Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bibir Melecur Teruk, Ibu Tiri Paksa Minum Air Panas Menggelegak

13-2-2018 10:06 AM |Dilihat:1052| Komen: 18
Bibir seorang pelajar darjah satu sebuah sekolah kebangsaan di Lenggeng, Negeri Sembilan melecur selepas dipaksa minum air panas yang masih menggelegak.

Berita Harian melaporkan, tindakan kejam tersebut dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya, sehari selepas mangsa yang juga anak bongsu dihantar pulang oleh ibu kandungnya.

Ibu kandungnya, Nurul Dahlia Jaafar berkata, "Semasa saya hendak menjemputnya bercuti di rumah, saya dapati terdapat kesan melecur di seluruh bahagian bibir anak saya.

"Apabila saya bertanyakan punca kesan lecur itu, anak saya memberitahu dia dipaksa minum air panas yang sedang menggelegak."

Foto: Berita Harian
Dia kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur pada hari sama sebelum membuat laporan polis.

"Hati ibu mana yang tidak sayu apabila anak kandungnya sendiri diperlakukan sedemikian rupa oleh individu yang tidak bertanggungjawab selain tidak dapat memberikan kasih sebagai seorang ibu.

"Sebelum ini, apabila saya membawa anak ketiga dan bongsu (mangsa) ke rumah, mereka akan berasa sangat gembira, tapi ketika hendak menghantarnya kembali ke rumah suami, semua anak-anak saya menangis dan minta tidak dihantar kembali ke sana," tambahnya. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
4
Komen: 18
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote zonan4 13-2-2018 10:50 AM
kat forum ni tak leh nak post fb mak tiri dia ... kang jadi kes polis .... kalau tak blh hencap berjemaah...

Lain-lain Komen

Quote mahalnya 12-2-2018 08:37 PM
Masi ramai lg mak tiri jahat la ni rupanya
Quote iloveselangor 12-2-2018 09:05 PM
Nasib baik ibu nya bijak....

Kalau tak mati budak tu
Quote white_musk 12-2-2018 09:06 PM
Bapak dia mana?  Beginilah lelaki melayu satu sen pun tak guna.
Quote wanitajelita 12-2-2018 09:08 PM
Betul sangat2...
Wj pernah buat laporan polis pasal anak tak dapat dari ex husband tapi takde penyelesaian dgn alasan ini masalah rumahtangga/peribadi katanya
Masalahnya kalau court case masih berjalan, pada masa yg sama ada masalah penderaaan atau penganiayaan, takkan nak tunggu hari Isnin nak pergi mahkamah ?
Dan ko tak tahu ke yg bekerja institusi2 agama ni camne.. maaf cakap la, tangguh kes sebab teknikal je sampai 4 bulan. Bila nak selesai?
Anak aku patutnya tahun 2018 dah boleh daftarkan dia join kelas karate/swimming/dll dah tak dapat
Sebab staff kaunter tu tak guide kitorang di Dewan yg betul. Dewan 4, rupa2nya Dewan 4 ada dua... hantu betul
4-5 orang parent buang masa dtg hari tu.. dan next bicara Bulan April ye.
Klu budak yg tengah didera, dah selamat mampus.
Fikirlah... yg kerja di mahkamah syariah ni. Kerajaan lantik korang bekerja utk serve rakyat, bukan nak berlagak dgn ijazah Islamic yg kau ada.
Tapi apa yg korang usahakan utk improve kan sosio-ekonomi ummah, dgn cara permudahkan & percepatkan urusan diorang utk mulakan hidup seterusnya.
Tengok masalah akak ni, siap kena masuk lokap sementara kes tengah berjalan.
Mula2 air panas menggelegak, pastu apa pulak...baling kerusi? Buat la sesuatu... tak takut ke kena soal dlm kubur wahai pihak berkuasa?
Quote otai_g 12-2-2018 09:35 PM
Bila jd mcm ni rasanya watak johm crammer perlu ada.
Quote ice_sky92 12-2-2018 09:44 PM
Perlu ke nak bukak thread banyak kali?
Quote laili_nur 12-2-2018 09:45 PM
sila tuang balik air panas dlm mulut mak tiri gila tu blk
Quote white_musk 12-2-2018 09:51 PM
wanitajelita replied at 12-2-2018 09:08 PM
Betul sangat2...
Wj pernah buat laporan polis pasal anak tak dapat dari ex husband tapi takde penye ...

Yang penting cukop bulan duit masuk bank.  Ummah tunggang terbalik apa kisah.  Mati pun tak apa.
Quote onexox97 12-2-2018 10:19 PM
kalau nak jadi mak tiri jadilah yg baik2
kepada bakal mak tiri pada anak2 ku semoga anda buat baik ye
kalau tak masuk lokap la ye
Quote makita 12-2-2018 10:30 PM
Mak tiri ni x takut ke kalu ank kandung tgok mak dera abg n kakak tiri sejak kecil.
Apa nilai murni yg ank kandung dpt semasa membesar?
Quote whitePoison 13-2-2018 12:03 AM
kurang ajar betul..
Quote vanilla_vell 13-2-2018 12:15 AM
sampainya hati
Quote yayangmama 13-2-2018 09:31 AM
masih ramai lagi rupanya mak tiri cinderella

huhuhuh
Quote precious_chicas 13-2-2018 10:22 AM
mak tiri teruk sebegitu mmg sedia maklum dah....yg bapaknya membongak sangat dah kenapa.
Quote abangadek 13-2-2018 10:29 AM
kalau aku anak aku diperlakukan begini rupa mmg aku dah terajang sampai ovari kau meletop.. apa nak jadi lepas tu aku pikir kemudian.. org2 pejabat agama ni kalau aduan yang sampai dr pihak ibu/perempuan mmg mcm haramjadah sikit layanan.. kena tunggu anak tu mati dulu ya baru nak selesaikan kes.. babi hutan sangat
Quote krustykrab 13-2-2018 10:32 AM
wanitajelita replied at 12-2-2018 09:08 PM
Betul sangat2...
Wj pernah buat laporan polis pasal anak tak dapat dari ex husband tapi takde penye ...

biasa la sis, selagi lelaki yg pegang agama, mmg akan bias je....yg diorg tau menolak poligami bermakna menolak hukum dan berdosa...titik.
itu cara diorg menutup mulut perempuan.

bapa2 yg tak bg nafkah kat anak2, aman2 je hidup bebas sambil diulit bini baru...ibu2 tunggal yg memperjuangkan hak anak2 pulak ditahan lokap, di sisihkan tanpa bantuan....kdg aku rasa elok gakla siister in islam ke haper nama ngo tu berjuang utk wanita.

Quote Supersirap 13-2-2018 10:44 AM
sakit hati dengar cerita begini, tangkap sahaja ibu tirinya itu, apa masalah dia sampai buat tindakan tiada berhati perut
Quote zonan4 13-2-2018 10:50 AM
kat forum ni tak leh nak post fb mak tiri dia ... kang jadi kes polis .... kalau tak blh hencap berjemaah...

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.086242s Gzip On
To Top