Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

"Tak Tahu Apa Masalah Watie Degil Tak Nak Bayar, Alasan Tak Masuk Akal!" - Hana

5-2-2018 02:44 PM|Oleh: Saiful | Dilihat: 15573| Komen: 172

Aduh, tak selesai lagi kes hutang antara bekas anggota kumpulan Elite, Hana Adnan dan Watie Sadali. Dah berzaman kes itu kan? Bila nak selesainya?

MStar Online melaporkan, Norhanasafiza Mat Adnan yang lebih mesra disapa Hana, 40, masih belum menerima walau sesen daripada Watie seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang pada Oktober tahun lalu.


Foto: Harian Metro

Mahkamah memerintahkan Watie untuk membayar RM112,000 melalui Jabatan Insolvensi bagi memulihkan nama Hana yang disenaraihitamkan selepas dia gagal membayar tuntutan saman penghakiman berjumlah RM707,351.81 pada 10 Mac 2015.

"Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima sebarang bayaran seperti mana diperintahkan pihak mahkamah sejak Oktober tahun lalu.

"Saya sendiri tidak tahu apa masalah dia (Watie) tidak mahu membayar hutang tersebut.

"Alasan dia tidak tahu mengenai perintah tersebut memang tak masuk akal,"
katanya.

Watie sepatutnya melunaskan bayaran permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki RM2,500 sebulan bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat.


Foto: IG Watie

Watie perlu membayar ganti rugi itu selepas kalah kes tuntutan berhubung kegagalannya melunaskan bayaran pinjaman bank menggunakan nama Hana bagi membeli sebuah Toyota Wish.

Dakwa Hana, Watie gagal membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 hingga Hana diisytiharkan muflis pada 1 April 2013.

Berikutan kedegilan Watie menjelaskan hutangnya, Hana tidak akan teragak-agak membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi.


Foto: mStar Online

"Saya difahamkan oleh peguam pihaknya juga ada melantik peguam dan saya sendiri akan membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi sekiranya dia tetap berdegil bagi mendapatkan hak saya," tegasnya.

Kenapa Watie keras kepala sangat nak melangsaikan hutang tu? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 172
Komen

Previous : Saran Bayi Makan Suplemen, Neelofa Terdesak Kata Netizen

Next       : "Bukan Campak, Tapi Terpaksa Lambung Sebab Ramai" - Fazley Yaakob

Komen Terbaru

Quote Didi_dido 3-5-2018 11:44 PM
Kalo dh x mampu sgt, byr la RM 50 sebulan. At least nmpk gk la effort dia tu nk bayar. Ni buat bodo je mmg hangin laaa..

Lain-lain Komen

Quote sehirkedi 5-2-2018 02:49 PM
Alahai...kesian Hana... Memang ade spesis yg liat bayar hutang. Moga Hana dapat balik hak dia...
Quote minahrecon 5-2-2018 02:53 PM
sian yer..aritu nagis2 ckp this & that smp kita pun jadi kesian..

now lain plaks
Quote fleurdelis 5-2-2018 02:54 PM
Bertabah lah Hana dapat kawan macam Watie ni. Satu Malaya dah tahu dia berhutang pun masih tak nak bayar. Kesian Hana
Quote krustykrab 5-2-2018 02:56 PM
teruknya hang watie....esok mati kat mana la roh hg ditempat kan agaknya ye

Quote tumpanglalu74 5-2-2018 02:56 PM
Habis?  Takde ape tindakan ke terhadap ong camni??
Quote fushimi 5-2-2018 02:57 PM
kalau dah liat bawak je ke mahkamah tinggi
Quote shernazz 5-2-2018 03:01 PM
X malu kan dia...
Hadoi la
Quote jlo 5-2-2018 03:02 PM
ade je nampak watie ni kat melawati..senyum je...tpi tebal gak la dia ..orang mesti la tau dia berhutang kan
Quote MH3707 5-2-2018 03:03 PM
bukan dia degil taknak bayar,,tp dia sengkek....maklumlah artis gred E...
Quote makita 5-2-2018 03:03 PM
Struktur kulit muka watie ni mungkin sama jenis kulit lembu kot.
Quote daiman 5-2-2018 03:08 PM
Tak kan la sengkek sangat wati ni.dah tak mampu nak bayar ratus ribu sekelepuk bayar la ratus2 ringgit dulu janji tetiap bulan ada nampak inisiatif nak settlekn masalah.ini tidak ko tenggelam tak timbul2. Memang elokla bawak kes ke mahkamah tinggi tu ha
Quote taksukapeanut 5-2-2018 03:09 PM
alahai.. mesti watie takde duit nal bayar hutang.. sure dia dah korek segala bagai tabung yang dia ada.. tapi orang jenis takde duit macam watie nie kia senang la hidup kan?? mahkamah perintah bayar dia buat tak tau je..
Quote makton 5-2-2018 03:10 PM
makita replied at 5-2-2018 03:03 PM
Struktur kulit muka watie ni mungkin sama jenis kulit lembu kot.

aku rasa kulit dia sama jenis kulit buaya. tebal berkerak smpai tak rasa malu dah
Quote chekacheku 5-2-2018 03:13 PM
Bergaya kemain watie ni..suh baya hutang..dan2 miskin melarat..aptb
Quote kucingitam 5-2-2018 03:13 PM
makton replied at 5-2-2018 03:10 PM
aku rasa kulit dia sama jenis kulit buaya. tebal berkerak smpai tak rasa malu dah

amik kulit, buat handbeg, then jual. lepas duit bayar hutang

Quote azimodin 5-2-2018 03:15 PM
Adohai wati, kesian la sikit kat kawan ko tu. macam2 bala dia kena hadap sebab pernah berkawan dengan spesis kulit tebal macam ko. Nak kata sendu yang hamat, aku tngok ada je muka ko kat TV.
Quote sukacactus 5-2-2018 03:17 PM
Selalu nya camni la
Org yg berhutang relax2 je buat mcm xde apa2
Kulit jenis apa ntah, dinding rumah pun kalah tebalnya
Quote cahayamataku 5-2-2018 03:18 PM
Kebanyakkan hutang memang susahla nak dapat balik. Pemiutang memang liat nak bayar.
Kadang sampai dah malu dah nak mintak. Last2 biar jela, lantak situ. Tapi tetaplah tak akan halalkan. Hahaha

Gigih la iols hantar tazkirah pasal berhutang ni kat wassap. Tapi haram bluetick pun idak. Masa nak pinjam sume manis ok.

Bila lagi sakit hati kemain la pemiutang beli macam2 mampu pulak, g travel sana sini. Nak bayar hutang mak aii kemain liat.

Tapi iols tak halalkan hutang tu takpe kan. Hehe

Quote Oroi8887 5-2-2018 03:23 PM
Tak malunya tak bayar hutang.

Lihat semua komen(172)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.057424s Gzip On
To Top