Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Auch, 'Tak Boleh Berhenti' Minum Air Berkarbonat Buat Lelaki Ini Hilang Gigi!

6-2-2018 11:50 AM|Oleh: Has | Dilihat: 936| Komen: 7

Sering kali kita dengar tentang keburukan minuman berkarbonat. Tetapi, ramai tidak mengendahkannya dan memandang enteng isu itu hingga sukar meninggalkan tabiat tersebut. Haish! Susah betul ni. Jom lihat artikel yang dipetik dari Astro AWANI ini.


Foto: Extra.ie


Foto: Salud360.cienradios.com

Apa yang boleh berlaku jika ketagih minuman berkarbonat?

Kesan dari ketagihnya, Michael Sheridan, 32, kehilangan sebanyak 27 batang giginya kerana rosak. Difahamkan, dia minum sekurang-kurangnya enam liter air berkarbonat setiap hari. Banyak tu! Mengalahkan air putih pula, macam mana tak rosak giginya.


Foto: Minutouno.com

Akibat kehilangan gigi, dia terpaksa memakan makanan lembut sahaja selama lebih sepuluh tahun bagi menahan kesakitan yang dideritanya. Hilang satu kenikmatan untuk dia makan makanan lain yang enak dan lazat. Pun begitu, dia tetap mengerang kesakitan walaupun sekadar memakan roti. 

Michael tahu, jika berjumpa doktor dia pasti akan disarankan agar berhenti daripada meminum minuman tersebut. Malangnya, dia tidak boleh berhenti!

Nasib menyebelahinya apabila dia mempunyai seorang rakan yang juga seorang doktor gigi dan mahu menanggung pembiayaan perubatan bagi menggantikan gigi rosak dengan gigi palsu yang tinggi kosnya.
 

Foto: Infobae.com

Pada November tahun lalu, Michael menjalani rawatan giginya dan kini dia memiliki sebaris gigi yang cantik berkilau! 

Buat peminat tegar air berkarbonat di luar sana, kurangkanlah pengambilan air bergas tersebut dan pantaulah anak-anak anda kerana banyak keburukan dari kelebihan meminum air berkarbonat ini. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 7
Komen

Previous : Sukar Dipercayai, Bekas Pemain Bola Sanggup Lakukan 5 Pekerjaan Ini Selepas Bersara

Next       : Lagi Banyak Kesan Buruk Daripada Yang Elok, Rawatan Pemutihan Zakar

Komen Terbaru

Quote CikZora 21-3-2018 07:12 PM
Seram tengok gigi die..aku pernah mimpi gusi rosak dan hilang,,sakit sangat tak boleh nk makan {:yameteh

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 6-2-2018 12:22 PM
Satu tin pun dah terlalu tinggi kandungan gulanya ni kan dia minum berliter2 setiap hari mana tak rongak.  Ni dah dapat gigi baru elok ler berhentikan tabiat lamanya tu.
Quote kuzaime 6-2-2018 12:29 PM
Gigi rompong skali pakej ngan kencing manis pun bole dpt..
Quote insulin 6-2-2018 03:09 PM
Tempat aku pun ada orang macam ni. Habis gigi buruk. X tahu lah kalau ada gadis yang masih sudi menjadi temannya....
Quote abangadek 6-2-2018 03:28 PM
buah pinggang kau pun boleh terkeluar kalau mcm ni
Quote chinta89 6-2-2018 03:35 PM
menyusahkan org pula nk sponsor itu ini pdhal ade yg btl2 lbh memerlukan.. mcm dia ni kes cari penyakit sendiri
Quote noni165 6-2-2018 04:24 PM
fuh..itu yg boleh nmpk..yg x boleh nmpk kt dlm badan tu jadi ape dah agaknya.. jadi,nak minum lg ke air tu?
Quote CikZora 21-3-2018 07:12 PM
Seram tengok gigi die..aku pernah mimpi gusi rosak dan hilang,,sakit sangat tak boleh nk makan {:yameteh

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Apple App Store
    Get it FREE Google play
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.042838s Gzip On
    To Top