Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Kenali 6 Wanita Ini Yang Merupakan Presiden Kelab Bola Sepak Di Asia Tenggara

9-2-2018 11:09 AM|Oleh: Liana | Dilihat: 1250| Komen: 1


Jarang sekali kita dengar wanita dipilih dan dilantik menjadi presiden kelab bola sepak.

Bukan tidak ada, namun biasanya ia cukup sinonim dengan kaum lelaki yang dilihat lebih berkaliber untuk menjawat jawatan penting itu.

Tetapi tidak bagi 6 wanita ini, yang membuktikan mereka mampu memikul tugas berat itu dengan pelbagai cabaran dan dugaan bagi memastikan kelab mereka mempunyai reputasi yang cukup baik dalam liga di negara masing-masing.

Jom kita kenali mereka.

1. Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah
Foto Johot Southern Tigers
Tunku Aminah dilantik menjadi Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) pada tahun 2016.

Sudah pasti baginda berusaha keras memastikan JDT bukan sahaja perlu sentiasa berada pada prestasi terbaik malah dikenali sebagai kelab yang mempunyai fasiliti yang bagus.

2. Esti Puji Lestari
Foto: Carian internet
Berusia 39 tahun, Esti Lestari merupakan Presiden Persijap Jepara Indonesia.

Beliau juga merupakan isteri kepada pemain import Indonesia, Carlos Raul Sciucatti yang berasal dari Argentina.

3. Siti Zubaidah Abdul Jabar
Foto: Carian internet
Berusia 57 tahun, Siti Zubaidah memegang jawatan sebagai Presiden Kelab Bola Sepak PKNS.

Beliau diberi kepercayaan menerajui PKNS FC pada 2014 dan hasilnya berjaya membawa PKNS muncul naib juara Piala FA 2016

4. Nualphan Lamsam
Foto Carian internet
Siapa sangka wanita bertubuh kecil ini berusia 51 tahun.

Dia merupakan Presiden Kelab Port FC Thailand dan juga pengurus pasukan bola sepak wanita Thailand.

5. Bibi Ramjani Ilias Khan
Foto Carian internet
Bibi Ramjani dilantik menjadi Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA) September 2017.

Beliau merupakan usahawan terkenal Desa Murni Batik dan Reka Jati Construstion. 

6. Boonying Nitikarnchana
Foto: Carian internet
Wanita berusia 57 tahun ini merupakan Presiden Kelab Ratchaburi Mitr Phol Fc Thailand.

Kelab yang sinonim dengan panggilan 'The Dragons' ini meraih kedudukan ke-6 keseluruhan pada musim lalu. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
5
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
5
Komen: 1
Komen

Previous : Jawatan Pelik Yang Disandang Wanita Korea Utara, No.5 Paling Tak Masuk Akal

Next       : Hai Geng 'Single', Betul Ke Ini Sebab Anda Masih Solo?

Komen Terbaru

Quote Jorja 20-3-2018 01:20 AM
Wanita petite memang beruntung.. awet muda

Lain-lain Komen

Quote Jorja 20-3-2018 01:20 AM
Wanita petite memang beruntung.. awet muda

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.044997s Gzip On
    To Top