang ni boleh buat tersembur air kopi
Quote MyNameIsIris 14-2-2018 11:07 PM
Kak lang cantik auuwww{:love
Quote Zuzu75 14-2-2018 11:16 PM
Waktu aku kat uitm dulu pernahla nampak dr bilik  aku yg tingkap 4 ada perempuan terjun dr bumbung.....haaaa xpasal2 tringat kisah2 angker asrama
Quote biozipstar 15-2-2018 03:56 PM
kat asrama dulu, ada orang ketuk tingkap aku. tapi aku kat tingkat 2... huhu
Quote Minami2013 15-2-2018 04:39 PM
Biase kalo berlakon cinta hantu mmg kena dpt feel seram tu kot... tu yg muncul cik pon...

Anyway, cite baru arahan bernard chauly selalunya tak mengecewakan... dgn view yg cantik2... looking fwd nk tgk cite ni... i suke fazura dlm manisnya cinta di cappadocia...
Quote balakkampung 17-2-2018 04:18 PM
bila kuar citer pontianak ni?...gambar kaka faz dgn nadia aqilah ker tu?..wahh beza betul size kepala...
Quote alexandria_iz 17-2-2018 09:26 PM
Serammm ooi mistik2 nie.  Nmpak plak depan mata.  Adoyaiii.

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top