Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

5 Sekolah Paling Berbahaya Dalam Dunia, Ada Berani Masuk Ke Sini?

9-2-2018 05:07 PM|Oleh: Ghafar Nawi | Dilihat: 2349| Komen: 2

Sekolah adalah institusi pendidikan yang menggunakan sistem yang telah direka oleh badan yang bertanggungjawab. Tujuan utamanya adalah untuk mendidik dan dalam pendidikan semestinya penuh liku-liku cabaran yang akan dihadapi para pendidiknya. Namun ada beberapa sekolah yang sangat berbahaya sehinggakan para pendidiknya terpaksa mengambil banyak langkah keselamatan yang belum tentu dapat menyelamatkan nyawa mereka. Bukan pendidik, malah para pelajarnya turut diancam nyawanya. Jom lihat senarai di bawah:

1. Yodok

Sumber: cnbc.com
Kem konsentrasi di Yodok di timur laut Pyongyang ini mengandungi pelbagai kisah suka dan duka warganya. Kira-kira 200,000 tahanan seluruh negara komunis Korea Utara ini adalah antara mangsa kerakusan kerajaannya yang menguatkuasakan peraturan hukuman "3 generasi".

Apabila seseorang itu disabitkan kesalahan jenayah, saudara-mara yang terdekat secara automatik juga dianggap bersalah seterusnya dihukum bersama-sama mereka yang bersalah. Akibatnya ramai kanak-kanak yang ditahan dalam kem itu dan sebahagian mereka melahirkan anak luar nikah hasil jenayah rogol oleh para pengawal atau penghuni disitu.

Penghuni kanak-kanak dibenarkan bersekolah disana manakala warga yang berumur 16 tahun keatas harus bekerja selepas waktu bersekolah disebelah petang. Rata-rata silibus mata pelajaran mereka adalah berkenaan para pemimpin Korea Utara yang memerintah. Sekiranya ada antara warga kem yang gagal mematuhi peraturan yang diberi, mereka akan diberi beban kerja yang lebih banyak. Menurut laporan bekas warna kem tahanan itu, ada anak kecil yang dihukum dengan tendangan demi tendangan sehingga mati. Itu pun hanya kerana tercakap sesuatu yang menyinggung perasaan.

2. St. John's Military School

Sumber: host.madison.com
Mengikut statistik di Amerika, sejumlah 46% pelajar mengatakan mereka sekurang-kurangnya pernah dibuli sekali semasa zaman persekolahan. Namun sekolah yang terletak di Kansas, Amerika Syarikat ini telah menjadi sekolah ternama dalam menghapuskan aktiviti buli dengan cara yang teruk.

Pada tahun 2013, seramai 11 bekas pelajar telah bertindak menyaman pihak sekolah atas dakwaan dipaksa bertahan dari ganggungan dan penderaan oleh pelajar senior mereka. Mereka telah dipukul, diikat dan diserang secara seksual sehingga pernah tulang mereka dipatahkan. Ada seorang murid telah hampir membunuh diri kerana tidak tahan dibuli dengan logam panas yang dletakkan di atas perutnya. Namun pihak sekolah menafikan dan mengakan mereka sengaja mengada-adakan cerita sehingga kes ini selesai di luar mahkamah setelah pampasan diberi oleh pihak sekolah kepada keluarga mangsa. Berapa jumlahnya? Ia tidak pernah didedahkan kepada pihak media.

3. Souriya Al-Ammal

Sumber: dailymail.co.uk
Sekolah di Syria ini sebenarnya adalah antara sekolah yang paling bahaya untuk guru-guru mahupun para pelajarnya. Semenjak krisis kemanusiaan di Syria menyebabkan 400,000 telah terkorban dan lebih kurang 11 juta penduduk dipaksa berpindah keluar dari rumah mereka. Disebalik statistik sayu ini, masih ada manusia yang meneruskan kehidupan dicelah-celah runtuhan konkrit dalam pinggir kawasan Maarat Al-Numan yang dikuasi pihak pemberontak.

Souriya Al- Ammal bermaksud "Syria, The Hope" adalah sebuah sekolah yang sebahagian besar telah dimusnahkan. Namun segelintir 250 murid masih belajar di sekolah ini. Sekolah ini sangat daif dan terdapat banyak lagi sekolah-sekolah disekitar Syria berkeadaan begini. Kebanyakan sekolah itu dibina dalam gua bawah tanah yang mengalami masalah seperti banjir dan pencahayaan yang kurang baik. Ada juga para pelajar terpaksa berjalan di cerun curam berbahaya untuk pergi ke kelas.

4. Charles L. Spain Elementary-Middle School

Sumber: Youtube Channel WXYZ-TV Detroid Channel 7 
Sekolah bermasalah ini terletak dalam kawasan Midtown Detroit, Michigan di Amerika Syarikat telah mendapat perhatian media dalam sebuah laporan berita bertajuk "7 Action Detroit" dan pernah dipapaparkan dalam rancangan "Ellen DeGeneres Show".

Kemudahan seperti gimnasium sekolah ini rosak dan berbau busuk. Lantainya kembang terpaksa dibuang dan syilingnya telah runtuh. Kulapuk hitam memenuhi bilik darjah dan haiwan perosak seperti tikus dan lipas berkeliaran di dalamnya. Pada Mac 2016, pengetuanya bernama Ronald Alexander telah menjadi salah seorang dari 12 pengetua yang dituduh menerima rasuah dari seorang pembekal barangan sekolah. Cikgu pun boleh kencing ramai pihak, bukan setakat ahli politik je tau!

5. Missionaries of the Sacred Heart School

Sumber: metro.co.uk
Sekolah ini pernah menerima berita mengejutkan berkenaan kebocoran radiasi berpunca dari mineral uranium mencemari kawasan sekolah. Kisahnya bermula dengan seorang aktivis anti-nuklear bernama Thomas Neff melawat sekolah ini sambil membawa pembilang geiger. 

Setelah diselidik, rupanya sejumlah uranium telah berada dalam pameran geologi beberapa bulan lepas menyebabkan kadar radiasi di luar paras semulajadi. Bagaimana ianya terjadi, masih menjadi misteri. Para pelajar sekolah itu segera dipindahkan dan mereka bernasib baik kerana tiada pun dilaporkan mengalami sintom keracunan radiasi. Ada nak buat bom nuklear ke macam mana kat sekolah tu? Ngeri betul. -CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
4
Sedih
4
Lawak
3
Bosan
4
Komen: 2
Komen

Previous : Emoji - Nampak Je Comel Tapi Jangan Salah Guna, Nanti Lain Jadinya..

Next       : Bukan Untuk Mulut Saja, Bau Ketiak Pun Listerine Boleh Hilangkan!

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 12-2-2018 01:01 PM
Walaupun nampak ngeri tapi buat mereka yang tak ada pilihan lain terpaksa juga meneruskan persekolahan disitu amat kuat jiwanya

Lain-lain Komen

Quote tumpanglalu74 10-2-2018 01:12 PM
Aku rase sekolah kat Sarawak tu lagi teruk..  Cekgu maut dibaham boye le hape..
Quote Artemesiaa 12-2-2018 01:01 PM
Walaupun nampak ngeri tapi buat mereka yang tak ada pilihan lain terpaksa juga meneruskan persekolahan disitu amat kuat jiwanya

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.047195s Gzip On
    To Top