Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Spice Girls Kembali Menyengat!

9-2-2018 10:57 AM|Oleh: Suzy | Dilihat: 1342| Komen: 18

Bagaikan mimpi jadi kenyataan, peminat-peminat setia kumpulan gadis jelita suatu ketika dahulu Spice Girls akan menghangatkan kembali arena seni antarabangsa! 

Jangan gopoh, maaf bukan album baru tetapi ia adalah persembahan konsert ‘World Tour’. Wow! Pasti ramai yang teruja ingin mendendangkan lagu-kagu hits mereka ini di konsert  nanti.

Foto: getty

Kumpulan pujaan ramai itu akan kembali bersatu buat kali pertama sejak 2012 apabila mereka membuat keputusan untuk mencuba peluang-peluang baru pada masa akan datang.

Fenomena pop era 1990-an itu dianggotai oleh Victoria Beckham, Melanie Brown, Emma Bunton, Melanie Chisholm dan Geri Horner.

Perjumpaan bersama bekas pengurus mereka, Simon Fuller di kediaman Horner di utara London bukanlah membawa pulang tangan kosong sebaliknya peminat mereka dihadiahkan dengan ‘tour’ yang dinantikan itu.

Sempena pengumuman tersebut, anggota Spice Girls turut berkongsikan gambar  yang dirakam pada pertemuan semula itu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang diedarkan oleh jurucakap mereka, Spice Girls menyatakan pertemuan semula itu adalah satu detik indah untuk mengenang semula memori ketika masih bersama.

“Kami sentiasa terharu dengan sambutan hangat yang diberikan oleh peminat dari seluruh dunia terhadap The Spice Girls.

Foto: Carian internet

“Ini adalah waktu paling sesuai untuk meneroka peluang baru bersama-sama.

“Kami juga setuju bahawa ada banyak kemungkinan yang membolehkan The Spice Girls muncul semula, selain menyampaikan mesej pemerkasaan golongan wanita untuk generasi masa hadapan,” katanya menerusi kenyataan itu.

Keseluruhan album kumpulan Spice Girls telah berjaya dijual sebanyak 85 juta unit di seluruh dunia. Hebat, bukan? - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 18
Komen

Previous : Tular Di Indonesia Artis Popular Korea Mengenakan Hijab

Next       : TWICE Sah Kumpulan Kpop Wanita Terlaris di Korea

Komen Terbaru

Quote mejaputih 13-2-2018 06:21 PM
ogata replied at 13-2-2018 09:48 AM
lagu siualan..tapi bila dh dewasa ni cam eh lagu ni gatai lerrr....................

Tau takpe..double meaning tu

Lain-lain Komen

Quote ShiningStars 9-2-2018 12:36 PM
Wannabe mmg lagu bhantu..ngan lagu mama dorang
Quote nooriesz 9-2-2018 02:58 PM
viva foreverr {:sing{:sing
Quote cha-cha 9-2-2018 03:08 PM
Yeayyy ziggy zig ahhhh {:run{:hooray
Quote samasam90 9-2-2018 03:45 PM
iolls harao victoria bawa anak2 dia terutamanya romeo.. muahhhhh
Quote alesandra 9-2-2018 04:33 PM
muka geri ngan emma serupa dah aku tgk
Quote keds 10-2-2018 07:57 AM
Best!  Tapi ada suara lagi ke dorg ni?  {:question
Quote Ha_Neul 10-2-2018 03:35 PM
aku hapai setiap lagu diorang ni..

mmg fanatik gile dulu .

if you cant dance if you cant dance
Quote liyamariska 10-2-2018 03:48 PM
antara girlgroup yg paling success yg ai minat...
Quote tumpanglalu74 10-2-2018 09:48 PM
23 taon berlalu..  Masih mantop body memasing.. {:good
Quote Artemesiaa 11-2-2018 04:56 PM
Harap suarah masih sama macam dulu juga
Quote abangadek 11-2-2018 05:45 PM
classy nye  victoria
Quote mejaputih 12-2-2018 01:01 PM
byk lagu2 dorg yg catchy...when 2 become one
Quote minah_kidal 12-2-2018 04:56 PM
omg!!minah kipas susah mati spice girls kot. zaman dulu zaman keset. gigihbeli. siap buat collage lg. improved english thru their songs.
Quote ogata 13-2-2018 09:48 AM
mejaputih replied at 12-2-2018 01:01 PM
byk lagu2 dorg yg catchy...when 2 become one

lagu siualan..tapi bila dh dewasa ni cam eh lagu ni gatai lerrr....................
Quote chazey 13-2-2018 03:57 PM
Ya hampon Mel B dah jadik kokesen!

Ai dolu paling sayang dengan Mel C.
Quote chazey 13-2-2018 03:59 PM
minah_kidal replied at 12-2-2018 04:56 PM
omg!!minah kipas susah mati spice girls kot. zaman dulu zaman keset. gigihbeli. siap buat collage lg ...

Ai pon. Musti ko hada beli body spray limited edition deyols tu kan? Harga murah ntah berapa je dulu, tak sampai 8 ringgit ko.
Quote vanillaninja 13-2-2018 04:40 PM
Favourite I dulu adalah Baby Spice.

I sanggup beli magazine Smash Hits tiap2 bulan sebab magazine tu selalu feature pasal Spice Girls. Ada satu lagi local magazine, Galaxie kot
Quote mejaputih 13-2-2018 06:21 PM
ogata replied at 13-2-2018 09:48 AM
lagu siualan..tapi bila dh dewasa ni cam eh lagu ni gatai lerrr....................

Tau takpe..double meaning tu

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
Kategori Berkaitan
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048168s Gzip On
To Top