Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Women Always Right, So Layankan Saja Dulu" - Lelaki Bagi Tips Tangani Isteri Garang

Oleh: Whitney|12-2-2018 02:05 PM |Dilihat:1492| Komen: 19

Orang kata berkahwin bukan perkara yang boleh dibuat main. Kalau setakat berpegang pada cinta setengah mati sekalipun, kalau tidak ada ilmu rumah tangga, tiada ilmu mengurus anak-anak, sikap zaman bujang masih dibawa sehingga sudah berumah tangga, alamatnya rumah tangga yang dibina sukar untuk dipertahankan. 

Jadi, sebab itulah perkahwinan memerlukan persediaan dalam diri untuk menggalas tugas dan amanah yang baharu.

Seorang lelaki berkongsi cerita di laman facebook miliknya tentang cara yang boleh dilakukan untuk menangani sikap isteri yang garang. Tidak dinafikan, ramai juga wanita bergelar isteri yang bersikap garang. 

Jadi, bayangkanlah jika dapat pula suami yang panas baran. Memang kerjanya bergaduhlah setiap hari dan boleh membawa kepada kes perceraian. Apa yang dikongsikan lelaki ini ada benarnya.

Seorang wanita dianugerahkan 9 nafsu dan 1 akal manakala lelaki 9 akal dan 1 nafsu. Jadi, gunakan akal itu sebaiknya untuk mendidik dan sabar dengan karenah si isteri. Jom baca sampai habis walaupun penulisannya ia agak panjang. 




Ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat lelaki ini dan tag suami masing-masing. Jika si suami mengenali hati budi isterinya dengan baik, pasti ia tidak akan menjadi masalah untuk bersabar dan melayan karenah isteri. Rupanya ramai golongan suami yang macam tu, terima isteri seadanya.






Komen yang ini kesian juga. Isteri suruh baca perkongsian itu pun tidak mahu dan dikatanya lelaki itu syok sendiri.




Kenapa pula dengan netizen seorang ni? Marah pula apabila ramai isteri-isteri yang tag suami masing-masing. Ia tidak semestinya membuka aib suami, tetapi sekadar membuka minda suami kerana ada sesetengah suami tidak memahami sikap isteri sendiri. 


Ada juga netizen yang kata lelaki ini seorang pak turut. Silap hari bulan, dapat isteri garang baru dia tahu macam mana nak kawal situasi itu nanti.
Foto: Facebook
Bukan senang hendak melayari bahtera rumah tangga. Orang yang kahwin berpuluh tahun pun boleh lagi bercerai. Ia memerlukan sikap toleransi, sabar dan mengalah. Barulah rumah tangga akan bahagia kerana suami isteri masing-masing menghormati antara satu sama lain. Apa pendapat kalian? - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 19
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote myakayina 13-2-2018 05:23 PM
baru setahun jagung..banyak lagi nak kena tempuh tu..semnoga berjaya menjadi nakhoda bahtera rumahtangga ye dik..

Lain-lain Komen

Quote zulka 12-2-2018 02:34 PM
diam2 sudah...jauh lagi perjalanan, mcm2 boleh jadi
Quote noraidil_06 12-2-2018 02:37 PM
Meluat la.mcm ni pun nk buka thread.n m stuoid enuf msk sini
Quote mziskandar 12-2-2018 02:42 PM
Baru lagi.. cuba kalau teddy bear tu kecik.
Quote Victorioussss 12-2-2018 03:24 PM
Owh so kire kene angguk2 je la all the time umpama kene control dan ball kene pegang?
Mengalah seoanjang masa pun tak kena jgk. U sendiri kene be dominance kot.. kalu 24jam bini mengamuk setiap benda laki buat salah, kau kene betulkan dia.

Nak tahan pendam sampai bila? Pompuan sendiri tak suke pendam perasaan makan hati dengan perangai laki yang dia tak bole terima, ni pulak lelaki nak pendam.

My fren tunjuk wasap bini dia. Selama kawen dia sabar dan baik kat bini. Bini marah dia diam..pujuk. sekali wasap dia tunjuk semua bahasa kasar, kesat, caci maki, mintak cerai, nama alat kemaluan lelaki dan wanita dalam bahasa cina, india, melayu, matsaleh siap main sebut bapak mak kau lagi

So still nak sabar layan kerenah carik dia bawah teddy bear lg?
Quote MyNameIsIris 12-2-2018 04:49 PM
ewuuuuwww ni bukan garang bongok
ni mengada-ngada
Quote insulin 12-2-2018 05:04 PM
Baru setahun kahwin. Hmmmm............
Quote estrelle 12-2-2018 06:28 PM
Nasib i tak garang.hati i selembut kapas.
Quote LautBiru52 12-2-2018 07:21 PM
Baru satahun kawin boleh la nk sabar lg. Cuba dah 10 tahun dok gitu gak. Mau ko suap kaki gak kt mulut isteri ko kan {:nose
Quote ~boolean 12-2-2018 07:27 PM
Kau kahwin baru setahun jagung, semuanya manis
Tunggu 10 tahun baru cerita lah bhaiiiii...
Quote ayorsuam 12-2-2018 07:28 PM
Kawan akak 7 tahun kawen, turunkan ego, diam & pendam. Siap pakej belasah sekali. Tumit  kasut tinggi pun melekat kat dahi. Hari2 dia rendahkan ego, diam & pendam. Hari2 gaduh dengan bini, bini plak hari2 provoke suruh ceraikan. Hari2 ye Dik. Nak gila dah kawan akak tu. Sekali satu hari cam biasa gaduh2, bini suruh ceraikan. 3 dia bagi terus sebab dah sabar & memendam rasa TERLALU lama. Malam tu jugak dia packing barang balik rumah mak dia. Esoknya tu si bini dah bertunggu-tangga kat opis.  Sampailah almost setahun. Kesimpulannya, bini ko tak berapa nak garang.
Quote AvaAdore 12-2-2018 08:09 PM
Baru setahun..
Quote CardiGans85 12-2-2018 08:42 PM
Pak cik bawang.

Hidup klu xde dugaan, bkn la hidup.
Quote samperit 12-2-2018 10:32 PM
Watever
Quote MarryPottet 12-2-2018 11:42 PM
Panjang lebar dia buat karangan untuk bagitahu bahawa dialah suami yg paling ohsem di maya pada
Lagi 3 tahun kalau masih mampu bertahan, mungkin dia akan tulis buku plak untuk perturunkan petua2 bagaimana untuk menjadi suami yg ohsem di maya pada & akan membuat kemunculan secara bersiri dlm rancangan wanita hari ini di tibi3suku
Quote missDollie 12-2-2018 11:55 PM
Hhhhhhmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm je la..
Quote julia5094 13-2-2018 10:10 AM
Masuk bakul, sendiri mau angkat....cuba tengok 5 tahun dari sekarang...
Quote lonso 13-2-2018 10:14 AM
awal lagi perkahwinan ni haa..
Quote sofiazara 13-2-2018 01:11 PM
baru setahun, memandai nak tips tips
bagi penampo kang
Quote myakayina 13-2-2018 05:23 PM
baru setahun jagung..banyak lagi nak kena tempuh tu..semnoga berjaya menjadi nakhoda bahtera rumahtangga ye dik..

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.129396s Gzip On
To Top