Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Thaipusam Berdarah, 4 Lelaki Ditahan

2-2-2018 11:35 AM |Dilihat:1001| Komen: 1
Beberapa orang dilaporkan cedera dalam insiden letupan bunga api ketika perarakan sempena Thaipusam kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Sinar Online melaporkan, susulan kejadian, polis menahan empat lelaki berusia lingkungan 25 hingga 34 tahun bagi membantu siasatan.



Kesemua suspek ditahan berhampiran lokasi kejadian berhampiran Kuil Sri Subramaniya Swami Devasthanam, Pekan Lama Sungai Petani, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid.

Siasatan mendapati hanya empat letupan bunga api dipasang meletup di udara sementara selebihnya meletup di bawah hingga mencederakan puluhan pengunjung berhampiran termasuk kanak-kanak.


Foto: BH Online

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan/ Seksyen 4 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan  dan Senjata Berbahaya 1958.

14 lelaki dan 12 perempuan berusia lingkungan lima hingga 59 tahun dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Empat daripadanya ditahan wad manakala yang lain dibenarkan pulang selepas rawatan.

Setakat ini, kita dapati tiada sebarang unsur sabotaj atau kianat. Ini adalah semata-mata untuk meraikan sambutan Thaipusam sementara menunggu ketibaan chariot, katanya. - CARI


Foto: Sinar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
4
Bosan
4
Komen: 1
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote aqissa 2-2-2018 12:45 PM
Aduhaiiii.. rupanya bunga api tu lemau...
Habisssss

Lain-lain Komen

Quote aqissa 2-2-2018 12:45 PM
Aduhaiiii.. rupanya bunga api tu lemau...
Habisssss

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.084576s Gzip On
To Top