Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

10 Watak 'Anime' Jepun Popular Sepanjang Zaman - Cuba Teka Nombor 1, Siapa?

14-2-2018 12:34 PM|Oleh: Azza Rai | Dilihat: 3039| Komen: 43


Mereka yang membesar di zaman 80-an dan 90-an pastinya akan mengingati 10 karektor animasi dari Jepun ini.

Maklumlah, dulu-dulu cuma televisyen sebagai sumber telekomunikasi yang menghubungkan kita dengan dunia luar.

Tidak hairanlah jika watak-watak comel ini diingati sampai sekarang. 

Jom kita semak carta superhero Jepun yang dikeluarkan oleh Goo Ranking, memetik Nextshark.

Mana tau ada yang tak kenal.


10. Sailor Moon
Siapa yang masih ingat tag line manga ini? Dengan kekuatan bulan, aku akan menghukummu nampaknya berjaya memecah tembok hero lelaki.

9. Godzilla
Tersenarai antara yang popular C watak cicak Godzilla iaitu dinasour yang menjadi budaya popular di Jepun, apatah lagi  ia pernah difilemkan pada 1954.

8. Gundam
Netizen Jepun telah mengundi Gundam sebagai karektor yang kelapan popular hingga ke seluruh dunia. Robot popular ini telah diterbitkan dalam bentuk manga, anime dan juga filem. Malahan cenderahati Gundam dijadikan wajib jika berkunjung ke negara matahari terbit itu.

7. Totoro
My Neighbor Totoro adalah haiwan rekaan berasaskan rakun, kucing dan burung hantu. Wataknya yang comel membuatkan ramai tak sabar memeluk bantal Totoro.


6. Goku
Bermula pada 1986, Goku mendominasi kaca televisyen. Watak super Saiyan yang dimilikinya dalam dragon ball adalah igauan ramai kanak-kanak sezamannya.


5. Hello Kitty
Ini memang sangat popular di seluruh dunia hingga ada taman tema khusus untuk peminat watak kucing ini.

4. Anpanman
Karektor utama dalam buku bergambar kanak-kanak ini antara yang laris di pasaran sejak tahun 1973 lagi. Ia diteruskan dalam bentuk buku dan anime selama 40 tahun sebelum penciptanya Takashi Yanase mati pada tahun 2013.

3. Super Mario
Siapa saja yang boleh melupakan watak tukang paip yang paling popular di dunia kan? Mario mencipta fenomena hingga ia dijadikan hero dalam permainan video dan ia menjadi budaya popular lebih 30 tahun.

2. Pikachu
Ramai yang terkejut Pikachu mendapat tempat kedua, memandangkan ia watak comel yang sangat popular dalam Pokemon. Taglinenya pika..pika ini sangat hot pada zamanya.

Jadi, siapakah yang mendapat tempat pertama? Tak lain tak bukan C kucing robot yang takutkan tikus!

Semua foto: Carian internet

1. Doraemon
Watak Doraemon, kucing robot yang datang dari masa depan untuk menolong pelajar cuai, Nobita sangat mencuit hati. Apatah lagi segala barang ajaib yang dikeluarkan dari poketnya sangat membuka minda kanak-kanak.

Setujukah anda dengan carta tersebut? Atau ada lagi watak anime Jepun yang tertinggal? - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
12
Marah
7
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
5
Komen: 43
Komen

Previous : 13 Benda Yang Perlu Anda Capai Sebelum Umur 30. Kalau Tidak..

Next       : Ketagih Picit Jerawat? Cuba Mainan Ini Untuk Kurangkan Obsesi Anda!

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 2-5-2018 05:04 PM
Da agak da Doraemon. Oh Doraemon, I lap you forever.

Lain-lain Komen

Quote vanillaninja 14-2-2018 12:53 PM
Tomatoman tak masuk chart ke?
Quote Artemesiaa 14-2-2018 12:54 PM
Tetap si Doraemon dalam poket macam2 harta karun ada
Quote irlene_hana 14-2-2018 01:14 PM
Doraemon dulu kini selamanya
Quote epis 14-2-2018 01:24 PM
Doraemon!!! My bestie ever~~~
Quote kuzaime 14-2-2018 01:33 PM
Sailormoon.. kartun peberet zaman budak dulu2.. Doraemon smpai skrg pun dok layan lg ngan anak2..
Quote salmon-suki 14-2-2018 01:49 PM
Ultraman?kamen rider?jetman?anpanman xdela feymes sgt kt msia ni..huhu..tp doremon mmg worldwide laa,merentasi masa gitu..
Quote ad_hoc79 14-2-2018 02:42 PM
an an an...saya suka sekaliii....
dorae...monnnn

versi lagu kat tv indonesia. yang pernah aku dengar
Quote shernazz 14-2-2018 03:24 PM
vanillaninja replied at 14-2-2018 12:53 PM
Tomatoman tak masuk chart ke?

Tomatoman
Tomatoman
Tomatomannnnn

Hahahahha
X popular.sgt.kot
Quote Iema5008 14-2-2018 04:25 PM
Tomato man.
Shin chan x masuk dalam list ka? Ehe
Quote paz 14-2-2018 04:36 PM
Doraemon memang best.
Quote CardiGans85 14-2-2018 04:39 PM
Dash Yankuro?
Quote chinta89 14-2-2018 04:44 PM
doraemon di hati!
Quote Victorioussss 14-2-2018 05:08 PM
Dengan datang bulan akan menghukummu
True, girls lebih kejam time menses

Ranma 1/2 takde dalam list. Sedih
Quote RatuDunia94 14-2-2018 06:00 PM
Naruto xde ke?
Quote armin 14-2-2018 06:44 PM
Sailormoon dragonball doraemon semua layan masa kecik. Hello kitty ada komik ke? Or kartun?
Quote URUHA 14-2-2018 06:45 PM
Semua anime yg ada meols layan sampai skang Btw Slam Dunk, Bleach, Samurai X, Ninja Boy, Hamtaro x dak ka?
Quote kambinggila 14-2-2018 07:25 PM
toriton bukan jepun ka?
Quote msdummy.2018 14-2-2018 08:58 PM
Stuju pary doremon... Smpi dah tua skrg still tgk
{:hooray
Quote mahalnya 14-2-2018 11:14 PM
Sbenarnya dragon ball ada tujuh bijik smuanya

Lihat semua komen(43)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.047744s Gzip On
    To Top