Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Anggota Polis Didakwa Raba Kemaluan, Peras Ugut

13-2-2018 10:19 AM |Dilihat:582| Komen: 1
Seorang konstabel polis didakwa melakukan cabul dan peras ugut terhadap sepasang kekasih di Seri Iskandar, kelmarin. 

Harian Metro melaporkan polis berusia 29 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan terhadap dakwaan tersebut. 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, pasangan kekasih berusia 20 tahun itu membuat laporan polis mendakwa diperas ugut RM700 oleh suspek, selain pelajar wanita terbabit turut dicabul.

Kejadian dipercayai berlaku apabila pasangan kekasih terbabit ditahan kerana didapati berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di dalam kereta di tepi jalan berkenaan.

Siasatan awal mendapati seorang anggota polis yang di luar waktu bertugas dan tanpa pakaian seragam dipercayai melalui kawasan terbabit bertindak memeriksa pasangan itu sebelum mendapati ada perlakuan salah.

Pasangan kekasih berkenaan diminta mengikut lelaki itu ke balai polis, namun sebaliknya suspek membawa mereka ke sebuah restoran bagi berbincang untuk menyelesaikan kes terbabit, katanya.

Foto Carian internet
Katanya lagi, anggota polis itu meminta wang RM700 kononnya bagi menyelesaikan hal tersebut. 

Dalam pada itu, anggota polis berkenaan kemudian dikatakan menghantar pulang penuntut wanita terbabit ke pusat latihan kemahiran bersendirian menaiki kereta, dan didakwa bertindak meraba kemaluan wanita terbabit. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 1
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote chinta89 13-2-2018 03:42 PM
anggota polis berkenaan kemudian dikatakan menghantar pulang penuntut wanita terbabit ke pusat latihan kemahiran bersendirian menaiki kereta, dan didakwa bertindak meraba kemaluan wanita terbabit.


dh tu pakwe dia mana????

Lain-lain Komen

Quote chinta89 13-2-2018 03:42 PM
anggota polis berkenaan kemudian dikatakan menghantar pulang penuntut wanita terbabit ke pusat latihan kemahiran bersendirian menaiki kereta, dan didakwa bertindak meraba kemaluan wanita terbabit.


dh tu pakwe dia mana????

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051534s Gzip On
To Top