Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Suarez - Sesuai Atau Tidak?

13-2-2018 11:57 AM |Dilihat: 3479| Komen: 15


Baru baru ini ada video dinaikmuat yang memaparkan bintang bolasepak Barcelona Luiz Suarez menjamu selera makanan Malaysia. Dalam klip video dua minit itu, Suarez  kelihatan makan atau lebih tepat, menjamah roti canai, sate, char koay teow, nasi lemak dan popia.

Dan Suarez beri thumps up untuk semua hidangan itu.Tasty katanya dalam video itu.Really good,really, katanya lagi. Dan sajian yang paling disukainya? Nasi lemak.

Klip video itu ialah sebahagian promosi Malaysia Truly Asia, kempen untuk menarik pelancong melawat Malaysia. Seperti yang ramai tahu, Tourism Malaysia telah memeterai perjanjian selama satu tahun dengan Suarez bagi mempromosi pelancongan Malaysia.

Foto: Youtube
Bermakna Suarez ialah Duta Tourism Malaysia. Jumlah bayaran untuk Suarez tidaklah diketahui .Tentunya lumayan kerana kita semua maklum super star seperti Suarez tidak mungkin akan menerima offer yang tidak tinggi nilainya pada sudut kewangan. Namun bukan itu yang ingin dipersoalkan.

Yang diketengahkan ialah soal kesesuaian Saurez dijadikan duta pelancongan Malaysia. Kita tahu ketika Tourism Malaysia mengikat perjanjian dengan bintang Barcelona itu ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang menyatakan mereka tidak setuju.

Mungkin mereka penyokong Liverpool yag masih dendam terhadap Suarez kerana meninggalkan kelab kesayangan mereka dan berpindah ke Barcelona. Oops maaf -cuma gurauan.
 
Seriously, yang tidak senang dengan pemilihan Suarez berpendapat dia tidak sesuai dijadikan duta pelancongan  Malaysia kerana tahap disiplinnya di atas padang". Mereka merujuk insiden gigit membabitkan Suarez.

Foto: youtube
Ketika mewakli negaranya Uruguay pada kejohanan Piala Dunia 2014, Suarez menggigit lengan pemain Itali Giorgio Chiellini. Sila google atau tonton youtube untuk imbas kembali. Dan beliau pernah juga gigit bahu dan tangan pemain lawan semasa bermain untuk Ajax pada tahun 2010 dan Liverpool pada tahun 2013.

Lalu golongan yang tidak setuju Suarez dijadikan duta pelancongan Malaysia berkata pemain yang bertindak kasar terhadap lawan dalam permainan bolasepak is not a role model dan tidak mungkin boleh menarik minat pelancong. Sebaliknya kata mereka boleh membawa aib terhadap negara. Imej Malaysia terjejas menurut  mereka.

Untuk menguatkan hujah, mereka turut merujuk cara permainan agresif Suarez khususnya  gelagat atau tipu helah pemain itu mendapatkan sepakan penalti. Suarez tetap mempertahan cara dia bermain bolasepak. Tak usah kita bincangkan itu kerana ini bukan rencana khusus  bola sepak.

Oo ya. Ada juga yang berpendapat Suarez  tidak handsome untuk diangkat sebagai sebagai duta sambil  merujuk kepada David Beckham yang walaupun usia lebih tua daripada Suarez tetapi lebih kacak.  Anyway ,Tourism Malaysia mempertahankan langkah mereka melantik Suarez sebagai duta pelacongan negara. Tourism Malaysia yakin Suarez punya daya tarikan and can do the job.

Foto: The Star
Dan tidak kurang  juga rakyat Malaysia yang setuju dengan Tourism Malaysia. Jadi C adakah pilihan Tourism Malaysia langkah tepat? Mungkinkah Suarez akan berjaya memujuk pelancong  datang berbondong-bondong ke Malaysia? 

Tidak dinafikan watak  duta amat penting dalam kempen pelancongan. Pun begitu Tourism Malaysia khasnya dan kementerian pelancongan amnya wajib memberitahu dunia apa yang Malaysia have got to offer. Jangan bergantung harap kepada duta semata mata.

Tak kiralah duta itu Suarez atau Jennifer Lopez, Angelina Jolie, Beckham. Lebih penting ialah layanan, sajian dan hidangan kepada pelancong yang datang.

Apabila mereka puas hati, mereka akan datang lagi. Dan mereka akan ajak kenalan datang juga. Sekali gus mereka jadi duta pelancongan Malaysia. 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
8
Marah
8
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
2
Reply: 15
Komen

Komen Terbaru

Quote iloveselangor 17-2-2018 08:43 AM
So dramatic kannnn.

Lain-lain Komen

Quote gekkou 13-2-2018 12:37 PM
terpaksa kata sedap sebab dah jadi duta
walau hakikat tak kena dengan tekak


#donemembawang
Quote zorrro_03 13-2-2018 12:44 PM
kelim cepat.....
Quote Skuau 13-2-2018 12:45 PM
dia gigit sate tu....
Quote dodifarid 13-2-2018 01:03 PM
Waduh segala makanan suarez makan itu milik indon aslinya telah dicipta di jabar
Quote idril 13-2-2018 01:19 PM
ok je suarez ...
Quote batmana 13-2-2018 01:23 PM
china amik jackie chan jadi duta
malaysia lak amik org cmni

igt 90% penduduk malaya ni kokusen ke apa?
Quote misc 13-2-2018 01:27 PM
biarlah dah rezeki dia jadi duta. At least dia gigit sate malaysia bukan gigit telinga org ke aper
Quote zulka 13-2-2018 04:27 PM
haha.... lawak
Quote irwansuhadi 13-2-2018 05:13 PM
kenapa tak panggil christiano ronaldo je?
Quote ultra78 13-2-2018 06:00 PM
Samalah konsep dengan duta produk.
Quote rosasen 14-2-2018 02:53 PM
mcm tak seswai...tahler
Quote precious_chicas 17-2-2018 07:52 AM
tapi mmg betul sate dan Nasik lemak mmg foreigners suka sangat2 makan.
Quote revolusi_30 17-2-2018 08:19 AM
Baik amik Michelle Yeoh dari Suarez.....atleast Chinese Mainland duit berkepok....suka buang duit shopping berbanding kokesen backpaker....duduk pun hotel cokia....chinese mainland bawa RM berkotak2 cash lg...
Quote Otaku85 17-2-2018 08:38 AM
Org hispanic mesti tahan mkn pedas
Quote iloveselangor 17-2-2018 08:43 AM
So dramatic kannnn.

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045439s Gzip On
To Top