Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Dari Makcik Bawang Boleh Bertukar Jadi Makcik Samurai - Pakar Psikologi

12-2-2018 04:07 PM |Dilihat:2002| Komen: 29
Tular video di laman sosial menunjukkan pergaduhan antara dua jiran sehingga menggunakan senjata seperti pedang samurai dan sebagainya.

Memetik laporan Astro Awani, perasaan iri hati mungkin menjadi penyebab kepada insiden tersebut. 

Seperti yang dikatakan oleh pakar Psikologi, Prof Puan Sri Dr Rohaty Mohd Majzub, ia sekali gus menunjukkan kelemahan semangat kejiranan dan sebarang unsur ugutan menunjukkan tahap keselamatan rendah di kediaman berkenaan.

"Kejadian mungkin disebabkan ibu bapa berkenaan yang sudah lama tidak berpuas hati dengan jirannya. Jiran itu mungkin ada televisyen lebih besar atau isu lebih besar yang dipendam sekian lama.

"Perbalahan antara jiran kini ada juga berpunca berlainan parti politik. Masalah antara anak-anak ini mungkin kecil tetapi dibesarkan oleh sikap ibu bapa. Dalam hal 'makcik samurai' ini jangan masalah membawa kepada kes kematian.

"Sekarang ini banyak ahli kejiranan suka bergosip serta mengumpat dan dikenali sebagai 'makcik bawang'. Perbuatan ini seumpama mengadu domba yang boleh menghancurkan keharmonian kejiranan," katanya kepada Astro AWANI.

Dr Rohaty mengulas insiden ibu bapa yang masuk campur dalam pergaduhan anak-anak di Dungun, Terengganu sehingga sebilah pedang samurai dikeluarkan.

Foto Facebook
"Selain itu makcik-makcik ini juga harus balik kepada hadis dan sunnah serta mengetahui hasad dengki dan mengumpat ini sesuatu yang mengaibkan.

"Penggunaan senjata seperti samurai ini tidak menyelesai masalah, jika ada kematian pasti ia akan menjadi isu yang lebih memudaratkan," jelasnya. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 29
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote rospinki 13-2-2018 10:39 AM
damian_lee replied at 13-2-2018 09:57 AM
I tinggal rumah landed ... Jiran aku selalu skodeng rumah aku sampai pukul berapa ahli dalam rumah ...

padan muka..jangan dilayan jiran penyebok mcm tu. siang malam sekodeng kita buat modal mesorat macik bawang besok. pernah ada jiran macamtu..mula2 pindah umah lama..kdg ternampak cermina tingkap dia mengintai kita keluar masuk..belum citer anak2 dia keluar masuk umah kita mcm sakai.
tu jam kita jenis ok lagi..tup2 dia yg aku gelar CNN (tukang bawa cerita kejiranan) sendiri kena tangkap dgn laki dia berehem2 ngan lelaki lain jadi kes polis depan umah aku jugak..sikit pun aku tk usik nk bertnaya..sebab aku malu sendiri..sebab masih jumpa dia..cuma skrg keadaan dia amat tidak memuaskan lepas diceriai lakinya..hanya menjual sayur kampung utk menyara hidup..kalau tak dulu sheol kaya dan eksen orgnya.

Lain-lain Komen

Quote iloveselangor 12-2-2018 04:09 PM
Tak suka kejiranan begini.

Tapi kalau orang Bugis bergaduh memang macam ni.

I tak suka!
Quote rospinki 12-2-2018 04:14 PM
jiran aku sorg tu..rumah dia tepi tangga je..sanggup dia ulang alik depan umah aku tiap hari semata nk sekodeng umah aku..jilaker punya manusia..lagi kau mengendeng lagi aku tak hingin nak tegur dia.

ada sekli tu terserempak dia kt lif..anak kecik dia mulut mcm acik bawang..tanya mcm2..dari situ aku dah saspek mak dia tu queen acik bawang

perangai manusia ni kan..kita memanglah nk bertegur sapa..sesama jiran..tapi bila dia buat mesorat tingkat dan terjuih2 mulut bercerita hal kita..better not la.
Quote multinicky 12-2-2018 04:23 PM
knp xlawan gune light saber je..bru lbh urban
Quote Clan204 12-2-2018 04:28 PM
iloveselangor replied at 12-2-2018 04:09 PM
Tak suka kejiranan begini.

Tapi kalau orang Bugis bergaduh memang macam ni.

Org bugis gaduh keluar pedang samurai ke?
Quote CiliPadiSedap 12-2-2018 04:40 PM
jiran ada ada keluar samurai , almaklum anak baru lepas keluar penjara, sekali datang rumah ada pistol lg besar mafia. dont mess with wrong neighbour.
Quote onexox97 12-2-2018 04:45 PM
oh my ganu
Quote sofiazara 12-2-2018 04:48 PM
meols mengamalkan konsep mind your own business
Quote dani-rox 12-2-2018 06:56 PM
kalau makcik seorg lg keluarkan senapang, baru ghetto.
Quote LautBiru52 12-2-2018 07:07 PM
Dulu pernah berjiran dgn org mcm ni. Tak kira masa. Siang ke mlm ke. Kdg2 just berkemban je. Kalau la terlucut. {:laugh
Quote Vokuro 12-2-2018 07:09 PM
pprt nya perangai kau kak
Quote xtahumenahu 12-2-2018 08:17 PM
Bukan x bole simpan ke pedang nih?
Quote iloveselangor 12-2-2018 08:24 PM
Clan204 replied at 12-2-2018 04:28 PM
Org bugis gaduh keluar pedang samurai ke?

Diorg keluarkan kawali/badik.

Baik lelaki ke pompuan kalau gaduh macam tu.

Sebab dia rasa maruah dia macam dah tergugat gitu.

Tapi dlm kes ni patut mak bapak tak payah masuk campur kanak2 bergaduh....dah bampak macam kanak2 ibubapa nya. Memalukan!
Quote iloveselangor 12-2-2018 08:26 PM
Edited by iloveselangor at 12-2-2018 08:27 PM

Ni mesti org belah tepi laut ni....dengar kata Bugis kat Ganu ramai duduk tepi laut dan Pulau2 kat Ganu.

Kalau org betul2 Melayu Ganu depe duduk kat muara sungai kulit diorg hitam macam org kat Balok, Pahang  
Quote grouper 12-2-2018 08:36 PM
Wat x betul ngan jiran boleh masuk neraka oii walau pun org alim..
Quote mzzenma 12-2-2018 08:41 PM
Mzz teringin nak ada katana sebiji. Duk terbayang kalau ada zombie apocalypse mzz boleh tujah zombie dari celah2 grill rumah.
Quote CardiGans85 12-2-2018 08:49 PM
Psl anak2 yg bergaduh, parents pun ikut campur?lps tu, 2-3 hari klu anak2 tu baik blk mcmana?
Quote sekngucing 12-2-2018 09:00 PM
yaa... bunuh ... tikam... cincang!!!
Quote batmana 12-2-2018 09:09 PM
rata2 pedang samurai tu, pdg hiasan aja.bukan guna pn
Quote mizruncing 13-2-2018 08:39 AM
alahai macik. mohon bertaubat lahhh

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.095580s Gzip On
To Top