Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Cupcake Untuk Nonny, Lamaran Paling Sweet 2018

6-2-2018 04:00 PM|Oleh: Suzy | Dilihat: 9233| Komen: 110

Tahun 2017 adalah tahun perkahwinan artis-artis popular tanah air. Pelbagai cara lamaran dipamerkan dan mampu membuatkan sesiapa sahaja tersenyum melihatnya. 

Pembuka tahun 2018 ini pula, pelakon yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5, Nonny Nadirah membuatkan netizen mengukir senyuman dengan lamaran manis yang diterima.

Nonny berkongsi perasaan terujanya dilamar oleh kekasih menerusi akaun Instagram miliknya. 

Menerusi entri tersebut, Nonny memuat naik video yang dirakamkan saat kekasihnya datang melamar.  Ketika itu Nonny sedang berada di set penggambaran.

Nonny dilihat amat terkejut apabila tiba-tiba kekasihnya datang dengan membawa sekotak kek cawan. Di dalam kotak tersebut terkandung beberapa kek cawan dan teks romantis, “will you marry me” serta sebentuk cincin di dalamnya. 

Pelakon itu kemudiannya kelihatan sangat terharu sehingga mengalirkan air mata saat membuka kotak berisi sebentuk cincin berlian itu. Video yang dipenuhi senyuman dan tangisan kegembiaraan itu kini tular dan mendapat hampir 60 000 tontonan. 


Beserta video tersebut, Nonny turut memuat naik kapsyen mangakui tidak sangka dilamar kekasih selepas sembilan tahun menjalin hubungan cinta. Video tersebut menjadi perhatian kerana biarpun dengan cara lamaran yang ringkas  daripada kekasihnya namun berjaya menyentuh hati Nonny. Netizen juga merasakan Nonny wanita  bertuah apabila dilamar dengan cara yang sangat 'sweet'. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
5
Terkejut
5
Sedih
7
Lawak
3
Bosan
4
Komen: 110
Komen

Previous : "Tolonglah, Blogger! Mana Ada Saya Curi Seluar Dalam?" - Redza Rosli

Next       : "Cepat, Habis Perabot Aku Kena Air!" - Istana Gah Aliff Syukri Jadi Air Terjun

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 6-3-2018 02:29 PM
Maap,tak kenal

Lain-lain Komen

Quote greantea 6-2-2018 04:05 PM
Sape dia ni.blh thn gak cantik
Quote rayray28 6-2-2018 04:08 PM
Dia ni adik ayda jebat ke?eh ke i salah org
Quote kiah_mai_pulak 6-2-2018 04:11 PM
So gosip ngn tok bu.Red tu tak betul lah ek?
Quote kiah_mai_pulak 6-2-2018 04:11 PM
rayray28 replied at 6-2-2018 04:08 PM
Dia ni adik ayda jebat ke?eh ke i salah org

Adik Ayda jebat namanya Fyna Jebat
Quote umbut 6-2-2018 04:18 PM
rayray28 replied at 6-2-2018 04:08 PM
Dia ni adik ayda jebat ke?eh ke i salah org

Budak af 5, masa mila jirin juara.. muka org sabah memang cun
Quote tomaz 6-2-2018 04:20 PM
Dia ni makin lama makin lawa. Untung la encik suami. Thank god gosip ngn tokred x jd kenyataan. Laki ni helok jgk gayanya. Bila senyum nmpk wrinkles kat mata. Comey je
Quote Aduradura 6-2-2018 04:20 PM
umbut replied at 6-2-2018 04:18 PM
Budak af 5, masa mila jirin juara.. muka org sabah memang cun

Budak AF ke, tak melekat langsung dlm fikiran....mila iolls still ingat laaa....suke mila mase AF....
Quote WhiskeyScotch 6-2-2018 04:21 PM
Banyak juga dia berlakon drama dulu. Banyak as supporting actress. Laaa ni dah jarang nampak dia keluar tv.
Quote tomaz 6-2-2018 04:23 PM
WhiskeyScotch replied at 6-2-2018 04:21 PM
Banyak juga dia berlakon drama dulu. Banyak as supporting actress. Laaa ni dah jarang nampak dia kel ...

Tu tgh shooting la tu. X lama lg kat samarinda. Boleh la chuolss hadap. Hikhik
Quote kodoksilver 6-2-2018 04:25 PM
tahniah laaaaa
Quote beeeee 6-2-2018 04:26 PM
Noni makin comel heehe mungkin sheolls ada peminat dia sendiri. baideway congrats!
Quote caplimau 6-2-2018 04:28 PM
tahniah la.. kesian datuk red.,
meleeepaaaasssss...
Quote tetiberjer 6-2-2018 04:28 PM
sape ni wei.

tahniah
Quote kechikchomel 6-2-2018 04:31 PM
sedapnyaaa cupcake


ehhhh! tahniah la nonnyyyy!!!!
Quote abangadek 6-2-2018 04:42 PM
sapo ni????
Quote ciknam 6-2-2018 04:49 PM
Nonny ni banyak jugak drama dia berlakon.. tapi selalunya supporting je la.. tu yg tak perasan kot.. tapi dia ni makin lama, makin lawa pulak..
Quote monkeydonkey 6-2-2018 04:51 PM
Maaf tapi mcm biase je. Takde la sweet mane pun cara dia propose tu.

ok bai
Quote alieyrina 6-2-2018 04:55 PM
Perasan dia byk gak lakon drama..bg aku lawa laa..
Quote cicicumel 6-2-2018 04:56 PM
Cntk..mcm korean.

Lihat semua komen(110)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.061058s Gzip On
To Top