Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

11 Fakta Tentang Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang. No 11 Tu Pasal Kondom, Kenapa?

13-2-2018 11:16 AM|Oleh: Liana | Dilihat: 1347| Komen: 18


Ketika ini sedang berlangsung Sukan Olimpik Musim Sejuk di PyeongChang Korea Selatan dari 9-25 Februari.

Meskipun negara kita tidak begitu sinonim dengan temasya ini kerana bukan dari negara beriklim sejuk.

Namun, Malaysia telah merekod sejarah menghantar dua wakil negara iaitu Jullian Yee dan Jeffery Webb yang akan berusaha mengharumkan nama negara.

Di sini ada beberapa fakta menarik dan kontroversi yang perlu anda tahu mengenai Temasya ke-23 kali ini.

1. Bandar paling kecil menjadi penganjur sejak 1994


PyeongChang merupakan antara bandar kecil yang menjadi penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk selepas Lillehammer, Norway pada edisi 1994.

Ini kali ketiga, Korea Selatan membida untuk menjadi penganjur dan mereka berentap bersama Munich dan Annecy sebelum memperoleh hak penganjuran.

Diadakan di kawasan Pergunungan Taebaek, ia terletak 110 batu dari ibu negara, Seoul dan juga hanya 40 batu dari sempadan Korea Utara.

2. Pembinaan laluan terpantas



Sebagai persiapan khas untuk temasya ini, Korea Selatan telah membina laluan keretapi laju khas untuk penonton menuju ke PyeongChang.

Laluan itu dibuka pada Disember 2017 dan telah memendekkan jarak sehingga separuh waktu perjalanan dari Seoul - Kinihanya 1 jam 15 minit sahaja.

Lebuhraya baru juga dibina diantara PyeongChang dan Bandar Gangneung.

3. Stadium baru bernilai $109 Juta


Kalau tiada stadium, apalah gunakan jadi penganjur kan.

Jadi Korea Selatan telah membina stadium baru dengan kapasiti 35,000 tempat duduk.

Namun dikhabarkan stadium ini hanya akan digunakan untuk upacara pembukaan dan penutup sahaja.

Stadium yang menelan perbelanjaan $109 juta ini katanya akan diruntuhkan selepas tamat temasya. Biar betul?

 4. Perbelanjaan besar


Bukan sahaja stadium yang menelan perbelanjaan besar.

Keseluruhan bajet yang telah diperuntukkan untuk temasya ini juga cukup besar iaitu mencecah 13 Billion Pound.

Namun ada yang mengatakan nilai itu 5 kali lebih kecil berbanding ketika Sochi menjadi tuan rumah yang menelan belanja 50 Billion Pound.

5. Perkampungan Atlet


Perkampungan Atlet sering menjadi tumpuan setiap kali temasya sukan berlangsung kerana di sinilah semua atlet akan berkumpul sepanjang kejohanan.

Sudah pasti kemudahan yang disediakan antara yang ditunggu-tunggu kerana kawalan sangat ketat untuk atlet keluar masuk.

Untuk temasya kali ini terdapat dua perkampungan atlet iaitu di PyeongChang yang boleh memuatkan 3,894 atlet dan pegawai.

Manakala sebuah lagi di Gangneung yang memuatkan 2,900 atlet dan pegawai.

6. Acara baru


Untuk kali ini, IOC telah memasukkan acara baru bagi menghangatkan lagi saingan.

4 acara dimasukkan iaitu 'big air snowboarding, freestyle skiing, mass start speed skating dan mixed doubles curling.

Ini bermakna terdapat 102 acara dalam 15 jenis sukan.

7. Tiada pemain dari NHL (National Hockey League)


NHL telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan pemain mereka menyertai temasya kali ini selepas gagal mencapai kata sepakat mencari 'waktu rehat' bagi memberi laluan kepada Olimpik. 

Perkara ini pernah terjadi pada edisi 1998 dan keputusan ini terjadi kerana ia melibatkan persefahaman dengan pemain profesional.

Sudah pasti ia sedikit menghampakan peminat yang mahu melihat kelibat pemain profesional beraksi di pentas Olimpik.

8. Hello Soohorang


Inilah dia maskot bagi Olimpik kali ini - Soohorang

Ia mengambil sejarah lama Korea Selatan, seekor harimau yang melambangkan kekuatan, kepercayaan dan perlindungan.

9. Kontroversi Russia


Seperti biasa, tidak akan ada Sukan Olimpik tanpa kontroversi.

Russia tidak bertanding dalam temasya kali ini kerana kontroversi kesalahan doping ketika Olimpik Sochi 2014 yang melibatkan ramai atlet mereka digantung dari bertanding.

Namun ada atlet mereka yang dibenarkan bertanding selepas membuktikan mereka bersih dari segala bahan terlarang.

169 atlet dibenarkan mengambil bahagian dibawa 'neutral flag' yang bermaksud jika mereka memenangi pingat ia tidak akan dimasukkan dalam senarai kedudukan pingat Russia.

 10. Persefahaman antara Korea Selatan dan Utara


Ketegangan di antara dua negara ini sentiasa ada pasang dan surutnya.

Bagaimanapun kedua-duanya bersetuju untuk bertanding di bawah satu bendera buat pertama kali dalam sejarah Olimpik Musim Sejuk.

Kali ini mereka akan bergabung dalam acara hoki ais wanita bagi merapatkan lagi hubungan antara mereka.

11. Pelik tetapi benar
Foto: Carian internet
Penganjur telah menyediakan 110,000 ribu kondom untuk atlet sepanjang temasya- rekod terbanyak dalam Olimpik Musim Sejuk.

Dengan 2,925 atlet mengambil bahagian, banyak sangat kondom yang penganjur sediakan tu...ishh ishh ishh - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 18
Komen

Previous : Emoji - Nampak Je Comel Tapi Jangan Salah Guna, Nanti Lain Jadinya..

Next       : Bukan Untuk Mulut Saja, Bau Ketiak Pun Listerine Boleh Hilangkan!

Komen Terbaru

Quote bbalik 14-2-2018 10:25 AM
kalu kunyit
kondom digunakan
atau tidak

Lain-lain Komen

Quote SWORKS27 13-2-2018 11:34 AM
kondom tu nak buat apa musim sejuk.bakar unggun api ka?
Quote paz 13-2-2018 11:39 AM
Comel lah maskot dia.
Quote CiliPadiSedap 13-2-2018 12:06 PM
gila lah 11000 kondom.musim mengawan ke ni?
Quote Artemesiaa 13-2-2018 12:07 PM
Banyak persediakan mereka lakukan sebagai tuan rumah olympic kali ni dan nampak agak teratur walaupun sedang menghadapi cuaca yang tak berapa baik sepanjang kejohanan
Quote prettyuglybabe 13-2-2018 12:09 PM
sejuk-sejuk kena la panaskan badan sokmo
Quote espri6006 13-2-2018 12:10 PM
kang musim sejuk....musim mengawan juga dan mana tau kot2 yg lelaki x sempat nak kencing..boleh kencing dlm kondom.
Quote fff_cat 13-2-2018 02:26 PM
Comelnya mascot... nampak rupa harimau. Tak macam Rimau mascot kl 2017.. warna je macam rimau tapi muka n telibga macam anak kucing.
Quote iloveyou 13-2-2018 02:51 PM
memana sukan olimpik mmg penganjur bg kondom free kann.
Quote honeybee1802 13-2-2018 06:36 PM
iloveyou replied at 13-2-2018 02:51 PM
memana sukan olimpik mmg penganjur bg kondom free kann.

Kikiki... Jaman malaysia host commonwealth pun bg kondom gak kan.  Iyo la kang byk plak lahir anak2 olimpim sejuk2 nehh... Hehe
Quote sinalegna 13-2-2018 10:16 PM
Harus la host country sediakan condom. Hormon tgh berkobar-kobar tu, dah la cuaca sejoook. It's common to exchange body heat

Kang kalo x release mana yg patut naya je.. dtg jauh2 kalah semata
Quote RatuDunia94 13-2-2018 11:22 PM
Sbb ramai je atlt ni one night stand kt olimpik.. Jumpa mcm2 bangsa ajak main la..
Quote RatuDunia94 13-2-2018 11:22 PM
Sbb ramai je atlt ni one night stand kt olimpik.. Jumpa mcm2 bangsa ajak main la..
Quote WhiskeyScotch 13-2-2018 11:30 PM
Sah-sahlah kegunaan condom tu untuk acara sukan di ranjang.
Quote bottombikini 14-2-2018 09:21 AM
baru nak kagum sbb guna maskot kucing
sekali baca harimau daaa
Quote honeybee1802 14-2-2018 09:31 AM
bottombikini replied at 14-2-2018 09:21 AM
baru nak kagum sbb guna maskot kucing
sekali baca harimau daaa

Korea ada rimau jgk yer? Hehe....
Quote bottombikini 14-2-2018 09:46 AM
honeybee1802 replied at 14-2-2018 09:31 AM
Korea ada rimau jgk yer? Hehe....

rimau pun rimau lahhh
janji comel!

Quote LostStar 14-2-2018 09:57 AM
ala2.. comeinyaaa.. elok la sediakan kondom.. sebab dorg bukan duduk asing2 pon.. kang termengandung.. menyusahkan utk game akan datang pulak..
Quote bbalik 14-2-2018 10:25 AM
kalu kunyit
kondom digunakan
atau tidak

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.046275s Gzip On
    To Top