Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Bertambah Malas Kalau Ada 'Selipar Susun Sendiri' Seperti Ini, Setuju?

14-2-2018 10:38 AM|Oleh: Has | Dilihat: 965| Komen: 3

Tak dapat dinafikan, teknologi serba canggih hari ini sedikit sebanyak memicu kemalasan di kalangan orang ramai. Memang nampak berguna, namun jika dilihat dari sisi negatif ia membuat kita menjadi terlalu bergantung pada teknologi. Rasa macam 'tak hidup' kalau semua kena dilakukan secara manual.

Malah, nak susun selipar atau kasut di luar rumah pun kadang-kadang terasa malas, kan?


Foto: Ichinoyu.co.jp

Terkini, dunia diperkenalkan dengan sistem untuk menyusun selipar secara automatik. Wow! Semakin hari semakin banyak benda yang diciptakan bagi memudahkan lagi kerja manusia. Memetik TheDrive.com, anda hanya perlu duduk dan lihat sahaja teknologi canggih ini bergerak dengan sendirinya.





Macam mana dia susun?



Foto: Hindi.catchnews.com

Bagi memberikan pengalaman yang baru dan unik, Nissan mengeluarkan alat yang boleh bergerak sendiri seperti 'Selipar Susun Sendiri'. Bukan itu sahaja, meja dan juga kusyen lantai turut menggunakan teknologi sama untuk memberi keselesaan kepada pengunjung di ProPilot Park Ryokan di Kahone, Jepun. Macam cerita 'dongeng' saja, semuanya bergerak sendiri!


Foto: Erabaru.com.my

Foto: Startitup.sk

Di sana, pengunjung akan diberi layanan istimewa dengan menggabungkan teknologi dilengkapi alat pengesan dan kamera canggih.


Foto: Carnichiwa.com

Teknologi seperti ini memudahkan pekerja di hotel kerana ia memiliki fungsi persis kereta keluaran Nissan dimana selipar tersebut akan berada dalam keadaan pegun apabila digunakan dan kembali ke 'tempatnya' apabila ia tidak digunakan dengan hanya menekan suis disediakan.


Foto: Motor1.com

Ciptaan seperti ini barulah memberi kelainan dan keselesaan kepada pengguna berbanding fesyen terkini yang mengarut seperti kasut bergigi dan berbulu. Betul tak? 

Alangkah bagusnya jika masjid dan surau menggunakan teknologi begini. Tiada lagi selipar yang berserakan di luar masjid. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
7
Terkejut
4
Sedih
5
Lawak
6
Bosan
1
Komen: 3
Komen

Previous : Emoji - Nampak Je Comel Tapi Jangan Salah Guna, Nanti Lain Jadinya..

Next       : Masyarakat Cina Sanggup Guna Ini Untuk Tarik 'Ong', Pelik Juga Bila Tahu

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 14-2-2018 12:14 PM
Sesuai buat hotel atau pusat spa sebab mereka ni banyak sediakan selipar rumah cam ni pelanggan pun selalunya ramai.  

Lain-lain Komen

Quote nadna 14-2-2018 10:50 AM
Teknologi terlalu pantas
Quote mzzenma 14-2-2018 11:15 AM
Kalau macam mzz ada 4 pasang kasut je nak pakai teknologi ni memang kena duku kepala..pemalas nau..
Quote Artemesiaa 14-2-2018 12:14 PM
Sesuai buat hotel atau pusat spa sebab mereka ni banyak sediakan selipar rumah cam ni pelanggan pun selalunya ramai.  

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.052808s Gzip On
    To Top