Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Rusuk Patah, Usus Cedera-Budak Maut Di Tangan Bapa Dan Ibu Tiri

2-2-2018 10:42 AM |Dilihat:10185| Komen: 227
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun maut akibat didera oleh bapa kandung dan ibu tirinya.

Kejadian yang berlaku di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson itu menyaksikan mangsa tiodak sedarkan diri sebelum dibawa oleh bapanya ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.

Namun, dia disahkan meninggal dunia setibanya di hospital pada 12.30 malam.

Foto: Astro Awani
Menurut Astro Awani, kes tersebut mulanya diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun hasil bedah siasat, ia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Zainudin Ahmad berkata, "Hasil bedah siasat mendapati, terdapat kesan lebam pada badan kanak-kanak tersebut serta kecederaan pada organ dalaman.

"Antara kecederaan termasuk kerosakan pada buah pinggang, kedua-dua rusuk kiri dan kanannya patah, kecederaan pada usus besar, serta kesan koyakan dalaman pada bahagian paha, dipercayai dipukul dengan objek tumpul."

Susulan itu polis menahan bapanya yang juga seorang anggota tentera serta ibu tirinya yang tidak bekerja.

Foto: Berita Harian
Pada Jun tahun lalu, ibu kandung mangsa yang juga seorang anggota tentera pernah membuat laporan polis selepas mendapati mangsa yang berada di bawah jagaan bekas suaminya, mempunyai kesan lebam pada beberapa bahagian badan.

Kes kemudian dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Seremban tetapi ia diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) pada 24 Julai atas alasan suspek (bapa kandung) memukul atas dasar ingin mengajar mangsa. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
9
Terkejut
3
Sedih
5
Lawak
6
Bosan
5
Komen: 227
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote PongKang 15-2-2018 12:40 PM
mosti replied at 5-2-2018 11:18 PM
SEORANG wanita mendedahkan wajah ibu tiri dan bapa kandung Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9,  ...

penah ada kes jugak rupanya bapak gila ni

Lain-lain Komen

Quote noor2 2-2-2018 06:08 AM
Melayu ka ni...hilang mood baca kisah ni.......apa yang ko dera anak tu sampai rosak buah pinggang usus semua
Quote shuk_one 2-2-2018 06:18 AM
Jahat sungguh .
Bapak from hell
Quote sukacactus 2-2-2018 06:38 AM
Hebat la didikan bapak setan ni...sampai mati ank ko kerjakan
Bukan nak bela sgt ank tu, lebih pada nak siksa jiwa ex sj ni
Quote kawahapi 2-2-2018 07:00 AM
Ya Allah.. kenapa la kejam mcm ni??
Quote FOTHER-MUCKER 2-2-2018 07:18 AM
noor2 replied at 1-2-2018 02:08 PM
Melayu ka ni...hilang mood baca kisah ni.......apa yang ko dera anak tu sampai rosak buah ping ...

Taraf lebih tinggi dari melayu biasa kerana dia memakai jubah hitam dan bersongkok.
Quote jazaa100 2-2-2018 07:19 AM
Ni yg ustaz ustaz dok bising klu mak nak amik anak klu bercerai.....
Kata mak ni penyibuk, dah tanggungjawab bapa jaga anak, kenapa ibu nak berebut hak penjagaan....

Aku nk carutkan je ustaz mcm tu.....
Knp tak tekankn bapak bapak cilaka bg nafkah? Biar mak yg bela.....ajar lah kaum kau tanggungjawab sebagai bapak....jgn asyik nk cari salah org pompuan je....

Hujung hujung akan kata ibu tunggal yg sara anak Allah bg pahala, bapak akan dpt dosa ....tu je lah ayat keramat.


Quote noor2 2-2-2018 07:20 AM
FOTHER-MUCKER replied at 2-2-2018 07:18 AM
Taraf lebih tinggi dari melayu biasa kerana dia memakai jubah hitam dan bersongkok.

Owh. ...baru perasan. ..pakai songkok. ...mak tiri jahat dan bapa ni patut dihukum cepat2. ..kanun kesiksaan 302. ...harap sabit kesalahan dan ke tali gantung...



Tiada maaf bagimu.....
Quote shernazz 2-2-2018 07:26 AM
Pendakwaraya yang lepaskan dia dolu sure maki pembunuh ni...ye ye je didikan
Quote noor2 2-2-2018 07:31 AM
Zainudin berkata, siasatan mendapati suspek pernah ditahan kerana kesalahan sama pada Jun tahun lalu selepas ibu kandung mangsa yang sudah bercerai dengannya, membuat laporan polis apabila melihat kesan lebam pada tubuh anaknya ketika mengambil kanak-kanak itu.


"Kes itu dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, namun suspek dilepaskan kerana memberi alasan kecederaan itu terjadi ketika dia mahu mendidik mangsa," katanya.



Mak budak ni tak bela anaknya ka atau memang budak tu dapat ke bapak? ?.....I tak.faham kenapa emak budak ni tak bela anaknya lepas ada kes kecederaan. ..?
Quote Oroi8887 2-2-2018 07:32 AM
Gantung aje bapa n mak tiri tu
Quote pumpkingirl 2-2-2018 07:34 AM
Kesiannya..dahla pernah ada kes dr thn lepas..mesti lama budak tu menanggung derita..
Semoga bapak dan mak tiri tu kena hukuman gantung sampai mati.
Quote batu kikir 2-2-2018 08:02 AM
InsyaAllah sibapa akan diberi pengajaran secukupnya dipenjara nanti.
Cell mate yang lain akan membalun sibapa secukup-cukupnya mungkin tak sempat nak kena bicara dah jadi aruah. Innalillah terlebih dahulu untuk si bapa.
Dalam penjara, dia orangpun ada code of ethics.............membalasah budak kecik hingga mati tragis is a NO...NO....
Harap pegawai penjara biarkan je sibapa kena belasah nanti. OK.

Quote haryatie 2-2-2018 08:05 AM
gilerr..
kejammm
Quote harkktuih 2-2-2018 08:27 AM
Zainudin berkata, siasatan mendapati suspek pernah ditahan kerana kesalahan sama pada Jun tahun lalu selepas ibu kandung mangsa yang sudah bercerai dengannya, membuat laporan polis apabila melihat kesan lebam pada tubuh anaknya ketika mengambil kanak-kanak itu.

"Kes itu dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, namun suspek dilepaskan kerana memberi alasan kecederaan itu terjadi ketika dia mahu mendidik mangsa," katanya.



pernah kena tahan tapi dilepaskan sbb alasan mendidik? mungkin dah kena strict akta kanak2 mcm kat sweden tu haa...
Quote ultra78 2-2-2018 08:38 AM
Quote ajiqah 2-2-2018 08:41 AM
noor2 replied at 2-2-2018 07:31 AM
Zainudin berkata, siasatan mendapati suspek pernah ditahan kerana kesalahan sama pada Jun tahun lalu ...

mak dia mesti menyesal pasal ni...
Quote paz 2-2-2018 08:42 AM
Amboi pakcik nak mengajar anak cara kasar melampau ni. Tak bagi kebaikan kat budak tu pun, malah kau yang rugi dan dapat pengajaran.
Quote tobby 2-2-2018 08:43 AM
pergi mahkamah jer pakai lebai pakai jubah,  mcm jilake penjenayah2 ni
Quote CiliPadiSedap 2-2-2018 08:48 AM
akak prejudis kenapa ye boleh lepas2 cmtu je kerana mendidik mangsa? patut terus refer pada hospital? takkan guna testimoni ayah sendiri tukang dera ? takkan pendakwa raya tak de  SOP untuk refer hospital?

sedihnya. kalau aku dapat jantan ni aku pijak hidup2.

Lihat semua komen(227)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.087086s Gzip On
To Top